• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

2021 Belum Sampai Sebulan, Ini 11 Insiden Dan Peristiwa Tular Berlaku Di Sarawak Awal Januari Ini

Oleh
Ismail NA
15 Januari 2021
Kongsi
10 Min Bacaan

Permulaan 2021 yang agresif.

2021 Belum Sampai Sebulan, Ini 11 Insiden Dan Peristiwa Tular Berlaku Di Sarawak Awal Januari Ini. Begitu banyak peristiwa yang berlaku meskipun bulan Januari 2021 belum sampai ke penghujungnya. Ada peristiwa biasa, ada yang boleh dibawa berhibur namun kebanyakannya adalah peristiwa jelik dan mendukacitakan.

Isi Isi Penting
  • Permulaan 2021 yang agresif.
  • 1. Tragedi Feri Triso
  • 2. Individu hilang di laut
  • 3. Banjir teruk di Kuching
  • 4. Buaya ditemui di bawah rumah semasa banjir
  • 5. Remaja buang bayi di Kuching
  • 6. Kejadian tanah runtuh di Kampung Gersik dan Padawan
  • 7. Lelaki ditemui meninggal disambar buaya di Kampung Meranek, Samarahan
  • 8. Pemuda Kampung Sejijak buat mini regatta semasa banjir
  • 9. Pemuda jatuh dan hilang dibawa arus deras di Kubah Ria
  • 10. Bapa baru sedar anak hilang setelah gambar tular di media sosial
  • 11. Wanita di Debak dibaham buaya
  • Baca juga :

Untuk artikel kali ini, kami kompilasikan 11 insiden dan peristiwa yang tular atau viral yang berlaku di Sarawak sepanjang bulan Januari 2021. Untuk makluman anda, ini merupakan senarai insiden yang berlaku setakat artikel ini ditulis iaitu pada 15 Januari 2021.

1. Tragedi Feri Triso

Tatkala kita mengharapkan permulaan baharu yang segar buat tahun 2021, berita duka pula yang menyapa rakyat Sarawak apabila sebuah kenderaan tenggelam ke dalam sungai semasa hendak memasuki feri di Triso dekat Sebuyau. Kejadian ini berlaku tepat pada petang hari pertama tahun 2021 iaitu pada 1 Januari 2021, Jumaat.

Tragedi Feri Triso ini menyaksikan sebuah kenderaan pacuan empat roda dikatakan tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai semasa hendak memasuki feri. Dalam insiden malang tersebut, seramai 9 orang individu termasuk seorang bayi dan 4 orang kanak-kanak disahkan meninggal akibat lemas dalam kejadian tersebut.

2021 Belum Sampai Sebulan, Ini 11 Insiden Dan Peristiwa Tular Berlaku Di Sarawak Awal Januari Ini
2021 Belum Sampai Sebulan, Ini 11 Insiden Dan Peristiwa Tular Berlaku Di Sarawak Awal Januari Ini
Sumber : Ihsan pembaca

Rentetan daripada peristiwa tersebut, SOP menaiki feri di seluruh Sarawak diperketatkan dengan penumpang tidak dibenarkan untuk berada dalam kenderaan semasa menaiki feri. Selain itu, kerajaan Sarawak juga akan membina pagar penghadang di pangkalan feri.

2. Individu hilang di laut

Satu lagi tragedi yang menyayat hati adalah tentang berita kehilangan individu semasa mereka keluar ke laut. Insiden kehilangan yang pertama adalah kehilangan seorang lelaki yang berusia 59 tahun yang hilang di laut Santubong pada 3 Januari. Beliau dikatakan telah keluar dari rumah pada jam 5.50 pagi untuk menghantar bot dari Jeti Sentoria, Santubong ke Lundu. Namun demikian, beliau dikhuatiri hilang apabila tidak kunjung tiba di Lundu dan gagal dihubungi.

Pada 9 Januari, mayat lelaki tersebut akhirnya ditemui terdampar oleh penduduk Kampung Trombol, dekat Telaga Air, Kuching.

Satu lagi kejadian yang melibatkan individu hilang di laut adalah melibatkan seorang nelayan yang berusia 23 tahun yang hilang di laut Kuala Tatau, Bintulu. Mangsa keluar menangkap ikan pada jam 10 pagi pada 1 Januari 2021 bersama rakannya menggunakan bot berasingan. Namun, mangsa tidak sampai ke jeti tetapi sebaliknya bot mangsa terdampar di tepi pantai dengan enjin masih boleh dihidupkan. Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada hari ke-7 setelah pihak penyelamat gagal menemui sebarang petunjuk baru.

2021 Belum Sampai Sebulan, Ini 11 Insiden Dan Peristiwa Tular Berlaku Di Sarawak Awal Januari Ini
Dari kiri : Mangsa hilang di laut Kuala Serupai, Tatau, dan mayat mangsa hilang di Laut Santubong.

3. Banjir teruk di Kuching

Berdasarkan ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia, hujan lebat dan cuaca buruk dijangka akan berterusan sepanjang minggu ini. Ditambah pula dengan musim air pasang surut King Tide di Sarawak pada masa ini telah memburukkan keadaan. Walaupun banjir kilat adalah sesuatu yang normal di sesebuah bandaraya termasuklah di Kuching, namun demikian banjir pada kali ini lebih dahsyat apabila air sungai dikatakan melimpah sehingga ke hadapan bangunan Old Court House di Waterfront.

Bukan itu sahaja, kebanyakan jalan di tengah bandaraya Kuching dan kawasan sekitarnya juga dinaiki air sehingga tidak dapat dilalui oleh kenderaan. Kawasan yang terjejas teruk termasuklah kawasan tengah bandaraya, Satok, kawasan Kampung Nombor, Matang, Taman Malihah, dan Bau.

2021 Belum Sampai Sebulan, Ini 11 Insiden Dan Peristiwa Tular Berlaku Di Sarawak Awal Januari Ini
Sumber foto : Berita RTM Sarawak

4. Buaya ditemui di bawah rumah semasa banjir

Semasa kejadian banjir baru-baru ini, kelibat seekor buaya pula kelihatan di bawah sebuah rumah seorang penduduk di Kampung Nombor, Kuching. Buaya tersebut sempat dirakam oleh penduduk sebelum ditangkap semasa air surut. Menurut Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), buaya tersebut berkeliaran di musim banjir bagi mencari makanan dan mengelak arus deras di sungai.

2021 Belum Sampai Sebulan, Ini 11 Insiden Dan Peristiwa Tular Berlaku Di Sarawak Awal Januari Ini
Sumber foto : Facebook

Oleh yang demikian, SFC menasihati orang ramai agar menghubungi talian Pengawal Hidupan Liar SFC di talian 019-885 9996 untuk Kuching, 019- 888 3561 (Sibu), 019-833 2737 (Bintulu) atau 019-829 0994 (Miri) sekiranya menghadapi ancaman buaya atau melihat kelibat buaya semasa musim banjir.

5. Remaja buang bayi di Kuching

Ini pula satu lagi kejadian menyayat hati yang berlaku 13 Januari 2021. Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun didapati telah membuang bayinya yang baru lahir dari tingkat 13 atas sebuah hotel berdekatan Topspot dan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Kuching. Remaja perempuan berkenaan yang disyaki merupakan ibu kepada bayi berkenaan ditahan oleh pihak polis setelah mendapat maklumat daripada orang awam yang menemui bayi tersebut di jalan belakang sebuah bank berdekatan.

2021 Belum Sampai Sebulan, Ini 11 Insiden Dan Peristiwa Tular Berlaku Di Sarawak Awal Januari Ini

6. Kejadian tanah runtuh di Kampung Gersik dan Padawan

Kuching bukan setakat dilanda banjir tetapi juga dilanda bencana tanah runtuh. Terdapat 2 kejadian tanah runtuh yang berlaku minggu ini iaitu di Kampung Gersik dan Padawan. Dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Gersik, empat sekawan hampir terjunam semasa kejadian tanah runtuh berlaku. Mereka yang menaiki kenderaan SUV mula merasai bahawa jalan yang mereka lalui hampir runtuh dan segera keluar dari kenderaan. Bukan itu sahaja, rumah berdekatan kawasan tersebut juga mengalami kesan akibat kejadian tersebut.

Sementara itu, seorang ibu tunggal pula kehilangan tempat tinggal apabila kawasan rumahnya mengalami tanah runtuh di Kampung Annah Sadir, Padawan.

2021 Belum Sampai Sebulan, Ini 11 Insiden Dan Peristiwa Tular Berlaku Di Sarawak Awal Januari Ini
Sumber foto : FB Gersik Ville & The Borneo Post

7. Lelaki ditemui meninggal disambar buaya di Kampung Meranek, Samarahan

Seorang lelaki berusia 29 tahun meninggal dunia setelah disambar buaya di Kampung Meranek, Samarahan. Mangsa telah turun ke sungai bersama bapanya pada awal subuh 12 Januari untuk menarik pukat. Namun demikian, mangsa telah disambar buaya dan bapanya segera pulang ke rumah untuk memberitahu perkara tersebut.

Melalui Operasi Mencari dan Menyelamat (SARS) yang dilakukan oleh pasukan bomba pada 14 Januari, mereka menemui sebahagian besar paha hingga ke pergelangan kaki kanan di Muara Sungai Samarahan iaitu kira-kira 7.5 km dari mangsa diserang buaya. Anggota badan tersebut dipercayai milik lelaki berkenaan setelah disahkan oleh ahli keluarganya.

2021 Belum Sampai Sebulan, Ini 11 Insiden Dan Peristiwa Tular Berlaku Di Sarawak Awal Januari Ini
Sumber foto : Berita RTM Sarawak

8. Pemuda Kampung Sejijak buat mini regatta semasa banjir

Tatkala banjir melanda, sekumpulan pemuda di Kampung Sejijak pula menggunakan kesempatan ini untuk menghiburkan hati mereka dengan mengayuh perahu sesama mereka semalam iaitu 14 Januari 2021. Kumpulan pemuda ini dilihat berlumba sesama sendiri seolah-olah mini regatta semasa banjir melanda Kampung Sejijak dekat Matang, Kuching. Kampung ini sememangnya terkenal sebagai lokasi penganjuran acara lumba perahu iaitu Sejijak Regatta.

2021 Belum Sampai Sebulan, Ini 11 Insiden Dan Peristiwa Tular Berlaku Di Sarawak Awal Januari Ini
Sumber foto : FB M. Effendi Junaidi

9. Pemuda jatuh dan hilang dibawa arus deras di Kubah Ria

Kejadian ini juga berlaku pada tanggal 14 Januari 2021. Sepasang lelaki dan wanita terjatuh ke dalam Sungai Sarawak berdekatan Kubah Ria semalam. Salah seorang mangsa iaitu wanita berusia 27 tahun berjaya diselamatkan oleh pekerja kapal yang kebetulan berada di tempat kejadian. Walau bagaimanapun, seorang lagi mangsa iaitu seorang lelaki berusia 25 tahun masih belum ditemui dan dikhuatiri lemas. Sehingga ke hari, operasi mencari dan menyelamat oleh pihak bomba masih giat dilakukan.

**Kemas kini terbaru : Mayat lelaki tersebut telah pun ditemui pada tengah hari 16 Januari 2021. Takziah.

2021 Belum Sampai Sebulan, Ini 11 Insiden Dan Peristiwa Tular Berlaku Di Sarawak Awal Januari Ini

10. Bapa baru sedar anak hilang setelah gambar tular di media sosial

Kejadian ini pula berlaku di Kota Samarahan pada 3 Januari 2021. Dalam kejadian tersebut seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro, seorang bapa baru menyedari kehilangan anaknya setelah melihat gambar anaknya tular di media sosial. Dalam masa yang sama, kanak-kanak tersebut ditemui merayau seorang diri oleh pasukan peronda MPV IPD Kota Samarahan. Pihak polis membawa kanak-kanak tersebut ke balai polis dan menerima panggilan daripada bapanya sejurus selepas itu.

Menurut bapanya, beliau membaiki rumah di tingkat atas dan anaknya berada di tingkat bawah untuk menonton televisyen. Namun demikian, semasa beliau turun ke tingkat bawah, anaknya tidak kelihatan namun menganggap bahawa kanak-kanak tersebut mengikut ibunya membersih rumah di tempat lain.

2021 Belum Sampai Sebulan, Ini 11 Insiden Dan Peristiwa Tular Berlaku Di Sarawak Awal Januari Ini
Sumber : Facebook

11. Wanita di Debak dibaham buaya

Seorang wanita di Debak, Betong dibaham buaya semasa mengemas barang di bawah rumahnya semasa banjir. Mangsa bernasib baik kerana berjaya diselamatkan oleh ahli keluarganya dan kini sedang dirawat di Hospital Debak. Mangsa mengalami cedera parah di bahagian paha.

Nampak liar kan permulaan 2021 ini? Apa-apa pun, keadaan pandemik di negara kita masih lagi belum reda. Dengan semua insiden dan bencana yang menimpa ini, diharap kita semua saling menjaga diri dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Banjir Di Sarawak Semakin Buruk, Seramai 4,222 Mangsa Telah Dipindahkan
Next Article Berikut Adalah 5 Senarai Bantuan Yang Disediakan Oleh Kerajaan Pada Tahun 2021

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?