• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Besarkan 5 Anak Sendiri Di Puchong, Ustaz Ebit Lew Tampil Bantu Ibu Tunggal Iban Ini

Oleh
Husna Hazmi
6 Mei 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Sungguh berat ujian yang dipikul oleh ibu tunggal yang membesarkan 5 anaknya yang masih lagi bersekolah ini.

Besarkan 5 Anak Sendiri Di Puchong, Ustaz Ebit Lew Tampil Bantu Ibu Tunggal Iban Ini. Teresa Santa yang berbangsa Iban dari Sibu Sarawak dan menetap di Puchong Selangor merupakan seorang ibu tunggal yang mebesarkan 5 orang anak seorang diri setelah ditinggalkan suami selama 3 tahun.

Besarkan 5 Anak Sendiri Di Puchong, Ustaz Ebit Lew Tampil Bantu Ibu Tunggal Iban Ini
Besarkan 5 Anak Sendiri Di Puchong, Ustaz Ebit Lew Tampil Bantu Ibu Tunggal Iban Ini. Kredit Gambar: @ebitlewofficialpage

Berdasarkan perkongsian Ustaz Ebit Lew di akaun Facebook beliau;

Dah 2 hari terbaca tentang kesusahan dan ujian Teresa Santa berbangsa Iban dari Sibu Sarawak menetap di Puchong Selangor. Membesarkan 5 orang anak semua masih bersekolah setelah ditinggalkan suami selama 3 tahun.

Baru masuk rumah Puan Teresa menangis-nangis. Saya dah mati ke ustaz. Saya dah mati ke? Saya selalu fikir nak mati jer. Pernah beberapa kali fikir macam nak mati. Hari ini saya jumpa dengan ustaz. Teresa menangis je kuat-kuat. Tak berhenti menangis. Tuhan kabulkan doa saya. Ustaz tolong semua tanpa kira siapa dia, bangsa or agama.

Kesemua anak Teresa masih lagi bersekolah. Ketika ustaz Ebit Lew berkunjung ke rumahnya, dia tidak dapat menahan air mata nya yang laju sahaja gugur mengenang nasibnya itu.

Menurut perkongsian Ustaz Ebit Lew di akaun Facebooknya, beliau mengatakan bahawa Teresa mengalami masalah untuk membayar sewa rumahnya. Sudah 15 bulan tidak berbayar malah bil air dan elektrik juga belum dibayarkan.

Besarkan 5 Anak Sendiri Di Puchong, Ustaz Ebit Lew Tampil Bantu Ibu Tunggal Iban Ini
Kredit Gambar: @ebitlewofficialpage

Rumah mereka di dalam keadaan yang daif dan tiada perabot

Rumah mereka di dalam keadaan yang daif dan tiada perabot, yang cuma ada hanyalah tilam buruk sahaja. Berkat bantuan Ustaz Ebit Lew, beliau telah membantu keluarga ini untuk menyelesaikan sewa rumah mereka dan membeli peti ais, mesin basuh dan laptop untuk anaknya belajar.

Ramai juga yang tutrut prihatin dengan keluarga ini dan telah menghantar makanan dan memberi duit belanja buat mereka.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bank Bergerak Dilancarkan Hari Ini, Perkhidmatan Perbankan Untuk Penduduk Luar Bandar Sarawak Bank Bergerak Dilancarkan Hari Ini, Perkhidmatan Perbankan Untuk Penduduk Luar Bandar Sarawak
Next Article Penduduk Di Sabah Dilarang Rentas Daerah Mulai 10 Mei Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?