• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bantuan Helikopter Buat Persiapan Banjir Digerakkan Ke Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
1 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Persiapan menghadapi banjir di Sarawak.

Bantuan Helikopter Buat Persiapan Banjir Digerakkan Ke Sarawak. Dilaporkan, Helikopter dari pangkalan udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Subang, Selangor sudah sedia digerakkan ke Sarawak untuk menghadapi kemungkinan bencana banjir.

Menurut Pengarah JPBM Sarawak, Datuk Khirudin Drahman, pada masa kini pihaknya mempunyai sebuah helikopter yang berpangkalan di Miri yang sedia untuk digerakkan ke kawasan yang memerlukan.

Bantuan Helikopter Buat Persiapan Banjir Digerakkan Ke Sarawak
Bantuan Helikopter Buat Persiapan Banjir Digerakkan Ke Sarawak. Gambar sekadar hiasan

Kegunaan perkhidmaan helikopter

Kegunaan perkhidmaan helikopter ini ketika bencana banjir adalah bagi tujuan menyelamat mangsa dan penghantaran makanan yang terputus hubungan melalui laluan darat.

Beliau berkata, jika keperluan mendesak, pihaknya akan menggerakkan helikopter untuk memberikan bantuan terutamanya di sekitar kawasan Hulu Baram, Miri.

Selain penghantaran makanan melalui helikopter, setiap pusat pemindahan sementara (PPS) yang disediakan juga akan membekalkan makanan yang mampu bertahan sehingga 7 hari.

Bantuan Helikopter Buat Persiapan Banjir Digerakkan Ke Sarawak
Sumber foto: FB MetMalaysia

Sebelum ini MetMalaysia umum Fasa Peralihan Monsun Negara

Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah telah mengumum laporan di manan fasa Peralihan Monsun Negara dijangka akan bermula pada 3 Oktober ini hingga November tahun ini.

Pada tempoh Fasa Perlaihan Monsun ini, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari arah yang akan menyebabkan berlakunya kejadian ribut petir yang lazimnya membawa sekali hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa singkat.

Kejadian ini dijangka akan berlaku terutamanya pada waktu sebalah petang dan awal malam di kebanyakkan kawasan-kawasan di negeri-negeri pantai di barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta tengah Sarawak.

Bantuan Helikopter Buat Persiapan Banjir Digerakkan Ke Sarawak
Sumber foto: FB MetMalaysia

Amaran ribut petir

Dalam masa yang sama, pada hari ini MetMalaysia juga telah mengeluarkan Amaran Ribut Petir sebentar tadi di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku pada malam ini.

Baca lagi berita terkini mengenai persiapan banjir di sini:

Fasa Peralihan Monsun Bermula 3 Oktober Ini, Polis Sarawak Siap Sedia Hadapi Banjir Kilat
Jalan Padang Merdeka Yang Sering ‘Tenggelam’ Rupanya Dulu Sebatang Sungai, Ini Penjelasannya
SUMBER :BERNAMA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pamer Artifak Bersejarah Pemburu Kepala, Susui Sangod Borneo Lokasi Wajib Pergi Di Tuaran
Next Article Tarikan Terbaharu Di Asajaya, Mini Uptown Asajaya Kini Dibuka Tarikan Terbaharu Di Asajaya, Mini Uptown Asajaya Kini Dibuka

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?