Perjalanan merentas zon di Sarawak memerlukan permit pergerakan daripada balai polis.
Berkuatkuasa 25 Mei 2021, Ini Senarai Sekatan Jalan Raya Mengikut Zon Di Sarawak. Mulai 25 Mei 2021, Sarawak melalui Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah mengetatkan syarat pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta SOP bagi membendung penularan pandemik di negeri ini.
Oleh yang demikian, zon di Sarawak telah dipecahkan kepada beberapa lagi pecahan zon terutamanya dalam Zon Kuching. Mulai hari ini sehingga 7 Jun 2021 juga, pergerakan antara zon kini memerlukan individu memohon permit merentas zon daripada pihak polis. Pergerakan ini terhad kepada individu yang bekerja, perkhidmatan asas, dan urusan kecemasan.
Berikut merupakan pecahan zon terkini di Sarawak (kemaskini 24 Mei 2021 MKN Sarawak) :
- Zon Kuching (Daerah Kuching & Bahagian Samarahan)
- Zon Bau (Daerah Bau)
- Zon Lundu (Daerah Lundu)
- Zon Serian (Bahagian Serian)
- Zon Sri Aman (Bahagian Sri Aman)
- Zon Betong (Bahagian Betong)
- Zon Sarikei (Bahagian Sarikei)
- Zon Sibu (Bahagian Sibu)
- Zon Mukah (Bahagian Mukah)
- Zon Kanowit (Daerah Kanowit)
- Zon Selangau (Daerah Selangau)
- Zon Kapit (Daerah Kapit)
- Zon Song (Daerah Song)
- Zon Belaga (Daerah Belaga)
- Zon Bukit Mabong (Daerah Bukit Mabong)
- Zon Bintulu (Bahagian Bintulu)
- Zon Miri (Daerah Miri)
- Zon Beluru (Daerah Beluru)
- Zon Subis (Daerah Subis)
- Zon Telang Usan (Daerah Telang Usan)
- Zon Marudi (Daerah Marudi)
- Zon Limbang (Bahagian Limbang)
Sekatan jalan raya berdasarkan zon pula adalah seperti berikut;
Zon Kuching/Samarahan
- Kampung Beliong, Pangkalan Feri Sebuyau-Triso (Simunjan)
Zon Bau
- Jalan Moyan/Tondong (Bau)
- Jalan Batu Kitang (Bau)
Zon Serian
- Batu 14 (Jalan Kuching-Serian)
- Tarat (Jalan Kuching-Serian)
- Simpang Kampung Rituh (Jalan Kuching-Serian)
- KM 90, Balai Ringin (Jalan Kuching-Sri Aman)
Zon Sri Aman
- Simpang Engkelili (Jalan Sri Aman-Betong)
Zon Betong
- Hadapan Petronas Layar, Betong
- Hadapan Balai Polis Beladin, Betong
Zon Mukah
- Hadapan Balai Polis Selangau (Jalan Selangau-Mukah)
- Hadapan Balai Polis Balingian (Jalan Mukah-Balingian)
Zon Song
- Jalan Hin Hua, Depan Klinik Song
Zon Belaga
- KM 52, Sungai Asap (Jalan Bakun-Bintulu)
Zon Bintulu
- KM 1, Hadapan SMK Tatau
- KM 6, Rumah Roselind (Jalan Miri-Bintulu Lama)
- Hadapan Surau Nur Islam, Similajau, Jalan Pesisir Pantai Bintulu-Miri
Zon Miri
- Batu 8, Miri-Bintulu (Jalan Lambir)
- KM 8, Jalan Pesisir Pantai, Miri
Zon Limbang
- Jalan Kampong Patarikan/Merapok
Kes semakin meningkat. Kini, ramai individu yang dijangkiti COVID-19 tidak lagi menunjukkan simptom, malah sebaliknya kelihatan sihat dan normal seperti sedia kala. Ini menunjukkan bahawa pandemik ini sudah berada dalam komuniti dan mungkin berada dekat dengan kita tanpa kita sedari. Jika tidak ada keperluan mendesak, marilah kita sentiasa kekal di rumah. Sentiasa jaga kebersihan dan patuhi SOP.
Untuk melindungi Sarawak daripada pandemik ini, imuniti berkelompok perlu dicapai. Hanya ada satu cara untuk mencapai matlamat ini iaitu dengan mengambil suntikan vaksin. Daftar sekarang di aplikasi MySejahtera atau laman sesawang https://www.vaksincovid.gov.my/daftar/.