• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pelari Ethiopia Dan Kenya Sapu Bersih Miri Marathon 2024

Oleh
Aina Musa
3 Mac 2024
Kongsi
4 Min Bacaan
Pelari Ethiopia Dan Kenya Sapu Bersih Miri Marathon 2024

Syabas diucapkan buat kesemua peserta

Pelari Ethiopia Dan Kenya Sapu Bersih Miri Marathon 2024. Pelari Ethiopia, Bililign Yimer telah dinobatkan sebagai juara Miri Marathon 2024 bagi kategori lelaki terbuka 42km semalam. Beliau telah mencatatkan masa 2 jam 35 minit dan 37 saat, sekali gus membawa pulang piala kejuaraan dan hadiah wang tunai bernilai RM7,000.

Tempat kedua telah dimenangi oleh pelari Kenya, David Kibet dengan mencatatkan masa 2 jam 42 minit dan 2 saat. Beliau turut membawa pulang piala dan hadiah wang tunai bernilai RM5,000. Manakala tempat ketiga telah dimenangi oleh pelari tempatan, Mohamad Muhaizar yang mencatatkan masa 2 jam, 50 minit dan 13 saat. Beliau turut dianugerahi piala dan hadiah wang tunai bernilai RM3,000.

Pelari Ethiopia Dan Kenya Sapu Bersih Miri Marathon 2024

Bagi kategori wanita terbuka 42km, kejuaraan telah dimenangi oleh pelari Kenya, Florence Kemunto Nyaingiri yang mencatatkan masa 2 jam 52 minit dan 29 saat. Naib juara telah disandang oleh pelari Ethiopia, Tsega Desta yang mencatat masa 3 jam 14 minit dan 21 saat.

Kedua-dua pemenang membawa pulang piala serta hadiah wang tunai masing-masing bernilai RM7,000 (juara) dan RM5,000 (naib juara).

Tempat ketiga telah dimenangi oleh pelari tempatan, Sally Ann Yap Yu Ing yang mencatatkan masa 3 jam 36 minit dan 10 saat. Beliau turut membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan piala.

Dalam kategori lelaki veteran untuk acara maraton penuh 42km, kejuaraan telah disandang oleh pelari Kenya, Samson Karega Kamau. Naib juara telah dimenangi oleh rakan senegaranya, Dennis Isika. Tempat ketiga telah dimenangi oleh warga Malaysia, Fabian Osmond Daimon.

Bagi kategori wanita veteran pula, ketiga-tiga tempat teratas telah dikuasai oleh pelari wanita Malaysia. Johan telah disandang oleh Tho Siaw Khim, diikuti Tiffany Lee Siok Chin (naib juara) dan Ewe Bee Hong (tempat ketiga).

Pemenang bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita veteran ini masing-masing membawa pulang piala dan hadiah wang tunai bernilai RM3,000 (juara), RM2,000 (naib juara) dan RM1,000 (tempat ketiga).

Dalam kategori lelaki kebangsaan (hanya peserta Malaysia) untuk acara maraton penuh 42km, kejuaraan telah dimenangi oleh Mohamad Muhaizar. Naib juara telah disandang oleh Syahrullah Safri dan tempat ketiga telah dimenangi oleh Andy Yeo Jia Wei.

Bagi kategori wanita kebangsaan pula, kejuaraan telah dimenangi oleh Tho Siaw Khim. Naib juara telah disandang oleh Tiffany Lee Siok Chin manakala tempat ketiga telah dimenangi oleh Sally Ann Yap Yu Ing.

Para juara bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita kebangsaan ini juga masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3,000 (juara), RM2,000 (naib juara) dan RM1,000 (tempat ketiga) serta piala.

Hadiah kepada semua pemenang telah disampaikan oleh Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin.

Beliau juga telah melepaskan seluruh peserta bagi semua kategori acara maraton penuh 42km pada tengah malam jam 12.40 pagi.

Selain acara maraton penuh 42km, turut dipertandingkan termasuklah separa maraton 21km, acara larian 10km Speed Run dan 5km Fun Run.

Seramai 6,274 orang peserta telah mengambil bahagian dalam acara maraton pada tahun ini, sekali gus memecahkan rekod penyertaan pada tahun-tahun sebelumnya. Ini merupakan penganjuran kali keempat bagi acara maraton ini.

Baca lagi artikel menarik:

Bonnie Bunyau Hadiahkan Emas Buat Negara Dalam Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para Di Dubai
Koperal Matthew, Askar Dari Sarawak Yang Terkorban Dalam Sejarah Hitam Al-Maunah Tahun 2000
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cacing Kayu Bakau, Temilok / Kejumah Yang Enak Sebagai Alternatif Ulat Mulong
Next Article Anak Kelahiran Sarawak, Amir Jahari Dinobat Juara AJL38

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?