• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dipercayai Mati Gantung Diri, Teman Wanita Temui Mayat Kekasih Di Ruang Tamu Rumah Sewa Di Sabah

Oleh
Husna Hazmi
7 Jun 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Mangsa ditemui oleh kekasih mati di dalam keadaan tergantung di rumah sewa kediaman mangsa.

Dipercayai Mati Gantung Diri, Teman Wanita Temui Mayat Kekasih Di Ruang Tamu Rumah Sewa Di Sabah. Dipetik daripada laporan Astro Awani, seorang lelaki telah ditemui mati dalam keadaan tergantung di rumah sewanya di Jalan Beaufort Jaya, Sabah, pada Isnin.

Isi Isi Penting
  • Mangsa ditemui oleh kekasih mati di dalam keadaan tergantung di rumah sewa kediaman mangsa.
  • Mayat lelaki yang hanya berusia 20 tahun itu ditemui oleh teman wanitanya
  • Dihantar ke Hospital Beaufort untuk proses bedah siasat
  • Jika anda sedang mengalami kemurungan, anda boleh menghubungi Befrienders Malaysia di talian  03-76272929. Maklumat lanjut terdapat di laman web www.befrienders.org.my. Anda juga boleh menghubungi 999 atau pihak berkuasa jika anda dapati seseorang yang ingin membunuh diri.
Dipercayai Mati Gantung Diri, Teman Wanita Temui Mayat Kekasih Di Ruang Tamu Rumah Sewa Di Sabah
Dipercayai Mati Gantung Diri, Teman Wanita Temui Mayat Kekasih Di Ruang Tamu Rumah Sewa Di Sabah. Kredit gambar: Utusan Borneo

Mayat lelaki yang hanya berusia 20 tahun itu ditemui oleh teman wanitanya

Mayat lelaki yang hanya berusia 20 tahun itu ditemui oleh teman wanitanya yang berusia 21 tahun sekitar jam 2.30 petang tadi sebelum dia membuat laporan polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob, sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan tersebut, sepasukan anggota dan pegawai segera dikerahkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, lelaki terbabit dilihat kali terakhir oleh teman wanitanya pada jam 8.30 pagi hari Isnin ketika dia pulang dari bekerja.

“Teman wanita lelaki itu kemudiannya pergi bekerja sebelum menyedari kejadian itu ketika pulang ke rumah berkenaan kira-kira jam 2 petang tadi.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca lelaki itu menggantung diri,” jelas beliau.

Dipercayai Mati Gantung Diri, Teman Wanita Temui Mayat Kekasih Di Ruang Tamu Rumah Sewa Di Sabah

Dihantar ke Hospital Beaufort untuk proses bedah siasat

Beliau juga turut berkata, mayat mangsa sudah pun dihantar ke Hospital Beaufort untuk proses bedah siasat.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” jelas Yusoff Zaki.

Jika anda sedang mengalami kemurungan, anda boleh menghubungi Befrienders Malaysia di talian  03-76272929. Maklumat lanjut terdapat di laman web www.befrienders.org.my. Anda juga boleh menghubungi 999 atau pihak berkuasa jika anda dapati seseorang yang ingin membunuh diri.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Peluang Dibimbing Oleh Pengasas Fave, Jom Sertai TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp 2021
Next Article Bagi Memastikan Semua Rakyat Peroleh Vaksin, Sarawak Guna Pendekatan Suntik Dahulu Kemudian Daftar

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?