• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Bank Bergerak Dilancarkan Hari Ini, Perkhidmatan Perbankan Untuk Penduduk Luar Bandar Sarawak

Oleh
ILB - AI
6 Mei 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Bank Bergerak Dilancarkan Hari Ini, Perkhidmatan Perbankan Untuk Penduduk Luar Bandar Sarawak

Bank Bergerak dilancarkan hari ini untuk kemudahan penduduk luar bandar Sarawak

Bank Bergerak Dilancarkan Hari Ini, Perkhidmatan Perbankan Untuk Penduduk Luar Bandar Sarawak. Dilaporkan perkhidmatan perbankan kini boleh didapatkan dari Bank Bergerak yang telah dilancarkan hari ini oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Pelancaran ini bagi memudahkan penduduk luar bandar Sarawak yang tidak mempunyai perkhidmatan perbankan.

Bank Bergerak Dilancarkan Hari Ini, Perkhidmatan Perbankan Untuk Penduduk Luar Bandar Sarawak

Melibatkan beberapa bank

Menurut laporan, Perkhidmatan Bank Bergerak tersebut mendapat kerjasama dari empat institusi bank iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Rakyat, RHB Bank, dan Agro Bank.

Kesemua bank ini bekerjasama untuk menawarkan perkhidmatan di beberapa kawasan luar bandar sebagai permulaan.

Gambar sekadar hiasan.

Berhubung dengan pelancaran perkhidmatan bank bergerak ini, Abang Johari berkata,

“Saya merasakan ia satu pendekatan bagi kita meringankan masalah dihadapi masyarakat di luar bandar dari sudut perkhidmatan bank ini. Saya percaya bank-bank yang terlibat mempunyai jadual dan waktu (operasi) masing-masing selain akan memaklumkan kepada rakyat kita dari masa ke semasa mengenai perkhidmatan mereka.”

BSN akan memberi perkhidmatan di kawasan Sebauh dan Sungai Asap.

Sementara itu, Bank Rakyat akan memberi perkhidmatan di Sebauh, Tatau, Sungai Asap dan Belaga.

Bagi Agro Bank, mereka menawarkan perkhidmatan di Padawan, Bau, Lundu, Sematan, Lingga, Pantu, Tebedu, Asajaya dan Sebuyau.

Untuk RHB Bank, perkhidmatan akan diberi di kawasan Asajaya, Sadong Jaya, Balingian, Oya, dan Igan.

Perkhidmatan bank bergerak bertujuan untuk memudahkan penduduk luar bandar di Sarawak. Kredit: FMT

Pernah diumumkan sebelum ini bahawa perkhidmatan bank bergerak di luar bandar Sarawak merupakan salah satu inisiatif di bawah Pakej BKSS

Inisiatif ini pernah diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak pada 8 Mei 2020 di dalam pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang dengan peruntukan sebanyak RM1.6 juta.

Sebanyak RM200,000 telah diperuntukkan kepada bank yang terlibat sebagai permulaan iaitu untuk membeli kenderaan yang diperlukan untuk melaksanakan perkhidmatan ini.

Bank bergerak ini akan menyediakan semua perkhidmatan yang sama seperti yang disediakan di premis bank di bandar bagi memudahkan penduduk luar bandar.

Perkhidmatan yang disediakan merangkumi perkhidmatan kemudahan ATM dan kaunter perkhidmatan pelanggan.

Antara bank yang terlibat dalam inisiatif ini ialah BSN. Kredit: The Star

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rocket Dilancarkan China Gagal Dikawal, 21 Tan Serpihan Mungkin Akan Terhempas Ke Bumi
Next Article Besarkan 5 Anak Sendiri Di Puchong, Ustaz Ebit Lew Tampil Bantu Ibu Tunggal Iban Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?