• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gara-Gara Guna Rantai Salib, Pekerja Ini Diberhentikan Majikan Serta Merta

Oleh
Aina Musa
20 November 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Gaga-Gara Guna Rantai Salib, Pekerja Ini Diberhentikan Majikan Serta Merta

Diberhentikan kerja gara-gara guna rantai salib di restoran halal

Gara-Gara Guna Rantai Salib, Pekerja Ini Diberhentikan Majikan Serta Merta. Pengurusan Restoran Mon Chinese Beef Roti di Bukit Bintang memohon maaf kerana seorang pekerja mereka telah memakai rantai salib, walaupun kebanyakan pelanggan mereka beragama Islam.

Pekerja berkenaan telah diberhentikan oleh pihak pengurusan.

Pengurus restoran tersebut, Sofia berjanji akan lebih sensitif terhadap agama Islam.

Gara-Gara Guna Rantai Salib, Pekerja Ini Diberhentikan Majikan Serta Merta
Gara-Gara Guna Rantai Salib, Pekerja Ini Diberhentikan Majikan Serta Merta.

Restoran itu masih dibuka dan beroperasi dengan pekerja dari China serta seorang pekerja tempatan yang beragama Islam.

Tambahnya, mendapatkan sijil halal adalah menjadi fokus utama pihak pengurusan restoran tersebut.

Walaupun baru dibuka, restoran tersebut mendapat sambutan yang memberangsangkan kerana telah viral di TikTok.

Walau bagaimanapun, timbul isu apabila gambar tersebar di media sosial yang menunjukkan seorang pekerja memakai songkok dan rantai salib.

Ini menimbulkan persoalan sama ada pekerja bukan Islam sengaja disuruh memakai songkok bagi mengelirukan pelanggan.

Setelah menyemak laman rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, kami telah pun mendapat jawapan kepada kekeliruan orang ramai.

Soalan:

Assalamualaikum Tuan, apakah hukum memakan makanan yang dimasak atau disediakan oleh orang bukan Islam walaupun ia berasal daripada sumber yang halal?

Jawapan:

Dibolehkan bagi seorang muslim untuk memakan makanan yang dimasak atau disediakan oleh non-muslim (bukan ahli kitab) seperti Hindu, Sikh, Budha dan selainnya selagi mana makanan itu adalah halal dan bukannya dari hasil sembelihan mereka.

Maka, tidak ada masalah buat seseorang muslim itu sekiranya diajak untuk bertandang ke rumah rakannya yang bukan non-muslim lalu dihidangkan makanan untuk dimakan selagi mana ianya halalan toyyiba.

Walaupun begitu, ini tidaklah menafikan keafdhalan bersikap warak dalam mengambil suatu makan. Adalah afdhal makanan kita itu diperolehi daripada orang yang bertaqwa dan disediakan juga dengan taqwa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda memberi peringatan kepada umatnya:

لاَ تُصَاحِبْ إِلاَّ مُؤْمِنًا وَلاَ يَأْكُلْ طَعَامَكَ إِلاَّ تَقِيٌّ

Maksudnya: Janganlah kamu berkawan melainkan orang yang beriman dan  jangan biarkan makananmu dimakan melainkan orang bertaqwa.

Riwayat Abu Daud (4832)

Baca lagi artikel menarik:

Festival Muzik Country 2023 Tawar Konsert Free Tepi Pantai Buat Peminat Di Miri
Makan Sampai Puas, Nikmati Makanan Unlimited Di Santai Steamboat And Grill Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bersantai Di Hidden Paradise Resort, Syurga Pelancongan Tersembunyi Papar Sabah Bersantai Di Hidden Paradise Resort, Syurga Pelancongan Tersembunyi Papar Sabah
Next Article Prototaip ART Selesai Fasa Pertama Pandu Uji, Kini Diuji Di Samarahan Untuk Fasa Kedua Prototaip ART Selesai Fasa Pertama Pandu Uji, Kini Diuji Di Samarahan Untuk Fasa Kedua

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?