• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bagi Memastikan Semua Rakyat Peroleh Vaksin, Sarawak Guna Pendekatan Suntik Dahulu Kemudian Daftar

Oleh
Husna Hazmi
7 Jun 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Pendekatan ini dibuat agar semua rakyat di Sarawak boleh mendapat vaksin COVID-19.

Bagi Memastikan Semua Rakyat Peroleh Vaksin, Sarawak Guna Pendekatan Suntik Dahulu Kemudian Daftar. Dilaporkan bahawa, Sarawak akan menggunakan langkah yang baharu dalam memastikan semua rakyat di negeri ini memperoleh suntikan vaksin COVID-19.

Isi Isi Penting
  • Pendekatan ini dibuat agar semua rakyat di Sarawak boleh mendapat vaksin COVID-19.
  • Perkara tersebut telahpun dinyatakan oleh Ketua Menteri Sarawak
  • Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada semua wakil rakyat
  • Keupayaan negeri Sarawak untuk memperluaskan program tersebut akan diperkuatkan lagi
Bagi Memastikan Semua Rakyat Peroleh Vaksin, Sarawak Guna Pendekatan Suntik Dahulu Kemudian Daftar
Bagi Memastikan Semua Rakyat Peroleh Vaksin, Sarawak Guna Pendekatan Suntik Dahulu Kemudian Daftar

Perkara tersebut telahpun dinyatakan oleh Ketua Menteri Sarawak

Perkara tersebut telahpun dinyatakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kepada sidang media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embass dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian. pada hari Isnin bersamaan 7 Jun 2021.

Menurut penjelasan beliau, selain daripada pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera, Sarawak akan menggunakan kaedah hibrid yang melibatkan pendaftaran secara manual selepas pemberian vaksin terutamanya bagi masyarakat di luar bandar.

“Untuk kawasan luar bandar, jika nama tidak ada dalam pendaftaran, tetapi mereka sudah datang untuk vaksin, mereka boleh divaksin selepas itu barulah pendaftaran dibuat.

“Kita mahu semua rakyat mendapat vaksin, selain itu memudahkan mereka yang datang dari jauh untuk tidak berulang-alik secara tidak langsung memudahkan urusan mereka.

“Ia sekali gus akan memastikan proses vaksinasi dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan khususnya di luar bandar,” jelas beliau.

Bagi Memastikan Semua Rakyat Peroleh Vaksin, Sarawak Guna Pendekatan Suntik Dahulu Kemudian Daftar

Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada semua wakil rakyat

Di samping itu, Abang Johari turut berkata bahawa perkara tersebut telah dimaklumkan kepada semua wakil rakyat untuk membantu dalam usaha mencapai sasaran imuniti kelompok menjelang bulam Ogos hadapan.

Ketika beliau menjelaskan mengenai program vaksinasi AstraZeneca di Sarawak, beliau berkata seramai 1,400 orang menerima vaksin tersebut pada hari pertama yang dijalankan di BCCK Kuching dan PKBN Miri.

“Setakat ini kita berpuas hati dengan pelaksanaan proses vaksinasi di BCCK, hari Isnin di Kuching yang melibatkan 1,000 penerima dan 400 di Miri.

“Jumlah ini akan ditingkatkan kepada 3,000 sehari selepas ini bagi mempercepatkan program imunisasi di Sarawak,” tambah beliau sambil memberitahu seramai 30,000 orang telah mendaftar untuk menerima vaksin AstraZeneca di negeri ini.

Bagi Memastikan Semua Rakyat Peroleh Vaksin, Sarawak Guna Pendekatan Suntik Dahulu Kemudian Daftar

Keupayaan negeri Sarawak untuk memperluaskan program tersebut akan diperkuatkan lagi

Selain itu, keupayaan negeri Sarawak untuk memperluaskan program tersebut akan diperkuatkan lagi dengan ketibaan lebih 469,000 vaksin jenis Sinovac dan Pfizer dalam tempoh dua hari akan datang, kata beliau pada hari Isnin.

“Vaksin (Sinovac dan Pfizer) akan datang pada 9 Jun sebanyak 380,000 dos seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin yang akan kita hantar ke Miri dan 89,360 dos lagi akan datang pada 10 Jun ini.

“Dengan sasaran satu juta dos pada Jun seterusnya pada Julai dan Ogos,” jelas beliau.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dipercayai Mati Gantung Diri, Teman Wanita Temui Mayat Kekasih Di Ruang Tamu Rumah Sewa Di Sabah
Next Article Salah Satu Kluster Baharu Di Sarawak Berpunca Daripada Perhimpunan Sosial Menjelang Hari Gawai Salah Satu Kluster Baharu Di Sarawak Berpunca Daripada Perhimpunan Sosial Menjelang Hari Gawai

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?