• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Badang’ Sarawak, Bonnie Bunyau Raih Pingat Emas Kejohanan Angkat Berat Para Dunia Di Tbilisi

Oleh
Husna Hazmi
3 Disember 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Bonnie Bunyau sekali lagi raih pingat emas buat Malaysia!

‘Badang’ Sarawak, Bonnie Bunyau Raih Pingat Emas Kejohanan Angkat Berat Para Dunia Di Tbilisi. Bonnie yang merupakan atlet berasal dari Kuching, Sarawak ini sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila beliau berjaya meraih gelaran juara dalam Kejohanan Angkat Berat Para Dunia di Tbilisi, Georgia semalam.

'Badang' Sarawak, Bonnie Bunyau Raih Pingat Emas Kejohanan Angkat Berat Para Dunia Di Tbilisi
‘Badang’ Sarawak, Bonnie Bunyau Raih Pingat Emas Kejohanan Angkat Berat Para Dunia Di Tbilisi

Dengan angkatan seberat 210 kilogram

Dengan angkatan seberat 210 kilogram atlet para negara, Bonnie Bunyau berjaya muncul juara dunia sekali lagi! Beliau berjaya menewaskan Hu Peng dari China yang membawa pulang pingat perak dan Ibrahim Shaaban dari Mesir membawa pulang pingat gangsa.

Bonnie juga berjaya memecah rekod dunia di Piala Dunia Kejohanan Angkat Berat Para Fazza ke-11 di Dubai dengan membuat angkatan seberat 230 kilogram sekaligus memadamkan rekod dunia milik Rustami, atlet angkat berat para dari Iran dengan angkatan 229 kilogram pada bulan Jun tahun ini.

'Badang' Sarawak, Bonnie Bunyau Raih Pingat Emas Kejohanan Angkat Berat Para Dunia Di Tbilisi

Tahun ini, Bonnie merupakan atlet para pertama membawa pulang pingat emas

Pada tahun ini juga, Bonnie merupakan atlet para yang pertama membawa pulang pingat emas buat Malaysia dalam temasya sukan Paralimpik Tokyo.

Beliau merupakan atlet angkat berat para yang begitu digeruni di peringkat antarabangsa kerana sering memecahkan rekod dunia serta rekod kejohanan.

Tahniah kami ucapkan kepada Bonnie Bunyau!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kena Scam Di Aplikasi Tempahan Di Sebuah Apartment Di Vivacity Jazzsuite, Wanita Sri Aman Ini Kongsi Luahan Kecewa
Next Article Hanya RM1 Sahaja, Bus Asia Kini Beroperasi Ulang Alik Dari Mall Kuching Ke Siburan Dan Serian

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?