• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bajet Sarawak 2024 : Pelajar Peroleh Laptop Percuma Dan Baucar Buku RM500

Oleh
Nazihah AN
20 November 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Bajet Sarawak 2024 : Pelajar Peroleh Laptop Percuma Dan Baucar Buku RM500

Pelajar IPTA dan IPTS bakal peroleh baucar buku bernilai RM500

Bajet Sarawak 2024 : Pelajar Peroleh Laptop Percuma Dan Baucar Buku RM500. Kerajaan Negeri Sarawak telah mengumumkan bajet yang inovatif untuk meningkatkan akses pendidikan di kalangan pelajar.

Salah satu inisiatif utama yang menarik perhatian adalah memberikan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) laptop percuma serta baucar buku bernilai RM500.

Bajet Sarawak 2024 : Pelajar Peroleh Laptop Percuma Dan Baucar Buku RM500
Gambar sekadar hiasan

Langkah ini untuk memberikan sokongan kepada pelajar untuk mencapai kejayaan akademik

Menurut Premier Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg dalam ucapan beliau sebentar tadi, beliau juga berucap bahawa laptop percuma tersebut akan diagihkan kepada pelajar dari keluarga berpendapatan RM 1500 ke bawah.

Sebanyak RM17.5 juta yang diuruskan oleh Yayasan Sarawak bakal diperuntukkan pada tahun hadapan.

Langkah ini diambil dengan matlamat meningkatkan kemudahan pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dan memberikan sokongan kepada pelajar untuk mencapai kejayaan akademik.

Langkah ini juga diharapkan dapat merapatkan jurang digital di kalangan pelajar, memastikan setiap pelajar mempunyai peluang yang sama dalam memanfaatkan teknologi untuk pembelajaran. Dengan adanya laptop percuma, pelajar tidak perlu lagi bimbang mengenai beban kewangan tambahan untuk membeli peralatan teknologi yang diperlukan.

Lagi info semasa berkenaan Bajet Sarawak 2024, akan kami update dari semasa ke semasa.

Baca lagi artikel lain di sini:

Prototaip ART Selesai Fasa Pertama Pandu Uji, Kini Diuji Di Samarahan Untuk Fasa Kedua
Gara-Gara Guna Rantai Salib, Pekerja Ini Diberhentikan Majikan Serta Merta
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Prototaip ART Selesai Fasa Pertama Pandu Uji, Kini Diuji Di Samarahan Untuk Fasa Kedua Prototaip ART Selesai Fasa Pertama Pandu Uji, Kini Diuji Di Samarahan Untuk Fasa Kedua
Next Article 3 Kedai Makanan Western On Point Di Kuching 3 Kedai Makanan Western On Point Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?