• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bake With Yen Cawangan Metrocity Bakal Henti Operasi, Kini Buat Penghabisan Stok

Oleh
Nazihah AN
27 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Bake With Yen Cawangan Metrocity Bakal Henti Operasi, Kini Buat Penghabisan Stok

Dilaporkan bakal henti operasi pada hujung bulan Februari ini

Bake With Yen Cawangan Metrocity Bakal Henti Operasi, Kini Buat Penghabisan Stok. Berita mengejutkan buat warga Kuching dan para peminat baking! Kedai Bake With Yen (BWY) cawangan Metrocity yang menjadi tempat kegemaran ramai, dilaporkan akan menutup operasinya secara kekal.

Dikhabarkan bahawa cawangan Bake With Yen di Metrocity bakal menamatkan operasi mereka pada bulan Februari ini. Keputusan ini pastinya mengejutkan ramai pelanggan setia, terutamanya mereka yang sering menjadikan kedai ini sebagai destinasi utama untuk mendapatkan bahan-bahan membuat kek dan kuih, lebih-lebih lagi menjelang Ramadan dan Hari Raya.

Bake With Yen Cawangan Metrocity Bakal Henti Operasi, Kini Buat Penghabisan Stok

Promosi Penghabisan Stok Sedang Berlangsung

Kisah ini mula tular di Facebook apabila seorang pengguna berkongsi rasa sedihnya dengan caption berikut:
“Bake With Yen TUTUP. Hari yg sedih. Dengar cerita bulan 2 last mereka buka. Bila ditanya, bila buka lagi? ‘Tak buka lagi bang, tutup for good.’ Satu kuching dah takda lagi cawangan Bake With Yen.”

Pelanggan tersebut turut meluahkan kekesalan apabila BWY, yang sejak 2018 menjadi pilihan utama kerana harga berpatutan dan kakitangan yang mesra, bakal hentikan operasinya.

Namun, berita baik buat pelanggan setia BWY – mereka kini sedang menjalankan Promosi Penghabisan Stok. Jadi, ini peluang terakhir untuk memborong bahan baking kegemaran anda pada harga diskaun!

Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan kehilangan kerana BWY bukan sahaja menawarkan produk berkualiti pada harga rendah, malah suasana mesra dengan kakitangan yang sangat membantu.

Buat anda yang masih mencari bahan baking, ini peluang terakhir untuk singgah ke BWY Metrocity dan menyokong mereka sebelum mereka hentikan operasinya.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Tiga Projek Jambatan Mega Di Sarawak Dijangka Siap Tahun Ini
Hospital Petra Jaya Hampir Siap, Dijangka Beroperasi Awal Tahun 2026

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ambulans Bawa Pesakit Terpaksa Tumpang Treler Untuk Redah Banjir Ke Hospital Miri Ambulans Bawa Pesakit Terpaksa Tumpang Treler Untuk Redah Banjir Ke Hospital Miri
Next Article Jojo Bertekad Balas Dendam Terhadap Johan Estupinan Dalam Pertarungan Ulangan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?