Perbandingan ini menunjukkan bahawa amalan kejururawatan di Malaysia memerlukan peningkatan yang signifikan untuk mencapai standard antarabangsa.
Wanita Iban Ini Ceritakan Perbandingan Pengalaman Kerja Sebagai Jururawat Di Malaysia Dan Arab Saudi. Seorang wanita berketurunan Iban memutuskan untuk muatnaik satu kongsian menarik di laman Facebooknya. Perkongsian itu telah menarik minat netizen dan raih ratusan kongsi di Facebook.
Setiap negara pastinya mempunyai budaya kerja, sistem dan dasar yang berbeza. Itulah yang diceritakan oleh wanita tersebut tentang pengalamannya bekerja sebagai jururawat di dua negara berbeza: Malaysia, tanah airnya, dan Arab Saudi, sebuah negara di Timur Tengah yang terkenal dengan kemajuan dan dasar kerja yang berbeza.
Mari kita lihat apa juga yang dikongsikan wanita tersebut:
1. Jurang gaji di Malaysia dan di Arab Saudi
Menceritakan tentang pengalamannya, beliau memulakan dengan jurang standard gaji di Malaysia dan di Arab Saudi sangat besar. Jelas beliau, walaupun sudah bekerja selama 13 tahun di Malaysia, gajinya dan rakan sekerjanya hanya terima sekitar RM3,000 hingga RM4,000 meskipun beban kerja meningkat.
Sebaliknya, di Arab Saudi, gajinya meningkat drastis hingga kira-kira RM15,000 dengan tanggungjawab yang lebih ringan, hanya menjaga 2-3 pesakit dan hanya kadang-kadang dilantik sebagai pemimpin pasukan.
2. Professionalisme/ budaya gosip di kalangan rakan sekerja
Ketika bekerja di Malaysia, dia sering kali berhadapan dengan ‘dinosaurs’ (mungkin bermaksud boomers/berusia) yang suka mengecam tanpa sebab yang munasabah. Bagi mereka, warna rambut seseorang nampaknya lebih penting daripada kualiti kerja. Namun, semasa bekerjanya di Arab Saudi, rambutnya berwarna merah jambu hanya menerima pujian. Ini menunjukkan bahawa di Arab Saudi, tumpuan pengurusan lebih kepada kecekapan pekerja daripada penampilan.
Dalam perkongsian itu juga, wanita ini turut menceritakan suasana sekitar di tempat kerja juga berbeza. Di Malaysia, perbezaan seringkali menjadi bahan gosip. Namun, di Arab Saudi, pekerja dilihat berdasarkan kecekapan dan bukan perbezaan individu. Ironinya, jururawat Malaysia di Arab Saudi masih membawa budaya mengumpat dari tanah air.
3. Mohon MC dan proses mohon cuti yang rumit
Mengenai cuti sakit atau MC (medical certificate), dia berkongsi bagaimana sukar untuk mendapatkannya di Malaysia. Beliau memberitahu kepada pengurus bahawa dirinya tidak sihat dan keperluan untuk pergi ke klinik, pengurus tersebut meragui setiap perkataannya. Keadaan menjadi lebih teruk apabila pengurus menelefon klinik untuk memeriksa kebenaran.
Prinsipnya di Malaysia ialah jika anda tidak benar-benar pengsan, anda masih diharapkan untuk bekerja. Sebaliknya, di Arab Saudi, walaupun hanya sakit gigi, pekerja boleh dengan mudah memohon cuti sakit. Pengurusan di sana memberikan keutamaan kepada kesihatan pekerja.
Dalam kongsian beliau juga, beliau menekankan bahawa mohon cuti juga perkara yang rumit di kalangan jururawat di Malaysia. Buku permintaan cuti seringkali disembunyikan, dan permohonan cuti diperiksa dengan teliti.
Jika alasan tidak memuaskan, permohonan cuti mungkin ditolak. Sebaliknya, di Arab Saudi, proses mengambil cuti jauh lebih mudah dan tanpa banyak tanya. Mereka boleh mengambil cuti tanpa perlu memberikan alasan, dan kadang-kadang cuti diberikan sehingga sebulan. Hospital di sana bahkan menanggung tiket penerbangan pulang ke rumah. Cuti yang diberikan juga lebih panjang, biasanya dua hingga tiga hari untuk memastikan mereka benar-benar berehat sebelum kembali bekerja.
4. Lanjutkan pembelajaran
Pendidikan lanjutan bagi jururawat di Malaysia sering kali dipenuhi dengan rintangan. Berbanding dengan Arab Saudi, di mana ramai jururawat Malaysia meneruskan pengajian mereka tanpa halangan. Tiada sesiapa yang memandang serong kepada mereka kerana melanjutkan pelajaran. Malah menggalakkannya, memupuk pertumbuhan profesional yang akan memberi faedah kepada semua dalam jangka panjang.
5. Beban kerja berbeza dan keselesaan bekerja
Beban kerja di Malaysia memerlukan jururawat untuk melakukan hampir segala-galanya. Beliau mengingat bagaimana perlu menangani masalah penyejuk udara yang rosak. Namun, di Arab Saudi, fokusnya hanya pada pesakit. Jika ada peralatan yang rosak, cukup hubungi jabatan penyelenggaraan dan mereka akan segera datang membaikinya.
Di Malaysia, fokus terhadap seragam terlalu ketat hingga tompokan kecil pada seragam menjadi perhatian utama, berbanding kualiti penjagaan pesakit. Sebaliknya, di Arab Saudi, jururawat diberi kebebasan memilih seragam dan kebersihan serta keselesaan menjadi keutamaan.
6. Penggunaan digital dalam sistem rekod perubatan
Walaupun Malaysia baru mula mengadaptasi sistem rekod medikal elektronik, Arab Saudi sudah menggunakan sistem yang canggih dan memudahkan jururawat.
Pengalaman kerja di kedua-dua negara ini menunjukkan perbezaan yang ketara. Namun, penting untuk diingat bahawa pengalaman ini adalah subjektif dan tidak mewakili semua jururawat.