• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Badang’ Sarawak, Angkatan Bonnie Bunyau Pecah Rekod Dunia Lagi Di Dubai

Oleh
Ismail NA
22 Jun 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Pencapaian luar biasa atlet angkat berat paralimpik Sarawak, Bonnie Bunyau.

‘Badang’ Sarawak, Angkatan Bonnie Bunyau Pecah Rekod Dunia Lagi Di Dubai. Setelah kejayaannya merangkul pingat emas Kejohanan Angkat Berat Para Dunia 2021 di Bangkok, Thailand pada bulan Mei yang lalu, hari ini sekali lagi menjadi hari yang bersejarah buat seluruh rakyat Malaysia dan rakyat Sarawak, khasnya kerana Bonnie Bunyau sekali lagi memecahkan rekod dunia dalam acara angkat berat paralimpik!

Isi Isi Penting
  • Pencapaian luar biasa atlet angkat berat paralimpik Sarawak, Bonnie Bunyau.
  • Rekod dunia atlet para Iran lebur dengan angkatan 230 kg oleh Bonnie
  • Bonnie Bunyau, pakar pecah rekod dunia
  • Baca lebih lanjut tentang pencapaian Bonnie Bunyau di sini :

Berita baik tersebut disampaikan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Majlis Sukan Negara (MSN) sebentar tadi. Bonnie yang kini sedang bertarung di Piala Dunia Kejohanan Angkat Berat Para Fazza ke-11 di Dubai telah menghadiahkan negara sebuah pencapaian elit iaitu rekod dunia baharu yang berjaya dipecahkannya.

'Badang' Sarawak, Angkatan Bonnie Bunyau Pecah Rekod Dunia Lagi Di Dubai
‘Badang’ Sarawak, Angkatan Bonnie Bunyau Pecah Rekod Dunia Lagi Di Dubai

Rekod dunia atlet para Iran lebur dengan angkatan 230 kg oleh Bonnie

Bonnie Bunyau berjaya membuat angkatan seberat 230 kilogram sekaligus memadamkan rekod dunia milik Rustami, atlet angkat berat para dari Iran dengan angkatan 229 kilogram yang dicatat semasa Kejohanan Para Asia Jakarta 2018.

Seramai 250 atlet paralimpik angkat berat dari 54 buah negara berkampung di Dubai untuk membuat angkatan terbaik mereka memandangkan ini adalah peluang terakhir mereka untuk memperbaiki ranking bagi merebut sloy ke sukan Paralimpik Tokyo. Bonnie yang kini menduduki ranking pertama untuk ke Paralimpik Tokyo dalam acara angkat berat para kategori atas 72 kilogram dilihat mempertahankan kedudukan tersebut setelah berjaya memecahkan rekod dunia acara tersebut buat kesekian kalinya.

'Badang' Sarawak, Angkatan Bonnie Bunyau Pecah Rekod Dunia Lagi Di Dubai

Bonnie Bunyau, pakar pecah rekod dunia

Untuk makluman anda, ini bukanlah kali pertama Bunyau memecahkan rekod dunia dalam sukan tersebut. Bonnie mengejutkan atlet angkat berat paralimpik dunia pada tahun 2019 apabila beliau berjaya memperolehi 2 kejuaraan angkat berat (gelaran junior dan utama) mengalahkan juara paralimpik dunia, Paul Kehinde dan Liu Lei. Bukan itu sahaja, pencapaian luar biasa Bonnie telah pun bermula sejak tahun 2017 apabila beliau berjaya memecahkan rekod dunia remaja pada usia 17 tahun.

Tahniah sekali lagi diucapkan buat Bonnie Bunyau!

Baca lebih lanjut tentang pencapaian Bonnie Bunyau di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gagal Patuhi SOP, 2 Kilang Di Bintulu Dikompaun RM39K
Next Article Hati-Hati Dengan ‘Happy Hypoxia’, Pembunuh Senyap Pesakit COVID-19 Tanpa Simptom

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?