I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Trending Simu Liu VS Henry Golding, Netizen Dunia Bangkit Bela Henry Golding
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Trending Simu Liu VS Henry Golding, Netizen Dunia Bangkit Bela Henry Golding

Oleh Kedung BK
Dikirim pada 20/05/22 3:24 PM
Kongsi
7 Min Bacaan
Trending Simu Liu VS Henry Golding, Netizen Dunia Bangkit Bela Henry Golding
Kongsi

The clash of the Asian Actors

Trending Simu Liu VS Henry Golding, Netizen Dunia Bangkit Bela Henry Golding. Sekiranya anda tidak kenal dengan pelakon Simu Liu, beliau merupakan pelakon Kanada berketurunan Cina yang terkenal dengan watak Shang-Chi dalam filem Marvel ‘Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings’ yang keluar pada tahun 2021.

Henry Golding ialah nama yang dikenali di Malaysia dan merupakan seorang pelakon yang berketurunan separuh British dari sebelah bapanya dan separuh Iban Betong dari sebelah ibunya. Beliau mula dikenali di seluruh dunia apabila beliau berlakon sebagai watak utama dalam filem ‘Crazy Rich Asians’ yang ditayangkan pada 2018.

Trending Simu Liu VS Henry Golding, Netizen Dunia Bangkit Bela Henry Golding

Meskipun baru-baru ini mencapai international fame, Henry Golding sudah dikenali sebagai pengacara pelbagai program televisyen tempatan sebelum beliau melangkah ke dalam industri lakonan.

Baru-baru ini, kedua-dua pelakon ini menjadi trending di media sosial selepas temu bual Simu Liu yang menyatakan bahawa beliau kalah uji bakatnya kepada Henry Golding untuk watak utama filem Crazy Rich Asians menjadi viral.

Simu Liu ketika tayangan perdana Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings. Kredit foto: Hollywood Reporter

“Saya uji bakat sebanyak 4 kali untuk watak itu,” – Simu Liu

Dalam temu bual tersebut, Simu Liu menyatakan bahawa beliau benar-benar ingin membintangi filem Crazy Rich Asians malah empat kali mengikuti uji bakat sebelum ditolak.

Menurut Simu Liu, pelakon itu diberitahu bahawa beliau tidak mempunyai ‘It Factor’ untuk Hollywood oleh eksekutif studio/pengarah pelakon dan selepas diberitahu perkara ini, beliau “berasa sedih.”

Rasanya seperti seseorang memberitahu saya bahawa saya tidak cukup bagus, bahawa saya tidak disukai. Saya tidak mempunyai perkara diingini yang boleh membuatkan orang mahu menonton (filem) saya. Ia pada masa yang sangat sukar untuk saya, saya cuba memikirkan sama ada saya boleh menjadi watak utama atau sama ada saya hanya boleh menjadi watak sokongan untuk keseluruhan kerjaya saya,”

katanya mengenai pengalaman tersebut.

Walaupun gagal mendapat watak tersebut, beliau berkata beliau “sangat bersyukur” dengan pengajaran yang dipelajari daripada pengalaman itu. Malah, beliau juga berkata beliau sangat gembira apabila filem Crazy Rich Asians ditayangkan pada tahun 2018.

Di sisi yang lebih menggembirakan, Simu Liu akhirnya membintangi filem Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings untuk Marvel Studios.

Kredit foto: MARVEL

“Mereka memilih dengan betul. Simu Liu tidak mempunyai ‘rupa’ yang sesuai untuk watak itu,” – Netizen

Apabila artikel temu bual itu diterbitkan di Twitter, ramai orang membanjiri komen dengan menyatakan bahawa Henry Golding lebih sesuai untuk peranan itu.

Kredit foto: Twitter

Mereka memilih dengan betul, Henry Golding mempunyai rupa yang lebih menarik. Mereka (eksekutif studio/pengarah pelakon) tahu apa yang mereka lakukan apabila mereka mengambilnya sebagai watak utama. Saya minta maaf, tetapi Simu Liu tidak mempunyai rupa yang sesuai untuk watak itu.”

Kredit foto: Twitter

Sekurang-kurangnya untuk filem itu, (Simu Liu) tidak ada faktor ‘IT’ itu. Dia (Simu Liu) tidak kelihatan seperti lelaki kaya yang berkarisma… untuk sekarang. Saya tidak tahu tentang seluruh Hollwood, tetapi bukan untuk filem itu. Henry ialah pelakon yang lebih sesuai. Cuma nak mengatakan sahaja.”

Kredit foto: Twitter

“Adakah ia sebab Henry Golding nampak lebih ‘putih’? – Netizen

Walaupun ramai yang mempertahankan Henry Golding kerana mendapat watak utama filem Crazy Rich Asians, ada yang menyatakan bahawa disebabkan bangsa campuran (separuh orang putih) Henry Golding, pelakon itu mempunyai kelebihan yang lebih besar.

Kredit foto: Twitter

Simu Liu bukannya tidak ada rupa, tetapi dia tidak sesuai dengan standard kecantikan orang putih seperti Henry Golding kerana dia separuh orang putih. Ia tidak mengejutkan saya sama sekali bahawa Simu ditolak, memandangkan saya berasa filem Crazy Rich Asians dipasarkan untuk orang putih.”

Kredit foto: Twitter

Salah seorang daripada mereka lebih kelihatan ‘orang putih’. Ya, orang Asia juga taksub dengan keputihan.”

Terdapat juga mereka yang berpendapat bahawa Simu Liu tidak sepatutnya menyatakan perkara itu kerana ia nampak seperti pelakon itu “tidak bersyukur” dengan lakonan-lakonanya sebelum ini.

Kredit foto: Twitter

Bagaimanakah selebriti dibenarkan untuk mengatakan ini apabila filemografi mereka membuktikan sebaliknya? Adakah dia (Simu Liu) tidak berpuas hati sebagai Shang-Chi? Saya pasti beribu-ribu pelakon Asia lain mahukan watak itu juga. Simu Liu baru sahaja dipilih sebagai Ken Asia dalam filem Barbie…”

Pendapat?

Pada pendapat min, kedua-dua pelakon masih dalam tahun-tahun awal mereka. Walaupun kedua-dua pelakon ini boleh digelar sebagai ‘pelakon veteran’ kerana masing-masing sudah menceburi bidang lakonan melebihi 10 tahun, mereka masih berada dalam tahap awal melayari industri perfileman antarabangsa.

Simu Liu hanya menceritakan pengalaman masa lalunya sebagai pelakon yang ingin menceburi peranan filem yang lebih besar dan akhirnya membawanya ke tahap sekarang. Min rasa tak ada pula Simu Liu bercakap buruk tentang Henry Golding – topik ini hanya menjadi besar oleh kerana netizen.

Simu Liu ialah salah seorang daripada segelintir pelakon keturunan Asia yang berjaya mendapatkan watak utama dalam filem. Kredit foto: theSundaily.my

Henry Golding pula kini sedang sibuk dengan sequel filem Crazy Rich Asians dan kami yakin bahawa beliau akan berlakon dalam lebih banyak watak lain kemudian.

Meskipun Henry Golding dituduh menggunakan keistimewaan kulit putihnya (kerana beliau separuh British), ia adalah penting untuk diperhatikan bahawa beliau juga separuh Iban, sebuah suku asli Sarawak. Jika anda memikirkannya, berapa ramai pelakon Iban yang anda dapat fikirkan sedang bekerja di Hollywood?

Henry Golding merupakan antara pelakon berketurunan bumiputera di Hollywood. Kredit foto: NextShark

Daripada memusuhi latar belakang keturunan kulit putihnya, kita juga harus meraikan bahawa beliau juga salah seorang daripada ramai orang asli di Hollywood yang membuka jalan kepada pelakon berketurunan orang asli yang lain.

Semoga kedua-dua pelakon ini tidak ditambah kebencian oleh orang ramai kerana berbeza pendapat, sebaliknya meraikan pencapaian mereka dalam kerjaya masing-masing!

Lagi di sini:

Kedung BK 20 Mei 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bahagian Kepala Mangsa Serangan Buaya Di Lundu Ditemui Hanyut Dibawa Arus
Next Article Minyak Masak Terpakai Tukar Jadi Duit! Ini Cara Bagaimana Anda Boleh Jana Wang Sekaligus Selamatkan Alam Sekitar

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Berita Dunia

Turki Secara Rasmi Kini Dikenali Sebagai Turkiye

5 Jun 2022
Hanya Tahu Memasak Mee Maggi Sahaja, Lelaki Ini Menceraikan Isterinya
Berita Dunia

Hanya Tahu Memasak Mee Maggi Sahaja, Lelaki Ini Menceraikan Isterinya

3 Jun 2022
Naik 12 Tangga, Indonesia Berjaya Pintas Malaysia Dalam Indeks Pelancongan Dunia 2021
Berita Dunia

Naik 12 Tangga, Indonesia Berjaya Pintas Malaysia Dalam Indeks Pelancongan Dunia 2021

2 Jun 2022
Dikhuatir Tercemar Dengan Salmonella, Mentega Kacang Jenama Jif Ditarik Balik Dari Pasaran
Berita Dunia

Dikhuatir Tercemar Dengan Salmonella, Mentega Kacang Jenama Jif Ditarik Balik Dari Pasaran

30 Mei 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?