• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bakal Hubung Satu Borneo, Kerajaan Sarawak Sambut Baik Usaha Bina Rel Kereta Api

Oleh
Aina Musa
13 Oktober 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Bakal Hubung Satu Borneo, Kerajaan Sarawak Sambut Baik Usaha Bina Rel Kereta Api

Sokong usaha Kerajaan Persekutuan demi pembangunan negeri

Bakal Hubung Satu Borneo, Kerajaan Sarawak Sambut Baik Usaha Bina Rel Kereta Api. Cadangan pembinaan rangkaian rel di Borneo oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke baru-baru ini amat dialu-alukan, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Katanya, sekiranya memberi impak yang baik, tiada masalah untuk mewujudkan rel iaitu landasan kereta api tersebut.

Bakal Hubung Satu Borneo, Kerajaan Sarawak Sambut Baik Usaha Bina Rel Kereta Api
Bakal Hubung Satu Borneo, Kerajaan Sarawak Sambut Baik Usaha Bina Rel Kereta Api. Kredit: Utusan Borneo

“Baiklah, apa sahaja yang baik untuk pembangunan negeri, ia amat dialu-alukan (pelaksanaannya).

“Saya juga ada membaca berkenaan komen oleh Anthony Loke dalam akhbar di mana beliau menyebut bahawa kementerian akan meneliti perkara ini.

“Kereta api ini digunakan di seluruh dunia di mana ia pengangkutan berat yang membawa sumber, mineral dan perkara-perkara seperti itu.

“Borneo terutamanya di Kalimantan, Sarawak dan Sabah, kita masih dalam proses pembangunan dan terdapat banyak mineral termasuk kelapa sawit dan banyak lagi yang perlu diangkut (menggunakan kereta api),” katanya.

Bakal Hubung Satu Borneo, Kerajaan Sarawak Sambut Baik Usaha Bina Rel Kereta Api

Beliau berkata demikian semasa ditemui media pada malam gala Festival Borneo Opera di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, malam Khamis.

Mengenai kebaikan dari segi pelancongan, Abdul Karim menjelaskan, beliau tidak melihat ke arah itu.

“Kita perlu melihat rangkaian rel ini dibina atas tujuan tertentu dan apa yang saya baca, ia lebih kepada pengangkutan mineral dan sumber.

“Namun, kita tidak tahu sekiranya ia menjadi realiti, kira juga boleh melihat cadangan itu sebagai mod pengangkutan untuk orang awam.

“Namun, buat masa ini seperti yang saya lihat, sekiranya ada keperluan untuk kereta api, ia lebih kepada pengangkutan barang dan sumber,” ujarnya.

Bakal Hubung Satu Borneo, Kerajaan Sarawak Sambut Baik Usaha Bina Rel Kereta Api

Pada Selasa, Anthony Loke mengumumkan satu kajian kebolehlaksanaan akan dijalankan bagi mengukur daya maju sistem rel di Borneo.

Katanya, kajian itu bagi melihat impak daripada pelaksanaan pembangunan kereta api di Sabah dan Sarawak dari segi sosial dan ekonomi setempat.

“Kita di peringkat Kementerian Pengangkutan ada memohon peruntukan itu.

“Kita menerima permintaan dan cadangan daripada kerajaan Sarawak terutamanya menghubungkan pelaburan-pelaburan di persisiran pantai dan penempatan ibu kota baharu Indonesia di Kalimatan.

“Justeru kerajaan Sarawak mahu melihat sama ada ia membawa potensi pada masa depan untuk melaksanakan satu sistem rel di Borneo,” katanya.

Terdahulu, Abdul Karim mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan malam gala Festival Borneo Opera di Dewan Santapan, DUN di sini, malam tadi.

Baca lagi artikel menarik:

Kerajaan Sarawak Tidak Akan Ambil Alih Syarikat Penerbangan MYAirline, Hanya Fokus Pada MASwings
MYAirline Bakal Diambil Alih Kerajaan Sarawak Hanya Sebuah Khabar Angin
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Auto Cakap Melayu Member Tu', Netizen Geli Hati Lihat Gelagat Youtuber Eropah Diberi Air Tuak Di Sarawak ‘Auto Cakap Melayu Member Tu’, Netizen Geli Hati Lihat Gelagat Youtuber Eropah Diberi Air Tuak Di Sarawak
Next Article McDonald Malaysia Beri Peluang Anak Yatim Rasai Sambutan Meriah Hari Jadi Sepanjang Oktober

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?