• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

McDonald Malaysia Beri Peluang Anak Yatim Rasai Sambutan Meriah Hari Jadi Sepanjang Oktober

Artikel Ini Dibawakan Oleh
McDonald's Malaysia
Kongsi
6 Min Bacaan
Artikel Ini Dibawakan Oleh
McDonald's Malaysia

McDonald’s Malaysia kembali menyumbang untuk masyarakat

McDonald Malaysia Beri Peluang Anak Yatim Rasai Sambutan Meriah Hari Jadi Sepanjang Oktober. Setiap senyuman membawa seribu makna. Bagi memberi senyuman ini pada wajah anak-anak yang kurang bernasib baik, McDonald’s Malaysia terus mengukuhkan komitmen kemasyarakatannya dengan penganjuran Bulan Komuniti sepanjang bulan Oktober ini. Bulan Komuniti merupakan salah satu inisiatif kemasyarakatan di bawah Program Komuniti McDonald’s dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC), yang bertujuan mewujudkan impak positif dalam kalangan masyarakat di sekitar lokasi operasi McDonald’s.

“Program Komuniti McDonald’s & RMHC merupakan payung besar bagi segenap aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan sepanjang tahun oleh McDonald’s Malaysia, termasuklah pelaksanaan Bulan Komuniti ini. Bulan Komuniti bakal memberi fokus utama terhadap golongan kanak-kanak kurang bernasib baik. Sehubungan itu, McDonald’s Malaysia mengambil pendekatan melalui majlis sambutan hari jadi bagi menceriakan dan mencipta kenangan manis untuk anak-anak yatim. Ini cara kami menyumbang kembali kepada masyarakat, yang sentiasa menyokong kami selama ini,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

McDonald Malaysia Beri Peluang Anak Yatim Rasai Sambutan Meriah Hari Jadi Sepanjang Oktober
McDonald Malaysia Beri Peluang Anak Yatim Rasai Sambutan Meriah Hari Jadi Sepanjang Oktober. Program Bulan Komuniti merupakan sebahagian daripada Program Komuniti
McDonald’s dan RMHC yang bertujuan untuk memberikan impak positif kepada
komuniti daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Bulan Komuniti McDonald’s Malaysia mula dianjurkan pada tahun 2017, khas untuk kanak-kanak kurang bernasib baik

Untuk makluman, Bulan Komuniti pertama kali dilaksanakan pada 2017 dan dirancang dengan pengisian program yang sarat dengan pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak kurang bernasib baik. Selepas situasi pandemik bertambah baik pada 2021, McDonald’s Malaysia kemudiannya beralih kepada penganjuran program yang lebih dekat dengan masyarakat dengan memilih pendekatan menganjurkan majlis sambutan hari jadi. Ini bagi memastikan pelaksanaan aktiviti yang lebih berfokus dan berimpak besar untuk anak-anak yatim.

“Sambutan hari jadi merupakan satu peristiwa yang sangat bermakna bagi diri seseorang. Setiap kali sambutan hari jadi diadakan, kami dapat lihat senyuman kegembiraan anak-anak yatim yang terlibat. Inilah yang menjadi motivasi kepada kami untuk meneruskan inisiatif ini. Tambahan pula, menganjurkan sambutan hari jadi yang meriah merupakan kepakaran kami di McDonald’s,” kata Dato’ Azmir.

Seramai 12,000 orang anak yatim dari seluruh negara bakal diraikan bulan ini

Sepanjang bulan Oktober ini, McDonald’s Malaysia akan menganjurkan majlis sambutan hari jadi melibatkan lebih 12,000 anak yatim dari 400 rumah kebajikan yang terpilih di seluruh negara. Untuk tujuan ini, McDonald’s Malaysia telah memperuntukkan sejumlah dana berjumlah RM300,000.

Antara majlis sambutan hari jadi yang terawal bagi membuka tirai Bulan Komuniti McDonald’s pada tahun ini diadakan di Yayasan An-Nur Maisarah di Chemor, Perak, pada 11 Oktober yang lalu. Majlis sambutan hari jadi sedemikian akan terus diadakan sehingga penghujung Oktober, sama ada di rumah kebajikan kanak-kanak atau di restoran McDonald’s.

McDonald Malaysia Beri Peluang Anak Yatim Rasai Sambutan Meriah Hari Jadi Sepanjang Oktober

McDonald’s Malaysia mengunjungi Rumah Yayasan An-Nur Maisarah, Chemor, Perak bagi meneruskan komitmennya untuk memberi keceriaan kepada 12,000 kanak-kanak dari 400 rumah kebajikan sempena Program Bulan Komuniti.

Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC) turut menyokong pelaksanaan Bulan Komuniti tahun ini dengan pemberian Pek Kembali Ke Sekolah kepada anak-anak yatim. Sebanyak 90 Pek Kembali Ke Sekolah disampaikan kepada anak-anak yatim di Yayasan An-Nur Maisarah pada majlis yang sama. 

“Saya berasa sangat gembira McDonald’s Malaysia memilih Yayasan An-Nur Maisarah untuk menjayakan Bulan Komuniti mereka pada tahun ini. Ini kali pertama kami menjalinkan kerjasama dengan McDonald’s Malaysia dan menyambut majlis hari jadi secara besar-besaran seperti ini. Kemeriahan jelas terasa dengan beberapa kek yang besar, dekorasi yang berwarna-warni dan ditambah pula dengan aktiviti permainan yang sangat menarik. Sumbangan Pek Kembali Ke Sekolah pula pastinya menjadikan mereka lebih bersemangat untuk ke sekolah dengan kelengkapan persekolahan baru. Wajah gembira dan teruja anak-anak ini jelas kelihatan dan saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada McDonald’s Malaysia,” kata Dr. Fazillah Nordin, Pengarah Yayasan An-Nur Maisarah yang juga mesra dipanggil ‘ibu’ oleh anak-anak yatim di sini.

McDonald Malaysia Beri Peluang Anak Yatim Rasai Sambutan Meriah Hari Jadi Sepanjang Oktober
Program Bulan Komuniti merupakan sebahagian daripada Program Komuniti
McDonald’s dan RMHC yang bertujuan untuk memberikan impak positif kepada
komuniti daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Bulan Komuniti, inisiatif kemasyarakatan utama dan terbesar McDonald’s Malaysia tahun ini

Bulan Komuniti merupakan salah satu inisiatif kemasyarakatan terpenting dan terbesar yang dilaksanakan oleh McDonald’s Malaysia tahun ini, di bawah Program Komuniti McDonald’s dan RMHC Malaysia. Sebagai kemuncak untuk mengakhiri pelaksanaan Bulan Komuniti McDonald’s tahun ini, buat pertama kalinya, McDonald’s Malaysia akan menganjurkan Karnival Famili Mekdi yang merupakan acara terbuka untuk orang ramai dengan pelbagai aktiviti menarik. Rumah-rumah kebajikan kanak-kanak terpilih juga dijemput untuk memeriahkan lagi karnival ini di beberapa lokasi iaitu perkarangan McDonald’s Putrajaya pada 28-29 Oktober; Penang Auto City pada 4-5 November dan Mutiara Rini, Johor Bahru pada 10-11 November.

Latar Belakang McDonald’s

McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 41 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 350 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 18,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my

Baru-baru ini, Persatuan Kebajikan Rumah Ronald McDonald (RMHC) Malaysia juga telah melancarkan Rumah Ronald McDonald yang pertama di Timur Malaysia. Bacaan penuh di sini:

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Kongsi Kisah Cikgu Luar Biasa, Tiga Pendidik Dari Sarawak ‘Bolot’ Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bakal Hubung Satu Borneo, Kerajaan Sarawak Sambut Baik Usaha Bina Rel Kereta Api Bakal Hubung Satu Borneo, Kerajaan Sarawak Sambut Baik Usaha Bina Rel Kereta Api
Next Article Berang Ditegur Gara-Gara Berniaga Depan Sekolah Di Kuching, Tindakan Wanita Ini Raih Perhatian Netizen Berang Ditegur Gara-Gara Berniaga Di Pagar Sekolah Di Kuching, Tindakan Wanita Ini Raih Perhatian Netizen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?