• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hati-Hati Dengan ‘Happy Hypoxia’, Pembunuh Senyap Pesakit COVID-19 Tanpa Simptom

Oleh
Ismail NA
22 Jun 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

Pesakit COVID-19 yang tidak sedar menghidap Happy Hypoxia kini menunjukkan peningkatan sehingga 35%

Hati-Hati Dengan ‘Happy Hypoxia’, Pembunuh Senyap Pesakit COVID-19 Tanpa Simptom. Secara umumnya, hypoxia boleh berlaku disebabkan pelbagai penyakit terutamanya penyakit berkaitan kardiovaskular seperti penyakit paru-paru dan jantung. Kerosakan yang berlaku pada dua organ ini boleh membawa kerosakan pada otak dan organ dalaman yang lain sekiranya tidak dirawat dengan segera.

Isi Isi Penting
  • Pesakit COVID-19 yang tidak sedar menghidap Happy Hypoxia kini menunjukkan peningkatan sehingga 35%
  • Apa pula Happy Hypoxia?
  • Individu dijangkiti COVID-19 tak sedar alami Happy Hypoxia
  • Berikut adalah kemungkinan amaran Happy Hypoxia atau tanda bahawa kandungan oksigen dalam badan anda rendah;
  • Untuk penjelasan yang lebih lanjut mengenai Happy Hypoxia, anda boleh menonton video khas daripada Kementerian Kesihatan Malaysia ini :
  • Lagi info berguna di sini :

Selain kadar pernafasan yang semakin kerap, pesakit yang menghidap hypoxia juga akan mudah risau dan panik selain berasa mengah kerana sukar untuk bernafas.

Menurut Pakar Perunding Perubatan dan Paru-Paru Pusat Perubatan Sunway Velocity Kuala Lumpur, Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa, tahap pernafasan pesakit Hypoxia boleh mencapai sehingga 40 hingga 50 kali seminit berbanding kadar pernafasan normal yang lazimnya pada kadar 12 hingga 20 kali dalam seminit.

Apa pula Happy Hypoxia?

Happy Hypoxia adalah satu keadaan di mana seseorang mengalami kadar penurunan oksigen secara mendadak dalam tubuh badan tanpa disedari. Gejala ini tidak dirasai oleh pesakit sehinggalah situasi menjadi semakin teruk.

Hati-Hati Dengan 'Happy Hypoxia', Pembunuh Senyap Pesakit COVID-19 Tanpa Simptom
Hati-Hati Dengan ‘Happy Hypoxia’, Pembunuh Senyap Pesakit COVID-19 Tanpa Simptom

Gejala Happy Hypoxia ini hanya boleh dikesan melalui monitor atau alat oksimeter nadi (pulse oxymeter) dalam badan memandangkan individu yang menghidap situasi ini (kebiasaannya pesakit COVID-19) boleh bernafas lebih kurang seperti individu sihat yang lain.

Peratus oksigen larut yang normal dalam tubuh badan manusia (SpO2) pula adalah antara 95 hingga 100 peratus. Sekiranya kurang daripada peratusan itu, maka seseorang individu itu disyaki sedang menghidap Happy Hypoxia.

Hati-Hati Dengan 'Happy Hypoxia', Pembunuh Senyap Pesakit COVID-19 Tanpa Simptom

Individu dijangkiti COVID-19 tak sedar alami Happy Hypoxia

Inilah perkara yang membimbangkan dalam kalangan pesakit COVID-19 tanpa gejala kerana mereka tidak menunjukkan apa-apa tanda seperti kesukaran untuk bernafas tetapi sebaliknya mereka kekal kelihatan tenang, normal dan ceria. Hakikatnya, kandungan oksigen dalam badan mereka sudah berada di paras yang rendah. Oleh sebab itulah, situasi ini digelar sebagai Happy Hypoxia.

Lebih membingungkan, para doktor sukar untuk mengesan seseorang individu mengalami Happy Hypoxia akibat komplikasi COVID-19 kerana otot pernafasan mereka tidak menunjukkan tanda sukar bernafas. Tanpa mereka sedari, paru-paru mereka dalam keadaan parah dan rosak. Individu ini juga kebanyakannya terdiri daripada golongan muda yang masih memiliki sistem imunisasi badan yang tinggi.

Bagi individu yang dijangkiti COVID-19, Happy Hypoxia ini boleh berlaku di tahap empat atau lima dimana virus sudah mula menunjukkan kesan ke atas paru-paru. Pesakit tahap empat kebiasannya akan menunjukkan simptom dan mengalami radang paru-paru (pneumonia), dan memerlukan bekalan oksigen tambahan.

Hati-Hati Dengan 'Happy Hypoxia', Pembunuh Senyap Pesakit COVID-19 Tanpa Simptom
Kiri : Paru-paru akibat jangkitan COVID-19; Kanan : Paru-paru sihat

Individu yang telah dimasukkan ke wad dengan lebih awal dapat dikesan menghidap Happy Hypoxia kerana tahap oksigen mereka akan dipantau setiap 4 jam.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kebanyakan pesakit COVID-19 tahap empat dan lima yang dimasukkan ke hospital adalah dalam kalangan pesakit yang masih muda dan sihat. Peratusan ini terus menunjukkan trend peningkatan sehingga 35%.

Berikut adalah kemungkinan amaran Happy Hypoxia atau tanda bahawa kandungan oksigen dalam badan anda rendah;

  1. Bacaan pulse oxymeter (kandungan oksigen larut dalam badan) kurang daripada ~95% atau ~91%
  2. Sakit dada
  3. Sukar bernafas
  4. Pening kepala
  5. Sakit kepala/rasa seperti hendak pitam
  6. Kulit bertukar kebiru-biruan
  7. Tapak tangan menjadi sejuk

Disebabkan penyakit COVID-19 sudah boleh menjangkiti individu tanpa menunjukkan sebarang gejala, anda dinasihatkan untuk memiliki pulse oxymeter di rumah bagi memantau tahap oksigen dalam badan anda. Jika kurang daripada 95%, segera pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Untuk penjelasan yang lebih lanjut mengenai Happy Hypoxia, anda boleh menonton video khas daripada Kementerian Kesihatan Malaysia ini :

Alat ini digunakan dengan mengepit ibu jari pada alat tersebut. Bacaan oksigen anda akan terpapar secara automatik pada skrin alat ini setelah beberapa saat.

Dapatkan pulse oxymeter anda di sini

Lagi info berguna di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘Badang’ Sarawak, Angkatan Bonnie Bunyau Pecah Rekod Dunia Lagi Di Dubai
Next Article Pelajar Sarawak Yang Menyambung Pelajaran Ke Luar Negara Boleh Mohon Vaksinasi Awal- Dr. Sim

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?