fbpx
Tempat Menarik

9 Senarai Hotel Kapsul Yang Unik dan Rare Anda Mesti Tempah di Sabah

Tahukah Anda Sabah Mempunyai Hotel Kapsul Seperti Di Jepun?

9 Senarai Hotel Kapsul Yang Unik dan Rare Anda Mesti Tempah di Sabah

9 Senarai Hotel Kapsul Yang Unik dan Rare Anda Mesti Tempah di Sabah. Anda sedang mencari penginapan yang bajet di Sabah? Tahukah anda bahawa Sabah mempunyai hotel kapsul yang digemari ramai pelancong seperti di negara luar negara? Paling menarik, harga yang ditawarkan untuk menginap di hotel ini juga agak murah berbanding hotel konvensional. Wow!

Kredit : Tokyo Ginza Bay Capsule Hotel, Japan via Tourist Japan

Konsep hotel kapsul ini sebenarnya telah diperkenalkan di Kansai, sebuah kawasan di wilayah Osaka, Jepun serta Pulau Honshu pada tahun 1979. Kewujudan hotel kapsul ini adalah bagi mengatasi masalah kepadatan penduduk serta kekurangan tanah bagi membina hotel. Walau pun ruang hotel kapsul ini lebih kecil daripada bilik hotel biasa, namun ia nya sangat sesuai untuk mereka yang lebih banyak meluangkan masa mengembara di luar.

Untuk artikel kali ini, kami senaraikan 9 hotel kapsul yang unik dan rare yang anda boleh tempah apabila tiba di negeri di bawah bayu ini.

1. SeaView Capsule Hotel, Kota Kinabalu

9 Senarai Hotel Kapsul Yang Unik dan Rare Anda Mesti Tempah di Sabah
9 Senarai Hotel Kapsul Yang Unik dan Rare Anda Mesti Tempah di Sabah

SeaView Capsule Hotel merupakan salah sebuah hotel kapsul yang agak popular di Sabah kerana ia terletak di Warisan Square, Kota Kinabalu. Ia juga mengambil masa selama 15 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Hotel ini juga dilengkapi dengan sistem kawalan climate control yang boleh mengubah suhu mengikut persekitaran. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan kemudahan seterika. Tarikan utama kapsul hotel ini ialah kedudukannya yang menghadap laut. Anda boleh melihat suasana laut dan langit yang mendamaikan sewaktu menginap di sini. Best kan?

Alamat : C-03, 03, Jalan Tun Fuad Stephen, Warisan Square, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

2. Le Le B&P Capsule Hotel, Kota Kinabalu

9 Senarai Hotel Kapsul Yang Unik dan Rare Anda Mesti Tempah di Sabah

Selain daripada SeaView Capsule Hotel, anda juga boleh menginap di Le Le B&P Capsule Hotel yang juga terletak di Warisan Square. Jika anda menginap di sini, kemudahan yang boleh anda temui dengan hanya berjalan kaki ialah transit bas ke lapangan terbang, Wisma Mall, market kraftangan, pusat membeli belah Imago, Pasar Filipina, dan Gaya Street.

9 Senarai Hotel Kapsul Yang Unik dan Rare Anda Mesti Tempah di Sabah

Le Le B&P Capsule Hotel ini juga menyediakan penginapan bilik yang bajet selain daripada ruang kapsul bagi mereka yang lebih suka penginapan old-school.

Alamat : Warisan Square, B-G-15, 88300 Kota Kinabalu

3. Space Cap KK

9 Senarai Hotel Kapsul Yang Unik dan Rare Anda Mesti Tempah di Sabah
9 Senarai Hotel Kapsul Yang Unik dan Rare Anda Mesti Tempah di Sabah

Hotel ini terletak di Warisan Square, Kota Kinabalu. Jika diamati, Warisan Square setakat ini merupakan pusat kebanyakan hotel kapsul beroperasi. Space Cap KK ini mempunyai reka bentuk dalaman seperti kapal angkasa serta mempunyai sistem kawalan climate control. Setiap kapsul dilengkapi dengan set televisyen interaktif. Seperti mana hotel kapsul yang lain, ia juga menyediakan beberapa kemudahan percuma seperti sarapan, Wi-Fi, mesin basuh, pengering rambut, seterika, tuala mandi dan papan permainan.

9 Senarai Hotel Kapsul Yang Unik dan Rare Anda Mesti Tempah di Sabah

Alamat : Block C, Lot 1&2, 3rd Floor, Warisan Square, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

4. JK Capsule Hostel, Kota Kinabalu

Bagi anda yang sukakan suasana hipster dan ceria, JK Capsule Hotel menyediakan ruang hotel kapsul yang berwarna warni. Terletak di KK Times Square, tempat ini menyediakan 8 buah ruang kapsul yang merangkumi Budget Single Room dan Budget Double Room. Kemudahan asas seperti ruang makan, ruang tamu yang dilengkapi televisyen serta seterika disediakan untuk kegunaan tetamu secara berkongsi. Manalah tahu, sambil travel boleh jumpa kawan baru dan berkongsi cerita. Kalau mereka tahu hidden gem di Sabah, lagi siukk!

9 Senarai Hotel Kapsul Yang Unik dan Rare Anda Mesti Tempah di Sabah

Alamat : Lot No. 34, 3F Block F, KK Times Square Off Coastal Highway, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

5. Audrey Capsule Hostel, Kota Kinabalu

9 Senarai Hotel Kapsul Yang Unik dan Rare Anda Mesti Tempah di Sabah

Hotel ini mendapat penarafan 4 bintang di laman tempahan hotel Booking.com, Agoda, Expedia dan Traveloka. Audrey Capsule Hotel ini merupakan hotel kapsul yang terdekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Tarikan utama hotel kapsul ini ialah hiasan dalamannya yang tampak futuristik seperti di dalam kapal angkasa. Ia mempunyai sebanyak 21 bilik berhawa dingin dan setiap satunya dilengkapi dengan 3 bilik mandi serta kemudahan Wi-Fi.

Alamat : Lot 3, Plaza Millennium, Jalan Pintas Penampang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

6. B-Bang Capsule Hostel, KK

9 Senarai Hotel Kapsul Yang Unik dan Rare Anda Mesti Tempah di Sabah

B-Bang Capsule Hotel ini menyediakan 3 jenis kapsul yang berlainan untuk para pengunjung. Antaranya ialah mix capsules, kapsul merah jambu untuk pengunjung perempuan dan VIP capsule yang boleh menempatkan lebih daripada 3 orang. Anda juga boleh melihat pemandangan bandaraya dari bilik anda. Setiap bilik mempunyai bilik mandi yang boleh dikongsi dan ruang tamu. Harganya pun boleh tahan murah iaitu serendah RM 35 untuk satu malam.

Alamat : Block J 1st to 3rd Floor, Lot 6, Asia City, Jalan Singgah Mata, 88000, Kota Kinabalu, Sabah

7. Capsule Inn KK

9 Senarai Hotel Kapsul Yang Unik dan Rare Anda Mesti Tempah di Sabah

Untuk mereka yang lebih gemar untuk menggunakan servis shuttle dari lapangan terbang terus ke tempat penginapan, mungkin anda boleh mempertimbangkan Capsule Inn KK ini. Hotel ini menempatkan 32 ruang kapsul yang dibahagi antara kapsul lelaki dan perempuan. Paling best, hotel ini dikelilingi dengan restoran makanan laut. Bukan itu sahaja, pelbagai tempat-tempat menarik berada di sekitar hotel ini termasuklah Pasar Minggu Gaya, Warisan Square, Menara Jam Atkinson dan Muzium Negeri Sabah. Barangan keperluan peribadi pun tidak menjadi masalah untuk didapati di sini kerana Watsons hanya terletak di bawah kompleks hotel ini sahaja.

Alamat : Lot 3.33, Asia City Complex, Jalan Singgah Mata 2, Asia City, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

8. Aloha Capsule Hostel, Semporna

Anda tidak menginap di Kota Kinabalu? Jangan risau, Semporna juga mempunyai hotel kapsul. Salah satunya ialah Aloha Capsule Hostel, Semporna. Lapangan terbang yang terdekat ialah lapangan terbang Lahad Datu iaitu sejauh 69.3 km. Jika ada yang merancang untuk membawa keluarga menginap di sini, ia juga menyediakan quadruple room. Bilik quadruple ini boleh memuatkan 4 orang individu dengan setiap kapsul berasingan.

9 Senarai Hotel Kapsul Yang Unik dan Rare Anda Mesti Tempah di Sabah

Alamat : Lot No.A8 , Semporna Seafront, Taman Bandar Semporna, 91308 Semporna, Sabah

9. My Space, Semporna

9 Senarai Hotel Kapsul Yang Unik dan Rare Anda Mesti Tempah di Sabah
9 Senarai Hotel Kapsul Yang Unik dan Rare Anda Mesti Tempah di Sabah
9 Senarai Hotel Kapsul Yang Unik dan Rare Anda Mesti Tempah di Sabah

Terletak di Bandar Utama, Semporna, My Space ini turut menyediakan penginapan berkonsepkan hotel kapsul yang sangat cantik dan selesa. Ia mempunyai kemudahan yang boleh dikongsi bersama seperti ruang tamu, ruang pengering rambut, dan ruang makan. Bukan itu sahaja, ruang kapsul khas untuk wanita juga disediakan. Yang penting, anda tidak perlukan bajet yang besar untuk menikmati penginapan ala-ala kapal angkasa seperti ini.

Alamat : D1 , Bandar Utama Block 3, Pekan Semporna, 91308 Semporna, Sabah

Tak sangka kan hotel seperti ini rupanya banyak terdapat di Sabah. Kini, anda tidak perlu lagi risau berbelanja untuk tempat tinggal hipster dan rare kerana hotel kapsul ini menawarkan harga penginapan yang sudah cukup berpatutan untuk traveller bajet seperti anda.

Artikel Berkaitan

Back to top button