• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kena Scam Di Aplikasi Tempahan Di Sebuah Apartment Di Vivacity Jazzsuite, Wanita Sri Aman Ini Kongsi Luahan Kecewa

Oleh
Nazihah AN
2 Disember 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Merancang untuk menginap ke Vivacity Jazz Apartment sudah punah

Kena Scam Di Aplikasi Tempahan Di Sebuah Apartment Di Vivacity Jazzsuite, Wanita Sri Aman Ini Kongsi Luahan Kecewa. Sekarang semuanya mudah, tinggal di hujung jari sahaja. Memang pelbagai aplikasi dibuat untuk anda membuat tempahan bilik dan hotel dari peranti alat mudah. Akan tetapi, satu-satu yang buat kita resah untuk membuat tempahan melalui aplikasi adalah ditipu oleh ‘scammer‘.

Isi Isi Penting
  • Merancang untuk menginap ke Vivacity Jazz Apartment sudah punah
  • Cuba untuk dihubungi tetapi tiada maklum balas
  • Dalam pada hari yang sama, terdapat 3 buah keluarga yang lain turut menimpa nasib yang sama
  • Lagi di sini:

Begitulah yang dilalui oleh wanita berasal dari Sri Aman, Sarawak. Pemegang akaun Facebook, Safinah Menterang, meluahkan apa yang telah dilaluinya semasa menginap ke Kuching menerusi laman Facebooknya. Berikut adalah perkongsian Safinah Menterang dipercayai telah ‘ditipu’ oleh pemilik apartment di aplikasi Booking.com.

Mereka telah membuat tempahan tempat penginapan di Vivacity Jazz 3 Apartment, melalui aplikasi Booking.com. Setelah diberitahu bahawa tempahan mereka telah disahkan oleh pemilik apartment tersebut, tanpa sebarang keraguan mereka sekeluarga berasa lega kerana tidak perlu untuk fikirkan lagi tempat menginap.

Kena Scam Di Aplikasi Tempahan Di Sebuah Apartment Di Vivacity Jazzsuite, Wanita Sri Aman Ini Kongsi Luahan Kecewa
Sumber: Google

Cuba untuk dihubungi tetapi tiada maklum balas

Kata Safinah, mereka sekeluarga mendaftar masuk sekitar pukul 4.30 petang. Dan semasa dalam perjalanan menuju ke Vivacity, mereka cuba untuk menghubungi pemilik tersebut untuk memberitahu kedatangan mereka namun tiada maklum balas.

Setelah sampai ke lokasi berikut, suami Safinah cuba untuk menguruskan pendaftaran masuk tetapi dikhabarkan tidak disambut oleh sesiapa di Apartment Suite 3. Mereka semua tidak menyangka bahawa mereka adalah mangsa tipu menempah hotel.

Mengambil ikhtiar untuk mencuba cari hotel yang lain. Mereka akhirnya menemui Hotel Kingwood, dan hanya mengambil masa kurang dari 15 minit dari Vivacity. Di sana, mereka bercerita dengan staff hotel tentang keadaan yang menimpa mereka.

Sumber: Google

Dalam pada hari yang sama, terdapat 3 buah keluarga yang lain turut menimpa nasib yang sama

Terkejut diberitahu bahawa bukan mereka sahaja malah terdapat 3 buah keluarga juga menempah apartment di Vivacity juga telah menimpa nasib yang sama seperti mereka.

“Juga semoga pihak Vivacity Apartment mengambil serius perkara ini kerana ia juga melibatkan nama baik mereka.” kata Safinah Menterang menerusi laman Facebook.

Menerusi laman Facebook Safinah juga menyatakan bahawa cerita yang menimpa sekeluarganya untuk dijadikan iktibar dan pengajaran kepada orang ramai. Dan juga berharap agar pihak Booking.com untuk lebih telus dan berhati-hati dalam memilih rakan perniagaan yang terlibat dengan mereka supaya dapat memastikan bahawa tiada lagi mangsa penipuan berlaku.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Drama Muzikal Putri Santubong, The Princess Warrior Bakal Ditayangkan Mulai 11 Disember Ini
Next Article ‘Badang’ Sarawak, Bonnie Bunyau Raih Pingat Emas Kejohanan Angkat Berat Para Dunia Di Tbilisi

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?