• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bakal Bertemu Pasukan Palestin, 12 Pemain Dari Sabah Ini Kuasai Harimau Malaya Wanita

Oleh
Nazihah AN
20 September 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Bakal Bertemu Pasukan Palestin, 12 Pemain Dari Sabah Ini Kuasai Harimau Malaya Wanita

Semoga berjaya Harimau Malaya Wanita

Bakal Bertemu Pasukan Palestin, 12 Pemain Dari Sabah Ini Kuasai Harimau Malaya Wanita. Memang semua gadis sumandak Sabah ni serba boleh ke? Sudahlah cantik, berbakat, atletik pula tu. Seramai 23 pemain terbaik dari seluruh negara dipilih dimana 12 daripada mereka berasal dari Sabah. Semoga berjaya diucapkan kepada pemain-pemain bola sepak Harimau Malaya Wanita.

Empat daripada 12 pemain dalam kumpulan utama bola sepak kelahiran Sabah iaitu Jessica Susanne Mailu, Dadree Rofinus, Asma Junaidi dan Pedrolia Martin Sikayun telah terpilih untuk mewakili Skuad Bola Sepak Wanita Kebangsaan Malaysia.

Manakala lapan lagi pemain ialah Siti Nurfaizah Saidin, Alice Mic Micheal, Jaciah Jumilis, Eva Olivianie Antinus, Olevia Olga Sabrinus, Waitie Taming, Hentirtta Justine dan Hellma Emily Joinin mewakili bola sepak wanita di Semenanjung termasuk Melaka United dan Negeri Sembilan.

Bakal Bertemu Pasukan Palestin, 12 Pemain Dari Sabah Ini Kuasai Harimau Malaya Wanita
Bakal Bertemu Pasukan Palestin, 12 Pemain Dari Sabah Ini Kuasai Harimau Malaya Wanita. Sumber: FAM_Malaysia

Masih ada harapan untuk Skuad Harimau Malaya Wanita

Namun, Skuad Bola Sepak Wanita Kebangsaan ini tewas dengan jurang yang besar di antara kedua-dua pasukan Malaysia dengan Thailand sebanyak 0-4 pada 19 September, Ahad lalu. Mereka dibolosi seawal 33 saat sebelum Thailand menambah gol kedua seminit berselang menerusi rembatan jarak jauh Nutwadee Pram-nak.

Bakal Bertemu Pasukan Palestin, 12 Pemain Dari Sabah Ini Kuasai Harimau Malaya Wanita
Bakal Bertemu Pasukan Palestin, 12 Pemain Dari Sabah Ini Kuasai Harimau Malaya Wanita. Sumber: FAM_ Malaysia

Walaupun skuad tidak bernasib baik dalam perlawanan di antara Malaysia dengan Thailand, masih ada harapan untuk Skuad Harimau Malaya Wanita ini untuk layak ke pusingan akhir di India 2022, jika skuad negara ini menang dalam perlawanan dengan tuan rumah, Palestin.

Perlawananan antara skuad negara dengan Palestin bakal diadakan pada hari Rabu, 22 September 2021. Harimau Malaya Wanita ini bakal menentang tuan rumah bertempatkan di Stadium Faisal Al-Husseini, Tebing Barat, Palestin.

Jangan putus asa, wahai Harimau Malaya Wanita. Lagi artikel berkenaan dengan anak-anak Borneo dalam mewakili Sukan Malaysia di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Punca Rezeki Para Nelayan, Netizen Gesa Aktiviti Rempit Di Pantai Trombol Kuching Dihentikan Segera Punca Rezeki Para Nelayan, Netizen Gesa Aktiviti Rempit Di Pantai Trombol Kuching Dihentikan Segera
Next Article Boleh Memudaratkan Mata Dan Mulut, KKM Tegah Penggunaan Kotak Disinfeksi Boleh Memudaratkan Mata Dan Mulut, KKM Tegah Penggunaan Kotak Disinfeksi

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?