• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Banjir Di Sarawak Semakin Buruk, Seramai 4,222 Mangsa Telah Dipindahkan

Oleh
Husna Hazmi
15 Januari 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Fenomena air pasang besar hari ini juga dijangka akan berlaku di Kuching pada jam 7.01 malam dan di Miri jam 11.52 malam.

Banjir Di Sarawak Semakin Buruk, Seramai 4,222 Mangsa Telah Dipindahkan. Fenomena air pasang besar yang mencecah sehingga 6.1 meter bermula jam 5.20 pagi tadi menyebabkan banyak kawasan di Daerah Kuching, Bau, Samarahan dan Serian terus dinaiki air.

Isi Isi Penting
  • Fenomena air pasang besar hari ini juga dijangka akan berlaku di Kuching pada jam 7.01 malam dan di Miri jam 11.52 malam.
  • Peningkatan tiga kali ganda jumlah mangsa
  • Kerja pemindahan dilaksanakan sembilan balai bomba dan penyelamat di seluruh negeri
  • Lima kes tanah runtuh

Menurut laporan terkini Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak, sehingga jam 8 pagi tadi, sejumlah 48 pusat pemindahan sementara (PPS) sedang beroperasi di seluruh negeri, melibatkan 1,127 keluarga dan 4,222 mangsa.

Banjir Di Sarawak Semakin Buruk, Seramai 4,222 Mangsa Telah Dipindahkan
Banjir Di Sarawak Semakin Buruk, Seramai 4,222 Mangsa Telah Dipindahkan. Kredit gambar:@apmkuching  

Peningkatan tiga kali ganda jumlah mangsa

Daripada jumlah berkenaan, 30 PPS adalah di Bahagian Kuching, yang menempatkan 722 keluarga dan 2,865 mangsa. Ianya merupakan peningkatan tiga kali ganda jumlah mangsa berbanding 1,826 orang di 33 PPS di beberapa daerah di Sarawak pada petang semalam.

Di bahagian Samarahan 105 keluarga dan 314 mangsa telah ditempatkan di empat pusat pemindahan. manakala Bahagian Serian merekodkan 1,014 mangsa daripada 296 keluarga di sembilan pusat pemindahan.

Miri pula kekal dengan dua PPS yang menempatkan 29 mangsa daripada empat keluarga.

Banjir Di Sarawak Semakin Buruk, Seramai 4,222 Mangsa Telah Dipindahkan
Kredit gambar:@apmkuching  

Kerja pemindahan dilaksanakan sembilan balai bomba dan penyelamat di seluruh negeri

Di samping itu, menurut Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Henderi Ardimansyah, setakat ini pihaknya telah mengendalikan urusan pemindahan dan menyelamat 1,049 mangsa di seluruh negeri, termasuk lapan orang kelainan upaya (OKU), 29 bayi dan 255 kanak-kanak.

Gerak kerja pemindahan ini katanya, dilaksanakan oleh sembilan balai bomba dan penyelamat di seluruh negeri, dengan yang paling aktif ialah Balai Bomba dan Penyelamat Bau, Petra Jaya dan juga Batu Lintang.

Banjir Di Sarawak Semakin Buruk, Seramai 4,222 Mangsa Telah Dipindahkan
Kredit gambar:@apmkuching  

Lima kes tanah runtuh

“Pada masa yang sama, terdapat lima kes tanah runtuh yang dilaporkan,

“Melibatkan lokasi Rumah Panjang Panggil Atas (Sri Aman); Lorong Gersik 3 (Kuching); Paya Mebi (Padawan); Grogo (Bau) dan Rumah Cuat Sungai Ribong (Sarikei),” tambahnya.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tatacara Terbaru Kemasukan Ke Sarawak : Ambil Swab 3 Hari Sebelum Dan Mesti Disahkan Negatif
Next Article 2021 Belum Sampai Sebulan, Ini 11 Insiden Dan Peristiwa Tular Berlaku Di Sarawak Awal Januari Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?