• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Balut Kanopi Untuk Berniaga, Tak Masuk Habuk

Oleh
ILB - AI
30 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Untuk berniaga makanan, kebersihan perlu diutamakan

Balut Kanopi Untuk Berniaga, Tak Masuk Habuk. Sepanjang bulan Ramadan ini, ramai yang memanfaatkan peluang untuk menambah wang saku dengan berniaga di tepi jalan, di bazar Ramadan, mahupun secara online. Peluang sentiasa ada untuk mereka yang rajin dan bijak mencari rezeki.

Terbaharu, seorang wanita memuat naik satu hantaran gambar di media sosial telah menarik perhatian ramai mengenai kanopi balut atau lebih dikenali sebagai kanopi dinding tepi (sidewall canopy) untuk berniaga di bulan yang mulia ini.

Balut Kanopi Untuk Berniaga, Tak Masuk Habuk
Kredit foto: Melaka Kini

Sementara itu, wanita itu menjelaskan dia tidak berniat untuk tampil angkuh atau sombong dengan membalut kanopi di tepi, tetapi dia berbuat demikian atas sebab kebersihan.

“Bukan nak sombong. Kakak beli ni bukan sebab taknak kawan dengan orang, tapi kakak ni seorang yang suka bersih,” ujarnya.

“Tak suka habuk-habuk bila berniaga, terutamanya habuk dekat makanan. Bukan setakat habuk, kalua hujan pun rasa selamat bila pakai kanopi ni. Dah takda tempias-tempias hujan,” tambahnya lagi.

Pelbagai reaksi dari netizen

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata menyokong dan memuji tindakan yang dilakukan oleh wanita tersebut kerana ia mudah digunakan, lebih-lebih lagi pada musim hujan sekarang.

Bahkan, ada peniaga yang sudah membeli kanopi dinding tepi itu kerana baginya ia wajib dibeli pada musim hujan sekarang bagi mengelak makanan rosak akibat tempias hujan.

Selain itu, ada juga yang berkongsikan cerita mengenai lauk-pauk yang kena habuk kenderaan kerana peniaga berniaga di tepi jalan. Malah, makanan tersebut tidak ditutup dengan lori yang lalu-lalang.

“Cubalah ikhtiar sikit jaga kebersihan, biar meniaga benda bersih. Kebersihan yang diutamakan,” ujar salah seorang pengguna Facebook.

Balut Kanopi Untuk Berniaga, Tak Masuk Habuk
Kredit foto: Melaka Kini
Balut Kanopi Untuk Berniaga, Tak Masuk Habuk
Kredit foto: Melaka Kini

Baca juga kisah yang berkaitan:

Pandangan Wanita Ini Mengenai Makanan Bazar Tak Laku, Mungkin Cara Jualan Tak Menarik?
Beli Lemang Malah Dapat Ekstra ‘Bahan’, Wanita Luah Rasa Kesal Terhadap Penjual Di Bazar Serian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 18 Kematian Direkodkan, KKM 'Haramkan' Penjualan Ikan Buntal Di Pasaran Serta Merta 18 Kematian Direkodkan, KKM ‘Haramkan’ Penjualan Ikan Buntal Di Pasaran Serta Merta
Next Article Didakwa Terima Rasuah, Siasatan Dilancarkan Terhadap 2 Anggota Polis Di Sabah Didakwa Terima Rasuah, Siasatan Dilancarkan Terhadap 2 Anggota Polis Di Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?