• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Padah Uji Tak Kena Tempat, ‘Hailak’ Merempuh Saga Hingga Remuk Sebaik Keluar Dari Bengkel Di Sandakan

Oleh
Ismail NA
21 Mac 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Patut ke uji kereta kat kawasan lot kedai yang sempit?

Padah Uji Tak Kena Tempat, ‘Hailak’ Merempuh Saga Hingga Remuk Sebaik Keluar Dari Bengkel Di Sandakan. Kadang kala, kemalangan yang berlaku seakan-akan kedengaran tidak masuk akal. Namun, hakikatnya memang ada yang berani berkelakuan tidak senonoh dan menguji kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya sehingga mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.

Isi Isi Penting
  • Patut ke uji kereta kat kawasan lot kedai yang sempit?
  • Tekan pedal, keluar asap hitam sebelum dengar bunyi dentuman yang kuat
  • “Itu namanya termakan makan sumpah orang” – Netizen geram
  • Baca juga:

Menerusi perkongsian video pengguna Facebook yang bernama Frank J Martin di laman Facebook, dilihat sebuah kenderaan pacuan empat roda sedang menguji keupayaan kenderaannya sebaik sahaja keluar daripada sebuah bengkel. Video asal dikongsi oleh seorang pengguna bernama Triple Macho namun telah dipadam atas sebab yang tidak diketahui.

Padah Uji Tak Kena Tempat, 'Hailak' Merempuh Saga Hingga Remuk Sebaik Keluar Dari Bengkel Di Sandakan
Padah Uji Tak Kena Tempat, ‘Hailak’ Merempuh Saga Hingga Remuk Sebaik Keluar Dari Bengkel Di Sandakan. Sumber : FB Frank J Martin
Padah Uji Tak Kena Tempat, 'Hailak' Merempuh Saga Hingga Remuk Sebaik Keluar Dari Bengkel Di Sandakan

Tekan pedal, keluar asap hitam sebelum dengar bunyi dentuman yang kuat

Kereta tersebut menekan pedal minyak dengan deras berdasarkan kepulan asap yang keluar daripada ekzosnya dan kemudian meluru laju di hadapan kawasan lot kedai tersebut sebelum merempuh sebuah kereta Saga yang kebetulan lalu di jalan lurus dari arah kanan.

Posted by Frank J Martin on Sunday, March 20, 2022

Kereta dengan nombor pendaftaran Sabah tersebut remuk di bahagian depan manakala kereta Saga yang dirempuhnya pula kelihatan mengalami kerosakan teruk di seluruh bahagian dengan tingkap penumpang berderai dan tayar yang hampir tercabut.

Posted by Frank J Martin on Sunday, March 20, 2022

Kereta pacuan empat roda tersebut dikatakan baharu sahaja melakukan penalaan enjin (remap) di sebuah bengkel di kawasan Batu 8, Sandakan, Sabah.

Difahamkan, kenderaan yang dilanggar oleh kereta pacuan empat roda tersebut adalah kenderaan perkhidmatan e-hailing Maxim. Nasib pemandu kedua-dua kenderaan pula tidak diketahui.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian ini telah mendapat sebanyak lebih 6,000 perkongsian dan mengundang sebanyak lebih 400 komen netizen.

“Itu namanya termakan makan sumpah orang” – Netizen geram

Menerusi ruangan komen di beberapa platform yang berkongsikan video tersebut, rata-ratanya berkata bahawa perbuatan tersebut adalah sesuatu yang merbahaya dan boleh meragut nyawa orang awam yang berada di kawasan tersebut ketika kejadian.

Bukan itu sahaja, netizen turut membayangkan sekiranya kenderaan yang dilanggar oleh ‘hailak’ tersebut adalah motorsikal atau pejalan kaki, kesan kemalangan mungkin lebih teruk. Bahkan, boleh mengundang kematian sekelip mata berdasarkan impak rempuhan yang dirakam.

Padah Uji Tak Kena Tempat, 'Hailak' Merempuh Saga Hingga Remuk Sebaik Keluar Dari Bengkel Di Sandakan
Sumber : FB Sarawak Roads Update
Padah Uji Tak Kena Tempat, 'Hailak' Merempuh Saga Hingga Remuk Sebaik Keluar Dari Bengkel Di Sandakan
Sumber : FB Sarawak Roads Update
Padah Uji Tak Kena Tempat, 'Hailak' Merempuh Saga Hingga Remuk Sebaik Keluar Dari Bengkel Di Sandakan
Sumber : FB Sarawak Roads Update
Padah Uji Tak Kena Tempat, 'Hailak' Merempuh Saga Hingga Remuk Sebaik Keluar Dari Bengkel Di Sandakan
Sumber : FB Frank J Martin
Padah Uji Tak Kena Tempat, 'Hailak' Merempuh Saga Hingga Remuk Sebaik Keluar Dari Bengkel Di Sandakan
Sumber : FB Frank J Martin

Kalau ye pun nak uji kereta kan, boleh je pergi ke kawasan yang betul-betul sunyi. Ni tak pasal-pasal menyusahkan orang lain.

Baca juga:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bahaya! Netizen Bengang Pemandu Kereta Masih Guna Laluan Motorsikal Sebagai 'Shortcut' Ke Bulatan Samarahan Bahaya! Netizen Bengang Pemandu Kereta Masih Guna Laluan Motorsikal Sebagai ‘Shortcut’ Ke Bulatan Samarahan
Next Article [VIDEO] Pesawat China Bawa 132 Penumpang Terhempas, Menjunam 90 Darjah Ke Pergunungan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?