• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Menabung Sejak Anak Lahir, 14 Sekeluarga Dari Mukah Berjaya Tunai Haji Bersama

Oleh
Farisha
11 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Pencapaian menunaikan haji sekeluarga hasil disiplin menabung 35 tahun

Menabung Sejak Anak Lahir, 14 Sekeluarga Dari Mukah Berjaya Tunai Haji Bersama. Satu keluarga besar yang terdiri daripada 14 orang dari Mukah, Sarawak berjaya mencipta kenangan membahagiakan apabila dapat menunaikan ibadat haji bersama-sama pada tahun ini. Kejayaan ini adalah hasil daripada disiplin menabung selama 35 tahun dengan jumlah kecil sebanyak RM50 bagi menunaikan rukun Islam kelima itu.

Menerusi perkongsian di laman TikTok Astro Awani, Bahirin Osman menyatakan bahawa kesabaran dan keazaman yang tinggi membuktikan tiada yang mustahil, terutamanya melihat arwah datuknya yang mampu melakukan perkara yang sama sehingga semua anaknya dapat mengerjakan haji ketika usia muda.

Menabung Sejak Anak Lahir, 14 Sekeluarga Dari Mukah Berjaya Tunai Haji Bersama
Menabung Sejak Anak Lahir, 14 Sekeluarga Dari Mukah Berjaya Tunai Haji Bersama

Menurut sumber, beliau mula menabung sejak anak-anaknya lahir dengan jumlah RM50 sahaja. Sebaik sahaja menerima surat beranak dari Jabatan Pendaftaran Negara, beliau terus membuka akaun dan mendaftarkan setiap anak satu persatu di bawah Tabung Haji dan mendaftarkannya untuk haji. Hasilnya kini semua anak dan menantu beliau dapat menunaikan haji serentak.

Sejak anak lahir, pastikan wang ditolak dari gaji setiap bulan

Bagi memastikan tabungan itu konsisten, Bahirin akan memastikan wang ditolak dari gaji setiap bulan. Menurut beliau, selepas melakukan potongan, bermakna wang telah diasingkan dan mereka hanya menggunakan sumber yang ada sahaja. Memang sukar pada mulanya tetapi beliau percaya akan ada kemanisannya nanti.

Untuk menunaikan ibadah haji sekeluarga termasuk menantu bukanlah sesuatu yang mudah. Hanya Bahirin, isterinya dan lapan anak menerima tawaran haji awal, jadi beliau perlu membuat rayuan terlebih dahulu agar mereka dapat menunaikan haji serentak bersama menantu.

Untuk makluman, Baharin bersama isterinya Heliza yang telah mendirikan rumahtangga sejak lebih 20 tahun lalu dikurniakan lapan orang anak antara sebahagian 31,600 jemaah haji bagi musim 1445H/2024M.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Berikut Kes Psikiatri Yang Tidak Layak Menunaikan Haji, Individu Ini Terangkan Kenapa
Tipu Upah Badal Haji, Sindiket Disyaki Guna Muka Melayu Sebagai Bukti Di Makkah
SUMBER :Borak DailyTikTok Astro Awani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Isteri Baru Dikahwini Maut, Suami Parah Tercampak Dari Kenderaan Di Bintulu Isteri Baru Dikahwini Maut, Suami Parah Tercampak Dari Kenderaan Di Bintulu
Next Article Jalan Selirik Ditutup, Pengguna Dinasihatkan Guna Laluan Alternatif Hingga 23 Jun Jalan Selirik Ditutup, Pengguna Dinasihatkan Guna Laluan Alternatif Hingga 23 Jun

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?