• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Detik Sebak Bapa Mertua Iban Beri Pesanan Atas Pelamin Meski Kini Berbeza Agama

Oleh
Ismail NA
11 Jun 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

“Saya percayakan anda untuk menjaganya, sayangi dia dan jadilah suami yang baik,” – Bapa mertua

Tular Detik Sebak Bapa Mertua Iban Beri Pesanan Atas Pelamin Meski Kini Berbeza Agama. Perkahwinan adalah detik yang indah dalam hidup setiap manusia di muka bumi. Apatah lagi perkahwinan yang melibatkan agama dan bangsa yang berbeza, mendapat restu daripada kedua ibu bapa adalah nikmat yang paling besar.

Isi Isi Penting
  • “Saya percayakan anda untuk menjaganya, sayangi dia dan jadilah suami yang baik,” – Bapa mertua
  • Detik sebak atas pelamin
  • Bersyukur atas penyatuan dua keluarga yang berbeza agama dan budaya
  • Netizen luah rasa terharu atas keharmonian mertua dan menantu ini
  • Wanita ini juga memuji adab yang diamalkan oleh orang Sarawak. Cayalah! Baca selanjutnya di sini:

Menerusi sebuah perkongsian di laman Facebook, seorang bapa dilihat sebak di atas pelamin di majlis perkahwinan anaknya. Video itu dikongsikan oleh anaknya, Elyvenner M. Mau dan kini telah meraih sebanyak 109,000 tontonan.

Tular Detik Sebak Bapa Mertua Iban Beri Pesanan Atas Pelamin Meski Kini Berbeza Agama
Tular Detik Sebak Bapa Mertua Iban Beri Pesanan Atas Pelamin Meski Kini Berbeza Agama. Sumber: FB Elyvenner M. Mau

Semasa majlis persandingan anak perempuannya, bapa yang berbangsa Iban tersebut sempat memberi pesanan buat menantu lelakinya sambil mengalirkan airmata.

Menurut Elyvenner, adik perempuannya berkahwin dengan seorang lelaki Muslim dan memeluk agama Islam atas pilihannya sendiri. Keputusan ini juga direstui oleh kedua ibu bapanya serta seluruh ahli keluarga.

Detik sebak atas pelamin

Beliau memberitahu menantunya bahawa meskipun (anaknya) kini sudah berbeza pegangan, namun asal usul tidak seharusnya dilupakan. Beliau berpesan kepada menantunya bahawa beliau memberi kepercayaan untuk menjaga anaknya kepada pemuda tersebut. Sayangi dia dan jadilah suami yang baik kepadanya, ujar bapa pengantin perempuan.

Tular Detik Sebak Bapa Mertua Iban Beri Pesanan Atas Pelamin Meski Kini Berbeza Agama
Sumber: FB Elyvenner M. Mau

Pesan bapa mertuanya lebih lanjut, beliau mengajarkannya semua anaknya untuk sentiasa hormat-menghormati orang lain, menghormati pasangan, tiada perkauman dalam keluarga, menghormati budaya dan sentiasa mendahulukan keluarga.

Tular Detik Sebak Bapa Mertua Iban Beri Pesanan Atas Pelamin Meski Kini Berbeza Agama
Sumber: FB Elyvenner M. Mau

Saya ajar anak saya, “Kamu boleh jadi apa sahaja yang kamu mahu kerana saya percaya kamu boleh menilai mana yang baik dan buruk,”. Maka, anak-anak saya bebas memilih untuk menjadi siapa mereka hendak jadi dan dengan siapa mereka ingin bersama,”

Bapa mertua
Tular Detik Sebak Bapa Mertua Iban Beri Pesanan Atas Pelamin Meski Kini Berbeza Agama
Sumber: FB Elyvenner M. Mau

Bapanya juga turut mengingatkan kepada menantunya bahawa komunikasi adalah perkara yang penting dalam perkahwinan, tidak menggunakan kata-kata kasar dan tidak menghormati antara satu sama lain.

Tular Detik Sebak Bapa Mertua Iban Beri Pesanan Atas Pelamin Meski Kini Berbeza Agama
Sumber: FB Elyvenner M. Mau
Tular Detik Sebak Bapa Mertua Iban Beri Pesanan Atas Pelamin Meski Kini Berbeza Agama
Sumber: FB Elyvenner M. Mau

Bersyukur atas penyatuan dua keluarga yang berbeza agama dan budaya

Di akhir video tersebut, Elyvenner turut memuji keluarga adik iparnya yang melayan mereka dengan sangat baik dan membuatkan mereka berada seperti di rumah sepanjang kehadiran mereka di Kelantan untuk majlis perkahwinan tersebut.

Wanita ini juga berasa bersyukur di atas penyatuan dua keluarga yang berbeza agama dan budaya ini.

Netizen luah rasa terharu atas keharmonian mertua dan menantu ini

Perkongsian emosional Elyvenner ini telah membuatkan netizen berasa sebak dan rata-ratanya bangga dengan keharmonian yang ditunjukkan oleh kedua-dua menantu dan bapa mertua ini meskipun berbeza pegangan agama.

Tular Detik Sebak Bapa Mertua Iban Beri Pesanan Atas Pelamin Meski Kini Berbeza Agama
Sumber: FB Elyvenner M. Mau
Sumber: FB Elyvenner M. Mau
Sumber: FB Elyvenner M. Mau

Semoga perkahwinan pasangan ini berkekalan hingga ke Jannah. Amin!

Wanita ini juga memuji adab yang diamalkan oleh orang Sarawak. Cayalah! Baca selanjutnya di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [VIDEO] Kagum Dengan Adab Anak Sarawak, Wanita Ini Beri Pujian Tak Henti-Henti
Next Article Jadi Mali, Adat Pernikahan Iban Untuk Pasangan Cinta Terlarang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?