• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Haruan Makan Anak! Bapa Cabul Kehormatan 3 Anak Tiri Bawah Umur Di Miri

Oleh
Husna Hazmi
25 Februari 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Bapa sepatutnya melindungi anak, bukannya sebaliknya!

Haruan Makan Anak! Bapa Cabul Kehormatan 3 Anak Tiri Bawah Umur Di Miri. Dilaporkan bahawa, seorang pengawal keselamatan telah diperintahkan Mahkamah Majistret supaya direman tujuh hari kerana disyaki mencabul kehormatan tiga anak tirinya yang berusia antara 12 hingga 15 tahun.

Haruan Makan Anak! Bapa Cabul Kehormatan 3 Anak Tiri Bawah Umur Di Miri
Haruan Makan Anak! Bapa Cabul Kehormatan 3 Anak Tiri Bawah Umur Di Miri

Anak lelakinya yang berusia 12 tahun dicabul bapa tirinya

Perintah tersebut dikeluarkan Majistret Leona Dominic Mojiliu setelah meluluskan permohonan reman yang dikemukakan pegawai penyiasat Inspektor Norashikin Adin.

Dalam permohonannya Norashikin, beliau memberitahu bahawa pada 22 Februari lalu seorang wanita telah membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri.

Berdasarkan aduan beliau, pengadu mendakwa kejadian tersebut berlaku pada 21 Februari lalu semasa berada di rumah, beliau telah diberitahu oleh anak lelakinya yang berusia 12 tahun bahawa dia telah dicabul bapa tirinya (suspek) sejak bulan lepas

Anak pengadu juga memberitahu bahawa suspek pernah membawanya masuk ke dalam tandas dan memegang kemaluannya. Kejadian itu berlarutan hingga ke bulan ini menyebabkan mangsa yang sudah tidak tahan dengan perbuatan suspek menceritakan perkara tersebut kepada ibunya.

Haruan Makan Anak! Bapa Cabul Kehormatan 3 Anak Tiri Bawah Umur Di Miri

Dua lagi anaknya itu disyaki turut dicabul suspek

Berikutan kejadian tersebut, pada 22 Februari lalu pengadu telah membawa mangsa dan dua lagi anaknya, seorang lelaki dan seorang perempuan masing-masing berusia 15 dan 13 tahun ke Hospital Miri untuk menjalani pemeriksaan kerana mengesyaki dua lagi anaknya itu turut dicabul suspek.

Bertindak atas maklumat yang diterima, sekitar jam 9 malam 22 Februari lalu di sebuah pondok pengawal tidak bernombor di Taman Bulatan Miri, polis telah menangkap suspek kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Dalam permohonan lanjutnya Norashikin berkata, reman selama tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek yang berusia 49 tahun dari Kampung Lereng Bukit di sini amat diperlukan untuk membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini yang disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk mendapatkan laporan perubatan ketiga-tiga mangsa, justeru membebaskan suspek lebih awal akan menjejaskan siasatan lanjut polis. Mahkamah membenarkan permohonan itu dan memerintahkan suspek direman sehingga 2 Mac depan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sekali Lagi Mengecewakan Pelanggan, KFC Bagi Alasan Kehabisan Stok Hampir 5 Bulan Di Cawangan Semporna Sekali Lagi Pelanggan Kecewa, KFC Bagi Alasan Kehabisan Stok Hampir 5 Bulan Di Cawangan Semporna
Next Article Bakal Catat Rekod Baharu Malaysia, Dengarkan Alunan 250 Pemain Sape Di Malam Penutupan Citrawarna Ahad Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?