• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tiga Projek Jambatan Mega Di Sarawak Dijangka Siap Tahun Ini

Oleh
Husna Hazmi
26 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Tiga projek jambatan mega bakal siap tahun 2025

Tiga Projek Jambatan Mega Di Sarawak Dijangka Siap Tahun Ini. Dilaporkan, Sarawak bakal menyaksikan penyempurnaan tiga projek jambatan mega tahun ini, menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Pengumuman ini dibuat semasa Persidangan Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Betong baru-baru ini.

Dalam ucapan beliau, Uggah berkata, “Saya dengan bangganya mengumumkan status terkini projek-projek ini, iaitu Jambatan Batang Lupar No. 1 sepanjang 4.8 kilometer yang dijangka siap pada 31 Disember 2025, Jambatan Sungai Lingga pada 11 Februari 2025, dan Jambatan Saribas (Pakej 02) pula dijangka selesai pada 18 Mei 2025.”

Tiga Projek Jambatan Mega Di Sarawak Dijangka Siap Tahun Ini
Tiga Projek Jambatan Mega Di Sarawak Dijangka Siap Tahun Ini. Sumber foto: MalayMail

Berjaya merealisasikan projek-projek mega

Beliau turut menghargai kepimpinan cemerlang Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang berjaya merealisasikan projek-projek mega ini termasuk pembinaan STOL-Port Bebuling di Betong.

Tiga Projek Jambatan Mega Di Sarawak Dijangka Siap Tahun Ini
Gambar sekadar hiasan

Tiga lagi projek jambatan tahun depan

Untuk tahun depan pula, Uggah berkongsi bahawa tiga lagi projek jambatan sedang berjalan dan dijangka siap pada tahun 2026.

Antaranya adalah Jambatan Batang Lupar No. 2 yang dijadualkan siap pada 8 Jun 2026, Jambatan Batang Saribas 2 (Pakej A4) pada suku ketiga 2026, dan Jambatan Sungai Krian di Saratok yang dijangka siap pada 23 April 2026.

Apa pandangan anda tentang pembangunan jambatan mega ini? Adakah ia bakal membawa impak besar kepada kawasan-kawasan tersebut?

Lagi berita semasa untuk anda di sini:

Hospital Petra Jaya Hampir Siap, Dijangka Beroperasi Awal Tahun 2026
Premier Sarawak, Abang Johari Terima Anugerah Berprestij Felo Kehormat MIP
SUMBER :DayakDaily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wanita 42 Tahun Ditemui Maut Dalam Rumah Sendiri Di Miri
Next Article 12 Pelajar KV Keningau Berjaya Terbit Artikel Di Majalah Bahasa Inggeris Nusantara

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?