• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Bahaya Vape Magic Mushroom, Remaja Alami Halusinasi Teruk Dan Cakap Seorang Diri

Oleh
Farisha
12 September 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Kes sawan akibat vape berperisa magic mushroom meningkat di kalangan pelajar

Bahaya Vape Magic Mushroom, Remaja Alami Halusinasi Teruk Dan Cakap Seorang Diri. Satu hantaran tular di media sosial menunjukkan seorang budak lelaki yang mengalami halusinasi, dipercayai akibat menghisap vape berperisa magic mushroom.

Menerusi perkongsian di laman X, kanak-kanak tersebut kelihatan terjejas teruk oleh vape itu. Ada yang berpendapat bahawa budak itu nampaknya sudah menghadapi masalah mental disebabkan penggunaan vape tersebut.

Bahaya Vape Magic Mushroom, Remaja Alami Halusinasi Teruk Dan Cakap Seorang Diri
Sumber: Laman X @khairulazizi75. Bahaya Vape Magic Mushroom, Remaja Alami Halusinasi Teruk Dan Cakap Seorang Diri

Seorang ustaz yang hadir menyatakan bahawa keadaan budak itu sudah agak baik kerana tidak lagi mencederakan diri sendiri. Beliau menambah bahawa kini semakin senang untuk kanak-kanak mendapatkan produk sedemikian.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa simpati dan berharap isu ini dapat ditangani oleh pihak berkuasa dan masyarakat. Seorang netizen berkongsi pengalaman “membantai” adiknya yang tertangkap menghisap vape jenis ini, mengakui kesannya amat teruk sehingga menyebabkan adiknya khayal dan bercakap seorang diri.

Malah, ada juga yang mempersoalkan kesahihan video tersebut. Seorang pengguna X mengesahkan lokasi kejadian ialah Pusat Pemulihan Nur Al Barakah Sufi di Kedah, yang telah banyak membantu penagih dadah untuk pulih.

Kesan mengerikan vape berperisa cendawan, dari halusinasi hingga sawan kritikal

Pada Julai lalu, Buletin TV3 melaporkan seorang pelajar tingkatan 4 di Kemaman, Terengganu, ditemui dalam keadaan sawan sehingga pengsan selepas menghisap vape jenis ‘magic mushroom’ secara berlebihan.

Pelajar berusia 16 tahun itu dibawa ke klinik berdekatan dan kemudiannya dirujuk ke unit kecemasan Hospital Terengganu. Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mengalami sawan kritikal akibat pengambilan perisa bahan kimia berbahaya secara berlebihan.

Baca juga artikel yang berlebihan:

Pelajar Tingkatan 4 Sawan Kritikal Akibat Hisap Vape Magic Mushroom
Kaki Vape Alami Cirit Birit Dan Nafas Pendek, Kenali 9 Simptom Penyakit Evali Sebelum Terlambat

SUMBER :The VocketLaman X
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article China Tegas Akan Hancurkan Pencerobohan Asing Di Laut China Selatan China Tegas Akan Hancurkan Pencerobohan Asing Di Laut China Selatan
Next Article Rosakkan Kereta Orang Di MJC Batu Kawa, Lelaki Mabuk Didenda RM3.5K

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?