• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Punca Rezeki Para Nelayan, Netizen Gesa Aktiviti Rempit Di Pantai Trombol Kuching Dihentikan Segera

Oleh
Nazihah AN
20 September 2021
Kongsi
5 Min Bacaan
Punca Rezeki Para Nelayan, Netizen Gesa Aktiviti Rempit Di Pantai Trombol Kuching Dihentikan Segera

Sedih. Mana moral anda?

Punca Rezeki Para Nelayan, Netizen Gesa Aktiviti Rempit Di Pantai Trombol Kuching Dihentikan Segera. Pantai Trombol yang terletak di Telaga Air Matang, Kuching Sarawak ini merupakan punca rezeki untuk para nelayan dan penduduk kampung di Telaga Air. Namun, hidden gems kini telah diketahui oleh ramai penduduk di Kuching dan telah menyebabkan jalan sesak menuju ke pantai tersebut.

Isi Isi Penting
  • Sedih. Mana moral anda?
  • Sedih, geram, semua ada.
  • “Saya ada hak nak bersuara sebab saya orang asal di sana.” kata Tengku Amierul Danish
  • Bertambah lagi isu di sana oleh pihak yang tidak bertamadun.
  • Lagi artikel di sini:

Walaupun SOP sudah dilonggarkan oleh kerajaan, masyarakat hendaklah berpada-pada apabila singgah di Pantai Trombol kerana ia merupakan sumber pencarian untuk penduduk kampung sekitarnya. Isu yang lagi membuat panas hati bila melihat aksi-aksi sakan oleh sesetengah manusia yang tidak bermoral yang membuat pantai ini seolah-olah trek perlumbaan.

Menurut @leesamosyl_, beliau telah membuat perbandingan Pantai Trombol pada 2019 dan masa kini, iaitu pada tahun 2021. Sangat sedih! Orang pergi ke pantai untuk mencari ketenangan, bukan mencari penyakit, ya!

2021 🙂 pic.twitter.com/Ib4NkNAjcy

— Leesa 🇵🇸 (@leesamosyl_) September 16, 2021
Punca Rezeki Para Nelayan, Netizen Gesa Aktiviti Rempit Di Pantai Trombol Kuching Dihentikan Segera
Punca Rezeki Para Nelayan, Netizen Gesa Aktiviti Rempit Di Pantai Trombol Kuching Dihentikan Segera. Sumber: blogspot

Sedih, geram, semua ada.

Bila melihat olahan manusia yang seolah-olah tidak diajar pendidikan moral ini, memang membuatkan kita rasa sedih dan geram kerana mereka tidak hanya merosakkan keindahan pantai. Malah, mereka juga telah membuat pencemaran bunyi sehingga mengganggu penduduk sekitarnya.

Tadi kita dah baca luahan dari seorang yang mempunyai saudara yang menetap di sekitar Pantai Trombol tersebut. Apa pula kata oleh Tengku Amierul Danish yang merupakan salah seorang penduduk di sana?

“Manusia yang dikasihi sekalian, selama ni saya tak pernah nak ‘meroyan’. Saya nak bagitahu, kalau nak jalan kat ‘Pantai Trombol, Kuching’ sila jaga kebersihan pantai di sana. Jangan bawak perangai pengotor dari rumah ke tempat orang, takda yang puji pun. Kalau korang berada di tempat saya, macam mana rasa korang? Oiii adik abang kakak makcik pakcik, kita kena kekalkan alam semulajadi di sana, bukan nak terukkan keadaan.” kata Tengku Amierul Danish

“Saya ada hak nak bersuara sebab saya orang asal di sana.” kata Tengku Amierul Danish

Nak berlumba pun, biarlah kena pada tempatnya. Kalau ya pun ‘hobi mahal’, apa salahnya berlumba di trek yang sudah disediakan di Stadium Sarawak, kan? Daripada anda mencemarkan alam sekitar yang semula jadi ini.

“Lepas tu mana yang pakai kereta jangan semak nak tunjuk perangai ‘drift’ kat situ. Ingat, nyawa manusia banyak di situ. Begitu juga dengan motosikal, jangan memulas miyak motosikal korang. Sakit telinga. Jalan elok-elok, kat situ bukan medan untuk Litar Sepang. Ingat, situ adalah tempat umum dan fikirkan keselamatan orang juga. Kalau camtu, elok bawak motosikal/ kereta masuk dalam air terus. Dekat je tu! Nanti saya panggilkan ikan yu dan buaya untuk tunggu korang kat sana, boleh teman korang nak tunjuk perangai. Hadamkan, sekian terima kasih. Wakil penduduk Kampung Trombol” kata Tengku Amierul Danish

Bertambah lagi isu di sana oleh pihak yang tidak bertamadun.

Pantai yang indah tersebut telah tercemar dengan perangai dan olahan yang tidak matang dari pihak yang tidak bertanggungjawab. Sudahlah dijadikan ‘trek’, baru-baru ini dilaporkan bahawa pantai tersebut didapati sampah-sarap yang ditinggalkan semasa meluangkan masa di situ.

nektok pante terombol dh ditauk orang 🥲 jem bah sia 😩 mudahan takrang jaga kebersihan sia 🙂 boh pande lepak jak tp kebersihan sik jaga 🤗 pante ya one of tempat penduduk kpg terombol crik makanan k. ngakap ikap lokan pa ndah. so please jaga kebersihan rah sia 🙂

— Leesa 🇵🇸 (@leesamosyl_) September 16, 2021

“Sekarang pantai Trombol dah diketahui oleh orang. Situ memang sesak. Mudah-mudahan korang boleh jaga kebersihan kat situ. Jangan tahu lepak je tapi kebersihan tak dijaga. Pantai tu salah satu tempat untuk penduduk Kampung Trombol untuk mencari makan. Tangkap ikan lokan dan lain. Jadi, tolong jaga kebersihan kat situ.”

Kalau anda lihat aksi yang tidak beretika ini, anda boleh lapor pada pihak atasan atau pihak yang berkuasa di kawasan tersebut. Sampah hendaklah dibawa pulang setelah selesai menikmati keindahan dan suasana di sana. Sentiasa beringat sesama sendiri. Bersama kita menjaga dan memelihara alam sekitar, renungkanlah.

Lagi artikel di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gunung Kinabalu Sabah Sudah Dibuka Untuk Kunjungan Awam
Next Article Bakal Bertemu Pasukan Palestin, 12 Pemain Dari Sabah Ini Kuasai Harimau Malaya Wanita Bakal Bertemu Pasukan Palestin, 12 Pemain Dari Sabah Ini Kuasai Harimau Malaya Wanita

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?