I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Bajet Bawah 1K, Lelaki Ini Kongsi Tips Tawan Pulau-Pulau Di Semporna

Oleh Ismail NA
1 Mei 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Ingatkan Satu Dua Pulau Sahaja, Rupanya Lapan Pulau Dia Pergi!

Bajet Bawah 1K, Lelaki Ini Kongsi Tips Tawan Pulau-Pulau Di Semporna
Kredit : FB Raz Syazri Rosli

Dengan BBajet Bawah 1K, Lelaki Ini Kongsi Tips Tawan Pulau-Pulau Di Semporna. Keindahan pulau-pulau yang ada di Sabah sememangnya tidak dapat disangkal. Bahkan, kalau ambil cuti satu tahun pun tak cukup puas nak lawat semua pulau-pulau yang cantik di sana. Malahan, Semporna boleh dikatakan sebagai destinasi yang wajib dikunjungi di Kepulauan Borneo ini sekiranya anda peminat suasana pantai dan pulau.

Isi Isi Penting
Hari PertamaHari KeduaHari KetigaHari Keempat

Walaupun hasrat nak travel tu ada, tapi ia seringkali ditentang oleh bajet yang tak seberapa. Namun, lelaki ini telah berjaya menawan pulau-pulau yang indah di Semporna dengan bajet kurang daripada 1K. Lebih menarik, ianya merupakan percutian 4 hari 3 malam. Perggh, boleh tahan wei!

Perkongsian daripada Raz Syazri Rosli di laman Facebook beliau kini hampir mencecah 2 juta views sejak diterbitkan pada 7 Oktober tahun lalu.

Kredit : FB Raz Syazri Rosli

Ringkasan Entri Semporna Bawah 1K

  • Tempoh percutian : 4 hari 3 malam
  • Tiket penerbangan : RM 150++
  • Bajet percutian : RM699
  • Jumlah keseluruhan : RM 849++

Hari Pertama

  • Guna van dari Lapangan Terbang Tawau ke tempat penginapan di Pekan Semporna.
  • Mendaki ke Bukit Tengkorak. Pendakian mengambil masa selama 20 minit.
  • Jalan kaki selama 5 minit dari hotel untuk makan malam di Pasar Malam Semporna.
Dengan Bajet Bawah 1K, Lelaki Ini Kongsi Tips 'Tawan' Pulau-Pulau Di Semporna
Kredit : FB Raz Syazri Rosli
Kredit : FB Raz Syazri Rosli

Hari Kedua

  • Pergi ke Pulau Mabul. Bayaran masuk adalah RM 20 seorang. Di sini, anda boleh bergambar dengan pemandangan bungalow water yang cantik. Selain itu, anda boleh melakukan aktiviti snorkeling dan makan tengah hari.
  • Pulau Kapalai – aktiviti snorkeling.
  • Makan malam di Pasar Malam Semporna.
Dengan Bajet Bawah 1K, Lelaki Ini Kongsi Tips 'Tawan' Pulau-Pulau Di Semporna
Bajet Bawah 1K, Lelaki Ini Kongsi Tips Tawan Pulau-Pulau Di Semporna. Kredit : FB Raz Syazri Rosli
Kredit : FB Raz Syazri Rosli

Hari Ketiga

  • Pergi ke Pulau Bohey Dulang. Anda perlu mendaki setinggi 600 m untuk melihat pemandangan yang indah dari pulau ini.
  • Pulau Mantabuan – bergambar, snorkeling, dan makan tengah hari.
  • Pulau Sibuan – Pulau paling cantik. Boleh diibaratkan seperti kristal. Aktiviti bergambar dan snorkeling.
  • Lato-Lato Resort – Minum petang dan sambung snorkeling. Makan malam disediakan di resort ini. Anda boleh lepak sambil bermain gitar dan mendengar lagu sambil ditemani tiupan angin.
Kredit : FB Raz Syazri Rosli
Dengan Bajet Bawah 1K, Lelaki Ini Kongsi Tips 'Tawan' Pulau-Pulau Di Semporna
Kredit : FB Raz Syazri Rosli
Kredit : FB Raz Syazri Rosli

Hari Keempat

  • Pulau Timba-Timba – bergambar dan snorkeling
  • Pulau Mataking – bergambar, snorkeling dan makan tengah hari
  • Kembali ke Pekan Semporna
  • Menuju ke Lapangan Terbang Tawau pada jam 5 petang menggunakan van.
Dengan Bajet Bawah 1K, Lelaki Ini Kongsi Tips 'Tawan' Pulau-Pulau Di Semporna
Kredit : FB Raz Syazri Rosli
Dengan Bajet Bawah 1K, Lelaki Ini Kongsi Tips 'Tawan' Pulau-Pulau Di Semporna
Kredit : FB Raz Syazri Rosli

Tambahan : RM 50 wang saku sendiri untuk makan malam 2 malam pertama. Boleh dapat makanan yang murah dan sedap.

Kredit : FB Raz Syazri Rosli

Menurut Raz juga, percutian ke pulau-pulau ini bakal membuatkan kulit anda bertukar sedikit gelap. Jadi, kami sarankan anda untuk membawa bekalan sunscreen siap-siap, okay? Di akhir entri, beliau juga menyatakan bahawa pakej ini anda boleh dapatkan menerusi Cik Muda Miera dan Pakej Pulau Semporna.

Ada yang dah sampai ke semua pulau ini? Mungkin anda boleh kongsi pengalaman anda pula di ruangan komen. Jangan lupa like dan share, gais!

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Curi 18 Paket Milo, Seorang Bapa Tunggal Di Kota Kinabalu Dipenjara Tiga Bulan
Next Article Kanak Kanak OKU Rentung Dalam Kebakaran Di Saratok Kanak Kanak OKU Rentung Dalam Kebakaran Di Saratok

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?