Dicatat bahawa dua tempat ini (Serian dan Sungai Salim di Sibu) berada paras air tahap bahaya
Bacaan Paras Air Serian Dan Sungai Salim Kini Berada Tahap Bahaya. Bacaan paras air di Serian (9.44m) dan Sungai Salim di Sibu (3.29m) telah dicatat pada paras air tahap bahaya pada pukul 5.00 petang tadi.
Data ini telah diambil menerusi laman web iHidro Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak.

Mohon penduduk agar sentiasa berwaspada
Turut dicatat bahawa beberapa kawasan di Sarawak iaitu Meringgu, Nanga Merit, Kapit New Hardworks, Kapit Town, Kanowit Town, Durin Bazar dan Renan Kemiding kini berada tahap berjaga-jaga.
Ini menunjukkan potensi risiko banjir atau masalah berkaitan air di kawasan-kawasan tersebut.
Penduduk setempat juga disarankan untuk mengambil langkah-langkah keselamatan yang diperlukan dan mengikuti arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.
Baca data semasa di sini👉🏻ihydro.sarawak.gov.my