• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bapa Islam Tak Bantah Anak Remaja Tukar Agama Kepada Buddha

Oleh
Husna Hazmi
7 September 2023
Kongsi
4 Min Bacaan

Remaja tersebut telah mendapat didikan agama Buddha dari ibu sejak lahir.

Bapa Islam Tak Bantah Anak Remaja Tukar Agama Kepada Buddha. Dilaporkan bahawa seorang remaja berusia 17 tahun yang menetap di Sarawak berkata bapanya yang beragama Islam tidak membantahnya untuk menganut ajaran Buddha.

Bakal menyambut hari ulang tahun ke-18 pada tahun hadapan, remaja itu membuat pengisytiharan berkenaan bagi menyokong ibunya yang beragama Buddha untuk mencabar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang didakwa menangguhkan penukaran status agama di kad pengenalannya.

Bapa Islam Tak Bantah Anak Remaja Tukar Agama Kepada Buddha
Bapa Islam Tak Bantah Anak Remaja Tukar Agama Kepada Buddha

Kedua orang tua remaja berkenaan telah bercerai

Dalam laporan tersebut, remaja itu dilahirkan pada 18 Oktober 2005 dan kedua orang tuanya difahamkan telah bercerai sambil menjelaskan dia juga menamatkan persekolahan di sebuah sekolah Cina di Kota Kinabalu, Sabah.

Menurut remaja tersebut, dia merupakan penganut agama Buddha dan tidak pernah mengambil kelas agama Islam serta tidak pernah mengamalkan agama Islam di dalam kehidupan sehariannya.

Rakan-rakannya juga mengenalinya dengan nama Cina serta dirinya tidak pernah mengaku atau mengamalkan sebarang ajaran agama lain dalam hidupnya.

Katanya dalam afidavit bertarikh 9 Ogos lalu, bapanya pula tidak pernah membantah dirinya untuk mengikut kepercayaan Buddha dan dia ingin dikenali sebagai bukan Islam.

Bapa Islam Tak Bantah Anak Remaja Tukar Agama Kepada Buddha

Saman telah difailkan

Pada bulan lalu, di Mahkamah Tinggi Kuching, ibu remaja itu yang berusia 52 tahun memfailkan saman pemula terhadap Pengarah Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat; Pendaftar Kelahiran dan Kematian Sarawak, pengarah bahagian kad pengenalan, ketua pengarah JPN dan  kerajaan persekutuan sebagai defendan keenam.

Ibunya memohon pengisytiharan bahawa anaknya mempunyai hak untuk menentukan agama dan asuhan yang menggunakan nama Islam di kad pengenalan.

Plaintif memohon perintah mahkamah untuk memaksa defendan pertama, kedua dan ketiga untuk merekodkan perubahan agama dalam kad pengenalan anaknya.

Berdasarkan afidavit sokongannya, dia dan bekas suami berkahwin bawah Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Sabah 1992 pada 3 Ogos 1999. Dia turut menegaskan bahawa dia mengamalkan ajaran Buddha pada masa itu dan berkata mereka bercerai pada 27 Januari 2010 menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Sejak itu, dia telah mendapat hak penjagaan tunggal dan membesarkan anaknya sebagai seorang Buddha sejak lahir manakala bekas suaminya sudah berkahwin lain dan mempunyai keluarga baru.

Bapa Islam Tak Bantah Anak Remaja Tukar Agama Kepada Buddha

Masalah mula timbul

Dia berkata masalah mula timbul apabila dia dan peguam pada 5 Julai tahun ini memohon kepada JPN untuk menukar butiran dalam kad pengenalan anaknya ditolak. Katanya, dia diberikan set borang lain untuk diisi.

Si ibu berkenaan kemudiannya berkata bahawa dia telah membuat permohonan baharu pada 18 Julai bersama dokumen sokongan daripada bekas suami serta anaknya yang diterima oleh jabatan tersebut.

Setelah peguammnya menghantar surat tersebut kepada JPN, dia mendapat balasan pada 31 Julai bahawa permohonannya ditolak dan dia diminta mengisi lebih banyak borang.

Borang-borang tersebut dikatakan lebih kurang sama, terutamanya borang kedua dan ketiga, kecuali untuk peruntukan melibatkan pelbagai ordinan. Katanya sebagai rakyat Malaysia, dia berhak membetulkan butiran pada kad pengenalan anaknya.

Jelas ibunya lagi, bapa remaja tersebut juga tidak membantah didikan agama yang diberikan anak mereka dan telah menyokong permohonan untuk meminda butiran dalam pendaftaran dan kad pengenalannya.

Afidavit berkenaan difailkan oleh tetuan Baru Bian Advocates dan Mahkamah Tinggi Kuching dijadual mendengar cabaran undang-undang itu pada Isnin minggu depan.

Lagi artikel menarik untuk anda di sini:

Berbeza Agama Dalam Sijil kelahiran, Gadis Sabah Ini Terkejut Didaftarkan Sebagai Penganut Kristian
Tular Detik Sebak Bapa Mertua Iban Beri Pesanan Atas Pelamin Meski Kini Berbeza Agama
SUMBER :Malaysiakini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tiba Di Lawas Hari Ini, Agong Bakal Mulakan Perjalanan Ke Sarawak Mulai Sabtu Ini Tiba Di Lawas Hari Ini, Agong Bakal Mulakan Perjalanan Ke Sarawak Mulai Sabtu Ini
Next Article Khabar Angin ST12 Dan Nidji Bakal Adakan Konsert Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?