• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Beli Lemang Malah Dapat Ekstra ‘Bahan’, Wanita Luah Rasa Kesal Terhadap Penjual Di Bazar Serian

Oleh
Nazihah AN
29 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Beli Lemang Malah Dapat Ekstra 'Bahan', Wanita Luah Rasa Kesal Terhadap Penjual Di Bazar Serian

‘Mungkin penjual tu terlupa acuannya tertinggal dalam lemang’ – netizen

Beli Lemang Malah Dapat Ekstra ‘Bahan’, Wanita Luah Rasa Kesal Terhadap Penjual Di Bazar Serian. Setiap bulan puasa, pasti ada saja cerita pengalaman pelanggan yang membeli makanan di bazar Ramadan.

Seorang wanita telah meluahkan rasa kesalnya terhadap seorang penjual di bazar ramadan Serian kerana menerima ‘bahan tambahan’ yang tidak diingini dalam lemangnya.

Beli Lemang Malah Dapat Ekstra 'Bahan', Wanita Luah Rasa Kesal Terhadap Penjual Di Bazar Serian
Beli Lemang Malah Dapat Ekstra ‘Bahan’, Wanita Luah Rasa Kesal Terhadap Penjual Di Bazar Serian

Wanita tersebut telah menjamah setengah daripada lemang yang dibelinya

Telah tular satu kongsian di laman Facebook di mana wanita ini telah membeli sebatang lemang dari penjual bazar Ramadan di Serian. Dia menyatakan bahawa dia telah menjamah setengah daripada lemang tersebut.

Dan akan sambung makan lagi setengah malam tadi. Namun, ketika dia mula memotong lemang itu, dia terkejut mendapati sebatang bemban yang tersembunyi di dalamnya.

Beli Lemang Malah Dapat Ekstra 'Bahan', Wanita Luah Rasa Kesal Terhadap Penjual Di Bazar Serian
Gambar sekadar hiasan

Netizen minta wanita tersebut dan penjual untuk menyelesaikan secara baik

Kongsian tersebut telah mendapat sebanyak 222 kongsian. Walau bagaimana pun kongsian tersebut telah dipadam oleh pemilik setelah artikel ini diterbitkan.

Rata-rata netizen menyatakan bahawa bahan tambahan yang diperolehi wanita tersebut adalah acuan untuk meratakan beras di dalam buluh lemang tersebut dan berkemungkinan bahawa penjual tersebut terlupa untuk mengeluarkannya.

Beli Lemang Malah Dapat Ekstra 'Bahan', Wanita Luah Rasa Kesal Terhadap Penjual Di Bazar Serian

Netizen meminta untuk mereka bertolak ansur untuk menyelesaikan masalah secara baik.

Wanita tersebut turut membalas komen netizen berharap agar pengalaman ini akan mengingatkan orang lain untuk lebih berhati-hati dan teliti ketika membeli makanan di pasar Ramadan atau bazar-bazar lain.

Beli Lemang Malah Dapat Ekstra 'Bahan', Wanita Luah Rasa Kesal Terhadap Penjual Di Bazar Serian
Gambar sekadar hiasan

Bulan puasa tahun ni ada-ada saja kerenah penjual bazar, siap makanan hangus pun dia jual dekat pelanggan. Baca pautan di bawah:

Baru Hari Ketiga Puasa, Netizen Kongsi Makanan Dibeli Dari Bazaar Raih Perhatian
Kini Diburu Pihak Polis, Pekerja Warga Indonesia Pukul Warga Emas Di Kedai Kopi Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terdesak Pentaskan Konsert, Radhi OAG Terpaksa Pinjam RM50K Daripada Ah Long Terdesak Pentaskan Konsert, Radhi OAG Terpaksa Pinjam RM50K Daripada Ah Long
Next Article Roti Kegemaran Ramai Buka Cawangan Pertama Samarahan, Rotiboy Kini Dibuka Di Summer Mall Roti Kegemaran Ramai Buka Cawangan Pertama Samarahan, Rotiboy Kini Dibuka Di Summer Mall

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?