• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bangga Tunjuk Hasil ‘Kutip’ Barang Basah Dari Lori Kemalangan Undang Kecaman Netizen

Oleh
ILB - AI
23 Mei 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Kejadian memalukan ini berlaku di Bukit Perabun, Roban Saratok

Bangga Tunjuk Hasil ‘Kutip’ Barang Basah Dari Lori Kemalangan Undang Kecaman Netizen. 2 buah lori membawa bekalan barang basah dan bahan binaan hari ini mengalami kemalangan di Bukit Perabun yang terletak di Roban, Saratok.

Isi Isi Penting
  • Kejadian memalukan ini berlaku di Bukit Perabun, Roban Saratok
  • Ambil kesempatan dalam kesempitan
  • Driver masih tersepit, tiada yang mahu menolong- Netizen
  • Baca juga artikel lain :

Kemalangan tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 9 pagi, ketika kedua-dua lori terbabit sedang dalam perjalanan menghantar muatan masing-masing ke destinasi yang ditetapkan. Difahamkan 5 orang cedera akibat kemalangan tersebut di mana 2 orang cedera parah.

Disebalik kemalangan tersebut, sesetengah penduduk yang melalui kawasan kemalangan tersebut mengambil kesempatan untuk berebut barang basah dari lori yang membawa barang bekalan tersebut.

Ambil kesempatan dalam kesempitan

Bangga Tunjuk Hasil 'Kutip' Barang Basah Dari Lori Kemalangan Undang Kecaman Netizen
Bangga Tunjuk Hasil ‘Kutip’ Barang Basah Dari Lori Kemalangan Undang Kecaman Netizen

‘Ambil kesempatan dalam kesempitan..Kalau kena btg hidung sendiri baru kau tau.’ – ujar salah seorang netizen yang memberi komentar apabila gambar sesetengah penduduk yang berbangga dengan hasil dari lori tersebut mula viral di laman sosial Facebook hari ini.

‘Manusia tamak…pencuri itu satu dosa..dah lah orang yang mengalami kemalangan tidak di tolong…tapi sampai hati mencuri lagi..tidak berkat lah makanan itu..sekurang2nya,bantu lah pemandu atau sesiapa yang tersempit di lori tu…kalau berlaku pada keluarga sendiri..apa nak dikata..tuan punya lori boleh ambil tindakan sebab mencuri ‘ – Netizen

Aku masih Ingat yang kes di semenanjung tahun lepas ka.. Ada lori tin susu@tin sardin ya trbalik org kpg semua ambik..ada la org Orang Sarawak ni yg komen Dengan penuh kebanggaan Dia mengatakan di sarawak orang xda perangai mcm ni. Ambik hak org yg tgh susah…kami siap tlg kumpulkn Nah.. Sekli tgk.. Mati lebih truk bah….
Bikin malu😢

Driver masih tersepit, tiada yang mahu menolong- Netizen

Ada juga yang mengatakan ketika insiden ‘kutip’ barang basah ini terjadi, pemandu dan kelindan sebuah lori masih lagi tersepit. Namun begitu, masih juga orang berpusu pusu menyerang lori yang membawa bahan basah tersebut.

Masih tiada kepastian juga sama ada ketika insiden tersebut berlaku, adakah pemilik bahan muatan tersebut ‘menghalalkan’ barang mereka diambil atau sebaliknya.

Hmmm, apa pendapat anda tentang insiden sebegini? Adakah patut barang diambil sebegitu sahaja? Jangan lupa tinggalkan pendapat anda di ruang komen.

Baca juga artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dugaan Di Akhir Ramadhan, Keluarga Di Muara Tebas Hilang Tempat Berteduh Akibat Kebakaran
Next Article Hari Raya Aidilfitri Paling Sederhana Dalam Sejarah, Ada Baiknya Jua

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?