• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bahagian Kepala Mangsa Serangan Buaya Di Lundu Ditemui Hanyut Dibawa Arus

Oleh
Husna Hazmi
20 Mei 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Pencarian selebihnya anggota badan mangsa masih diteruskan oleh SAR hari ini.

Bahagian Kepala Mangsa Serangan Buaya Di Lundu Ditemui Hanyut Dibawa Arus. Dilaporkan, malam semalam, kita telah digemparkan dengan penemuan kepala seorang mangsa kepada serangan buaya di sungai Kampung Kangka, Lundu.

Bahagian Kepala Mangsa Serangan Buaya Di Lundu Ditemui Hanyut Dibawa Arus
Bahagian Kepala Mangsa Serangan Buaya Di Lundu Ditemui Hanyut Dibawa Arus

Mangsa dilaporkan hilang sejak jam 3 petang semalam

Menurut Ketua Polis Daerah Lundu DSP Damataries Lautin mangsa, Sebarang Bingkok, berusia 56 tahun telah dilaporkan hilang sejak jam 3 petang semalam.

Beliau berkata, pada jam 5 petang semalam, mangsa dipercayai telah meninggal dunia setelah keluarganya menemui bahagian kepala mangsa yang hanyut dibawa arus.

“Mangsa dipercayai telah dibaham buaya, laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat oleh ahli keluarga mangsa,” kata beliau menerusi satu kenyataan.

Bahagian Kepala Mangsa Serangan Buaya Di Lundu Ditemui Hanyut Dibawa Arus

Bahagian kepala ditemui ahli keluarga mangsa

Bahagian kepala ditemui ahli keluarga mangsa tersebut telah dihantar ke Hospital Lundu untuk siasatan yang lebih lanjut.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa akan diteruskan pada hari ini dan antara pihak yang terlibat adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia , Kementerian Kesihatan Malaysia dan Sarawak Forestry Corporation.

Dalam masa yang sama, Ketua Polis Daerah Lundu DSP Damataries turut berpesan kepada penduduk di sekitar kawasan kejadian untuk berjaga-jaga dan lebih berhati-hati.

“Terutamanya penduduk yang selalu ke sungai, kita nasihatkan agar selalu berhati-hati semasa menjalankan rutin harian,” tambah beliau lagi.

Serangan buaya semakin menjadi-jadi! Ini antara kisah tragis serangan buaya di Borneo yang telah menggemparkan negara kita:

SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Usah Risau Ketinggalan Bas, Anda Kini Boleh Mengesan Keberadaan Bas Asia Dengan Mudah! Usah Risau Ketinggalan Bas, Anda Kini Boleh Mengesan Keberadaan Bas Asia Dengan Mudah!
Next Article Trending Simu Liu VS Henry Golding, Netizen Dunia Bangkit Bela Henry Golding Trending Simu Liu VS Henry Golding, Netizen Dunia Bangkit Bela Henry Golding

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?