• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bantuan RM1.2K Untuk Pelajar Sarawak, Lebih Separuh Pelajar Masih Belum Mohon

Oleh
Farisha
27 Mei 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

27,000 Pelajar Dah Mohon RM1,200 BKK, Anda Bila Lagi? Tarikh Tutup 1 Jun Ini

Bantuan RM1.2K Untuk Pelajar Sarawak, Lebih Separuh Pelajar Masih Belum Mohon. Kalau korang student asal Sarawak dan tengah struggle dengan duit makan, nota kuliah dan tambang bas balik kampung — ada berita best ni!

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah umumkan bahawa lebih 27,000 pelajar dah mohon Bantuan Khas Kewangan (BKK) yang bernilai RM1,200, setakat 24 Mei 2025.

Bantuan RM1.2K Untuk Pelajar Sarawak, Lebih Separuh Pelajar Masih Belum Mohon
Bantuan RM1.2K Untuk Pelajar Sarawak, Lebih Separuh Pelajar Masih Belum Mohon.
Gambar sekadar ilustrasi.

Tapi, jumlah sebenar pelajar yang layak sebenarnya 60,220 orang. Jadi, masih ramai yang tak apply lagi.

Tunggu Apa Lagi? Tarikh Tutup 1 Jun 2025!

Kalau korang:

✅ Anak jati Sarawak
✅ Belajar secara sepenuh masa di IPTA/IPTS seluruh Malaysia
✅ Tak kira income mak ayah berapa

Korang boleh claim duit poket tahunan RM1,200 ni. Macam mana tak best?

“Ini bukan sekadar bantuan kewangan. Ia juga pelaburan untuk kemajuan sosial, ekonomi dan pendidikan masyarakat,” kata Dato Sri Roland dalam Sidang DUN Sarawak, menurut laporan media tempatan.

Selain Duit, Dapat Juga Laptop & Baucar Buku

Setakat ni, 9,581 laptop dan 3,015 baucar buku telah diagihkan pada pelajar Sarawak.

Kalau korang pelajar tahun pertama dari keluarga berpendapatan per kapita bawah RM1,500, dan belajar di mana-mana IPT diiktiraf KPT — boleh mohon laptop percuma.

Nak tahu caranya? Daftar dulu kat sistem My-Yayasan — baru boleh apply semua skim ni.

Yayasan Sarawak Akan ‘Push’ Promosi Habis-Habisan

Tahun ni, kerajaan negeri akan berkerjasama dengan Yayasan Sarawak untuk promosi bantuan pelajaran ni lebih agresif — supaya tiada pelajar Sarawak yang tertinggal.

Jadi, tag kawan-kawan korang yang tengah belajar dan share info ni. Duit poket RM1,200 tu boleh buat banyak benda wei — tak nak rugi.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan insentif kerajaan Sarawak untuk pelajar:

Pelajar Sarawak Kini Boleh Mohon Bantuan Khas RM1,200, Kaunter Khas Dibuka 8 Mei Ini Di Life Cafe
Bantuan RM1.2K Untuk Pelajar Sarawak Mula Disalur Menerusi SPay Pertengahan 2025
SUMBER :Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Batik Air Lancar Laluan Subang-Kuching Mulai 28 Julai 2025
Next Article Sarawak Bakal Terima Dua Unit Pertama ART Menjelang Awal 2026

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?