• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Banyak Mayat Jemaah Haji Tersadai Di Tepi Jalan Akibat Gelombang Panas Melampau

Oleh
Farisha
20 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Gelombang panas melampau menyebabkan ramai kematian jemaah haji di Arab Saudi

Banyak Mayat Jemaah Haji Tersadai Di Tepi Jalan Akibat Gelombang Panas Melampau. Satu hantaran tular di media sosial, menunjukkan mayat-mayat terbaring di jalanan tanpa diuruskan oleh pihak berkuasa, menyebabkan kecaman dan kritikan terhadap kerajaan Arab Saudi baru-baru ini.

Negara itu mengalami gelombang panas ekstrem semasa musim haji tahun ini, dengan suhu di Mekah mencecah 51-53 darjah Celsius. Suhu tinggi yang mendadak ini mengakibatkan ramai jemaah haji tidak dapat menahan sehingga menyebabkan kematian.

Banyak Mayat Jemaah Haji Tersadai Di Tepi Jalan Akibat Gelombang Panas Melampau
Banyak Mayat Jemaah Haji Tersadai Di Tepi Jalan Akibat Gelombang Panas Melampau

Walaupun kerajaan Saudi mendakwa telah merawat lebih 2,000 jemaah yang mengalami strok haba, namun terdapat banyak kritikan mengenai tindakan yang lambat dalam menangani kecemasan ini.

Tiada maklumat rasmi mengenai jumlah mayat di tepi jalan

Bagaimanapun, menurut laporan, tiada maklumat rasmi mengenai jumlah sebenar kematian di tepi jalan, walaupun laporan dari pelbagai sumber menyatakan angka yang berbeza.

Masyarakat antarabangsa juga memberikan reaksi terhadap kejadian ini. Netizen dari pelbagai negara termasuk Malaysia dan Indonesia memuat naik video dan komen yang menonjolkan kegagalan perkhidmatan daripada kerajaan Arab Saudi.

Kecaman terhadap pengurusan kecemasan Arab Saudi semasa tragedi haji

Bahkan, negara seperti Mesir dan Jordan turut mengalami korban teruk, meningkatkan kemarahan terhadap kerajaan Arab Saudi. Gelombang panas melampau di Arab Saudi semasa musim haji tahun ini telah mengakibatkan kematian tragis ratusan jemaah haji.

Tindak balas kerajaan Arab Saudi dalam menguruskan situasi ini terus mengundang kritikan dan kontroversi di peringkat antarabangsa. Masih terdapat banyak persoalan yang belum terjawab mengenai pengurusan kecemasan bagi situasi seumpama itu pada masa akan datang.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Menabung Sejak Anak Lahir, 14 Sekeluarga Dari Mukah Berjaya Tunai Haji Bersama
Dakwaan Wanita Di Kuching ‘Hilang’ RM30K Dari Tabung Haji Sebenarnya Dipindah Ke Akaun Bank Sendiri
SUMBER :The VocketCNN
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kantin At The Granary Dicalonkan Dalam Persaingan Restoran Terbaik Malaysia Kantin At The Granary Dicalonkan Dalam Persaingan Restoran Terbaik Malaysia
Next Article Nombor Plat Milik Kereta Langgar Tiang Lampu Di Jalan Openg Terkena 4D Raih Perhatian Netizen Nombor Plat Milik Kereta Langgar Tiang Lampu Di Jalan Openg Terkena 4D Raih Perhatian Netizen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?