• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bapa Tiri Rogol Anak Bawah Umur Setiap Hari Selama 30 Hari Berturut-turut Di Tawau

Oleh
Aina Musa
3 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Bapa Tiri Rogol Anak Bawah Umur Setiap Hari Selama 30 Hari Berturut-turut Di Tawau

Mangsa baru berusia 12 tahun

Bapa Tiri Rogol Anak Bawah Umur Setiap Hari Selama 30 Hari Berturut-turut Di Tawau. Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan sepuluh sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah merogol anak tirinya pada Ogos tahun lalu.

Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Lius Jappa, 41, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Bapa Tiri Rogol Anak Bawah Umur Setiap Hari Selama 30 Hari Berturut-turut Di Tawau
Bapa Tiri Rogol Anak Bawah Umur Setiap Hari Selama 30 Hari Berturut-turut Di Tawau. Sumber: Berita Harian

Mengikut pertuduhan, tertuduh warga Indonesia yang bekerja sebagai buruh ladang didakwa merogol mangsa yang berusia 12 tahun, di sebuah rumah kongsi di Batu 17, Jalan Bukit Quoin dekat sini, kira-kira jam 8 pagi antara 1 hingga 30 Ogos, tahun lalu.

Hukuman penjara selama 15 tahun sepuluh sebatan

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang sepuluh tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan juga hukuman sebat jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Suhaimi Suriana dalam hujahnya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas tertuduh dengan mengambil kira faktor kepentingan awam selain kesan trauma yang dialami mangsa.

Jelasnya, sebagai seorang bapa, tertuduh sewajarnya memberi perlindungan kepada mangsa tanpa mengira status sama ada anak kandung ataupun anak tiri, sebaliknya tertuduh bertindak merogol mangsa sehingga hamil tujuh bulan.

Mangsa hamil 7 bulan

“Pendakwaan juga mengambil kira faktor trauma dialami mangsa, yang mana dalam kes ini mangsa yang masih muda (12 tahun) kelak terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang Ibu tunggal tanpa suami dan anak tanpa ayah.

“Rayuan yang dikemukakan tertuduh juga sedikit pun tidak menunjukkan perasaan insaf atau menyesal atas perbuatan yang telah dilakukannya,’ tegasnya.

Bapa Tiri Rogol Anak Bawah Umur Setiap Hari Selama 30 Hari Berturut-turut Di Tawau
Sumber: Berita Harian

Mahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh, dipenjara 15 tahun dan sepuluh sebatan berkuat kuasa dari tarikh tangkapan iaitu pada 22 September 2022, serta dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia untuk diusir pulang ke negara asal sebaik selesai menjalani hukuman.

Berdasarkan fakta kes, pada 21 September 2022, kira-kira jam 11.30 pagi mangsa telah dirujuk ke Unit Kecemasan Hospital Tawau oleh guru sekolahnya selepas mengesyaki keadaan perut mangsa seperti wanita mengandung.

Hasil pemeriksaan lanjut oleh doktor bertugas mengesahkan mangsa hamil tujuh bulan sebelum laporan polis dibuat.

Makin menjadi-jadi kes rogol kanak-kanak bawah umur, baca di sini:

‘Bodek’ Anak Bawah Umur Lakukan Seks, Bapa Direman 5 Hari Di Kuching
Lakukan Serangan Seksual Terhadap Anak Tiri Berusia 9 Tahun, Lelaki Dipenjara 7 Tahun Dan Dua Sebatan
SUMBER :Berita Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Poster Hebahan Persembahan Aiman Tino Di Sabah, Netizen Bahan Seperti Poster Orang Hilang
Next Article Buat Hal Lagi, Noh Hujan Dikecam Netizen Meludah Ke Arah Penonton Semasa Konsert

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?