• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bakal Catat Rekod Baharu Malaysia, Dengarkan Alunan 250 Pemain Sape Di Malam Penutupan Citrawarna Ahad Ini

Oleh
Husna Hazmi
25 Februari 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Jom meriahkan lagi malam penutupan Citrawana Keluarga Malaysia 2022 Ahad ini!

Bakal Catat Rekod Baharu Malaysia, Dengarkan Alunan 250 Pemain Sape Di Malam Penutupan Citrawarna Ahad Ini. Sempena malam penutup Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 yang bakal berlangsung Ahad ini, seramai 250 pemain sape akan membuat persembahan yang bakal mencatat rekod bahuru dalam Malaysia Book Of Records (MBR).

Bakal Catat Rekod Baharu Malaysia, Dengarkan Alunan 250 Pemain Sape Di Malam Penutupan Citrawarna Ahad Ini
Bakal Catat Rekod Baharu Malaysia, Dengarkan Alunan 250 Pemain Sape Di Malam Penutupan Citrawarna Ahad Ini. Kredit gambar: Astro Awani

Sape merupakan muzik tradisional masyarakat Orang Ulu

Elizabeth Bungan berusia 32 tahun yang merupakan guru sape dan pengasas studio Culture Meet berkata bahawa sape ini merupakan muzik tradisional masyarakat Orang Ulu itu akan dimainkan oleh pemain dari seluruh Malaysia secara serentak berdurasi selama lima minit di Tebingan Sungai Kuching (Waterfront).

“Ini merupakan cubaan kali kedua untuk mencatat rekod dalam Malaysia Book Of Record (MBR) iaitu ramai pemain dalam satu masa. Ia melibatkan penambahan jumlah pemain kepada 250 orang berbanding 207 sewaktu kali pertama mencipta rekod tersebut di Miri pada tahun 2017,” kata Elizabeth ketika ditemui Bernama pada hari ini.

Jelasnya lagi, ketika latihan, pemain dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dengan setiap sesi dihadkan kepada 50 orang sahaja di samping perlu melakukan ujian saringan Covid-19.

Kredit gambar: Astro Awani

Hanya mengadakan latihan secara bersemuka selama tiga hari sahaja

Elizabeth juga berkata bahawa mereka hanya mengadakan latihan secara bersemuka selama tiga hari sahaja sebelum persembahan namun yakin impian untuk mencatat rekod itu tercapai dengan kerjasama semua pemain.

“Sebenarnya kami telah memulakan sesi latihan sejak Disember lepas namun hanya secara dalam talian dengan skala yang kecil,” tambahnya lagi.

Elizabeth Bungan merupakan anak kelahiran Sarawak kacukan Kelabit-Iban yang berasal dari Sibu itu telah memulakan kariernya sebagai pemain sape profesional sejak tahun 2016 selepas menyertai persembahan di Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF).

Elizabeth atau lebih mesra dikenali sebagai Eli mula dikenali ramai apabila beliau sering memuat naik videonya bermain sape menerusi laman sosial. Selain pernah mendapat jemputan untuk membuat persembahan di majlis-majlis rasmi, dirinya juga pernah bermain sape bersama dua ikon sape Sarawak iaitu Jerry Kamit dan Alena Murang pada RWMF 2019.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Haruan Makan Anak! Bapa Cabul Kehormatan 3 Anak Tiri Bawah Umur Di Miri
Next Article AirAsia U-Turn, Batalkan Cas RM 100 Setelah Menerima Kritikan Ramai

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?