• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bahaya! Netizen Bengang Pemandu Kereta Masih Guna Laluan Motorsikal Sebagai ‘Shortcut’ Ke Bulatan Samarahan

Oleh
Nazihah AN
21 Mac 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Bahaya! Netizen Bengang Pemandu Kereta Masih Guna Laluan Motorsikal Sebagai 'Shortcut' Ke Bulatan Samarahan

Laluan motosikal ini khas untuk motosikal sahaja

Bahaya! Netizen Bengang Pemandu Kereta Masih Guna Laluan Motorsikal Sebagai ‘Shortcut’ Ke Bulatan Samarahan. Sikap pentingkan diri sendiri di atas jalan ini boleh membawa kemudaratan kepada orang lain dan juga boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri.

Isi Isi Penting
  • Laluan motosikal ini khas untuk motosikal sahaja
  • Perkongsian klip video berdurasi 20 saat ini telah mendapat 116 ribu tontonan dan 170 perkongsian setakat artikel ini diterbitkan.
  • “Aku hari tu sikit lagi mau accident” -Netizen
  • Lagi di sini:

Menerusi sebuah perkongsian video di Facebook, sebuah kereta dilihat cuba untuk menghalang kereta di belakangnya untuk menggunakan laluan motosikal di bulatan SALCRA, Samarahan. Video ini telah meraih perhatian netizen di Facebook Sarawak Roads Update.

Perkongsian klip video berdurasi 20 saat ini telah mendapat 116 ribu tontonan dan 170 perkongsian setakat artikel ini diterbitkan.

Difahamkan melalui video tersebut, pemilik video ini telah menyatakan bahawa tiada motosikal yang lalu di laluan tersebut pada waktu kejadian.

Boleh dikatakan hampir setiap hari pengguna jalan raya berkongsi pengalaman berkaitan dengan pemandu kenderaan yang tidak bertanggungjawab menggunakan laluan motosikal untuk jadikan ‘shortcut‘ ke bulatan Kuching – Samarahan.

Sebelum ini, Sarawak Roads Update juga pernah berkongsi satu video yang sempat dirakam dashcam di mana ramai pemandu kereta yang menggunakan laluan motosikal di bulatan SALCRA:

Bahaya! Netizen Bengang Pemandu Kereta Masih Guna Laluan Motorsikal Sebagai 'Shortcut' Ke Bulatan Samarahan
Bahaya! Netizen Bengang Pemandu Kereta Masih Guna Laluan Motorsikal Sebagai ‘Shortcut’ Ke Bulatan Samarahan. Sumber gambar: FB Mohamad Sahrin Ali

Meninjau ke ruangan komen, ada yang berpuas hati melihat rakaman pemandu kereta yang cuba untuk memotong dengan menggunakan laluan motorsikal ini ‘diajar’ oleh pemandu jalan raya yang lain dengan menyekatnya menggunakan laluan motosikal ini.

Biarpun ada yang mempertikaikan bahawa kereta tersebut tidak sepatutnya menghalang pemandu yang menggunakan laluan motosikal itu kerana dikhuatiri akan menyebabkan perlanggaran dan menasihatkan agar membiarkan pihak berkuasa mengambil tindakan, tidak kurang juga ada yang berpuas hati dengan tindakan kereta tersebut.

“Aku hari tu sikit lagi mau accident” -Netizen

Ada juga netizen yang berkongsikan pengalaman hampir kemalangan akibat tindakan cuai pemandu yang menggunakan laluan motosikal dan terus pecut masuk lorong kanan ketika hendak masuk bulatan tersebut.

Bahaya! Netizen Bengang Pemandu Kereta Masih Guna Laluan Motorsikal Sebagai 'Shortcut' Ke Bulatan Samarahan
Tangkapan layar komen FB Sarawak Roads Update

Bahaya! Netizen Bengang Pemandu Kereta Masih Guna Laluan Motorsikal Sebagai 'Shortcut' Ke Bulatan Samarahan
Tangkapan layar komen FB Sarawak Roads Update

Bahaya! Netizen Bengang Pemandu Kereta Masih Guna Laluan Motorsikal Sebagai 'Shortcut' Ke Bulatan Samarahan
Tangkapan layar komen FB Sarawak Roads Update

Nasihat buat para pengguna jalan raya, laluan motorsikal ini khas untuk motorsikal sahaja. Tindakan pemandu kereta atau lori yang guna laluan motorsikal ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada pengguna jalan lain.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Alternatif Yang Paling Dinantikan, Malaysia Airlines Perkenal Penerbangan Terus Johor Bahru dan Kuching!
Next Article Padah Uji Tak Kena Tempat, ‘Hailak’ Merempuh Saga Hingga Remuk Sebaik Keluar Dari Bengkel Di Sandakan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?