• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rosakkan Kereta Orang Di MJC Batu Kawa, Lelaki Mabuk Didenda RM3.5K

Oleh
Farisha
12 September 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Mabuk dan vandalisme, lelaki mengaku bersalah didenda RM3,500 kerana merosakkan kereta orang awam

Rosakkan Kereta Orang Di MJC Batu Kawa, Lelaki Mabuk Didenda RM3.5K. Seorang lelaki didenda RM3,500 atau enam bulan penjara setelah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini kerana merosakkan kereta milik seorang lelaki lain.

Alemon Achong, 40 tahun, membuat pengakuan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali selepas pertuduhan melakukan khianat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dibacakan kepadanya. Seksyen ini membawa hukuman penjara antara satu hingga lima tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Rosakkan Kereta Orang Di MJC Batu Kawa, Lelaki Mabuk Didenda RM3.5K
Rosakkan Kereta Orang Di MJC Batu Kawa, Lelaki Mabuk Didenda RM3.5K

Tertuduh, bersama empat orang lain yang masih bebas, didakwa merosakkan kereta milik seorang lelaki berumur 55 tahun di hadapan sebuah premis di MJC Batu Kawa pada kira-kira pukul 10 malam, 5 September 2024.

Menurut laporan media tempatan, anak pemilik kereta sedang memundurkan kenderaan itu apabila seorang individu bertopeng menghampiri dan menendang plat nombor, menyebabkannya pecah. Seorang individu tidak dikenali kedua kemudian muncul dan menendang pintu kereta, menyebabkan kemik.

Susulan laporan polis yang dibuat oleh pemilik kereta, yang menganggarkan kerosakan keretanya bernilai RM250, polis menangkap Alemon pada 7 September. Siasatan mendapati tertuduh berada dalam keadaan mabuk semasa kejadian. ASP Arman Ibrahim menjalankan pendakwaan, manakala Alemon tidak diwakili peguam.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Tular Lelaki Pukul Individu Di MJC Batu Kawa, Suspek Kini Dalam Carian Pihak Polis
Kes Lelaki Dipukul Di MJC Batu Kawa, Suspek Akhirnya Ditangkap Di Matang
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bahaya Vape Magic Mushroom, Remaja Alami Halusinasi Teruk Dan Cakap Seorang Diri
Next Article Peruntukan Khas Interim Sabah Dan Sarawak Dinaikkan Kepada RM600 Juta Mulai 2025

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?