• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bakun, Belaga Dan Kapit Bakal Dibangunkan Jadi Tarikan Pelancongan Sarawak, Kenderaan Berat Dilarang Masuk Ke Bandar

Oleh
Nazihah AN
25 Mei 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Sebanyak tiga rancangan pembangunan jangka panjang untuk Bahagian Kapit

Bakun, Belaga Dan Kapit Bakal Dibangunkan Jadi Tarikan Pelancongan Sarawak, Kenderaan Berat Dilarang Masuk Ke Bandar. Dilaporkan bahawa, Sarawak bakal melancarkan rancangan pembangunan jangka panjang untuk bahagian Kapit.

Isi Isi Penting
  • Sebanyak tiga rancangan pembangunan jangka panjang untuk Bahagian Kapit
  • Pelan untuk tarikan pelancongan Sarawak
  • Kapit akan menjadi bandar pejalan kaki
  • Lagi di sini:

Menurut pernyataan dari pejabat Timbalan Ketua Menteri, rancangan pembangunan keseluruhan merangkumi pelan utama yang dicadangkan untuk bandar Kapit, Bakun Lakefront Township dan pelan Pulau Resort Tempatan termasuk pelan utama Belaga

Pelan tersebut telah dibentangkan melalui aplikasi ‘Zoom’, dimana Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing diberi penerangan mengenai rancangan pembangunan untuk ketiga-tiga projek pembangunan itu.

Bakun, Belaga Dan Kapit Bakal Dibangunkan Jadi Tarikan Pelancongan Sarawak, Kenderaan Berat Dilarang Masuk Ke Bandar
Bakun, Belaga Dan Kapit Bakal Dibangunkan Jadi Tarikan Pelancongan Sarawak, Kenderaan Berat Dilarang Masuk Ke Bandar

Pelan untuk tarikan pelancongan Sarawak

“Pelan utama untuk bandar Kapit akan diberikan tumpuan lebih kepada pejalan kaki di bandar. Kenderaan berat tidak dibenarkan masuk ke bandar manakala bangunan tempat letak kereta akan dibina di pinggir pusat bandar.” kata beliau dalam satu kenyataan media.

“Dengan adanya jalan raya ke Kapit dari Sibu, akses ke pusat pengajian tinggi dan pusat kemahiran di Kapit akan bertambah baik.” tambah beliau.

Oleh kerana Kapit kaya dengan budaya dengan gaya hidup yang unik, diharapkan ianya dapat membuka kota ini ke tempat-tempat warisan budaya untuk meningkatkan industri pelancongan Sarawak, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Bakun, Belaga Dan Kapit Bakal Dibangunkan Jadi Tarikan Pelancongan Sarawak, Kenderaan Berat Dilarang Masuk Ke Bandar
Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing

Kapit akan menjadi bandar pejalan kaki

Manakala bagi projek Bakun Lakefront Township, telah dinyatakan bahawa rancangan pembangunan tempatan yang dicadangkan mengambil kira infrastruktur, budaya dan kesan persekitarannya kerana Bakun menggabung dan mengekalkan beberapa elemen warisan budaya, landskap dan perairan yang membentuk hierarki tarikan budaya dan persekitaran di sepanjang tasik Bakun.

“Sukan air dan pelayaran akan dijadikan aktiviti utama tasik tersebut yang dapat menjadi daya tarikan pelancong dengan konsep Budaya, Pengembaraan dan Alam (CAN).” ujar beliau

Selain itu, pelan utama untuk Kota Belaga adalah bagi mengatasi masalah bangunan kerajaan yang usang dan kekurangan kemudahan awam. Ia juga memberi jalan keluar untuk sistem jalan raya dan tempat letak kenderaan yang kurang di pusat bandar sambil menyelesaikan masalah kekurangan perumahan dan kawasan rekreasi yang mampu dimiliki di Belaga.

Bakun, Belaga Dan Kapit Bakal Dibangunkan Jadi Tarikan Pelancongan Sarawak, Kenderaan Berat Dilarang Masuk Ke Bandar

Ini bermaksud sistem jalan raya sekarang perlu ditingkatkan dengan pembinaan laluan alternatif baharu dan untuk memudahkan aliran lalu lintas. Ianya juga menggabungkan kompleks pejabat pusat kerajaan dan kelengkapan rekreasi.” katanya.

Tambah beliau juga, rancangan pembangunan jangka panjang sehingga 30 tahun dan selanjutnya berharap agar ia dapat mengatasi masalah penyambungan akses dari segi infrastruktur serta telekomunikasi melalui rancangan pembangunan ini.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berkuatkuasa 25 Mei 2021, Ini Senarai Sekatan Jalan Raya Mengikut Zon Di Sarawak
Next Article Siap Sedia! Temujanji Vaksin Astra Zeneca Untuk Individu 18 Tahun Ke Atas Dibuka Tengah Hari Esok

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?