• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bajet Sarawak 2024: 17 Projek Rumah Mampu Milik Bakal Dilaksanakan

Oleh
Aina Musa
20 November 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Bajet Sarawak 2024 17 Projek Rumah Mampu Milik Bakal Dilaksanakan

1,481 unit rumah mampu milik bakal dibangunkan

Bajet Sarawak 2024: 17 Projek Rumah Mampu Milik Bakal Dilaksanakan. Sarawak menerusi Bajet 2024 akan melaksanakan 17 projek perumahan mampu milik dengan peruntukan keseluruhan RM105 juta.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam pembentangan bajet di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini berkata, projek secara keseluruhan melibatkan sebanyak 1,481 unit rumah.

Bajet Sarawak 2024: 17 Projek Rumah Mampu Milik Bakal Dilaksanakan

“Projek Perumahan mampu milik ini akan dilaksanakan di Kuching, Limbang, Miri, Betong, Mukah dan Sarikei.

“Ia akan mengguna pakai kaedah `Industrial Building System’ bagi mempercepatkan pembinaannya,” kata Abang Johari.

Selain rumah mampu milik, tambah beliau, kerajaan juga menyediakan kemudahan pinjaman bagi membantu rakyat khususnya golongan miskin dan B40.

Bagi tujuan tersebut, jelas Abang Johari, sejumlah RM122 juta telah diperuntukkan kepada

Mutiara Mortgage and Credit Sdn Bhd bagi memudahkan pembiayaan perumahan.

Dalam ucapan yang sama, Abang Johari memaklumkan sejumlah RM50 juta diperuntukkan menerusi Bajet 2024 bagi meneruskan Skim Pinjaman Rumah Panjang.

“Menerusi skim pinjaman rumah panjang pada 2023, sebanyak 78 rumah panjang yang melibatkan 1,698 pintu rumah mendapat manfaat,” katanya.

Sementara itu beliau turut mengumumkan peruntukan RM166 juta menerusi Bajet 2024 bagi meneruskan Skim Penempatan Semula (SPS) dan Skim Pembesaran Kampung (SPK).Kata Abang Johari, dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan peruntukan Projek Rakyat, sebanyak 65 projek SPS/SPK yang baharu telah diluluskan.

Menurut beliau, ia menyediakan 7,035 lot rumah dengan anggaran kos RM1,134 juta.

“Daripada jumlah 65 projek ini, 12 sudah siap dan baki 53 projek diteruskan hingga penghujung tahun 2025,” kata Abang Johari.

Baca lagi artikel menarik:

Bajet Sarawak 2024 : Pelajar Peroleh Laptop Percuma Dan Baucar Buku RM500
Belanjawan 2024, Ini Ringkasan Peruntukan Untuk Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Sekolah Etania, Sekolah Untuk Kanak-kanak Tanpa Kerakyatan Di Sabah Kenali Sekolah Etania, Sekolah Untuk Kanak-kanak Tanpa Kerakyatan Di Sabah
Next Article Cikgu George Kongsi SK Ulu Ansuan Bakal Dinaik Taraf Dengan Kos RM12.5 Juta Oleh KPM Cikgu George Kongsi SK Ulu Ansuan Bakal Dinaik Taraf Dengan Kos RM12.5 Juta Oleh KPM

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?