• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lakukan Serangan Seksual Terhadap Anak Tiri Berusia 9 Tahun, Lelaki Dipenjara 7 Tahun Dan Dua Sebatan

Oleh
Husna Hazmi
12 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Tertuduh didapati bersalah melakukan serangan seksual terhadap anak tirinya.

Lakukan Serangan Seksual Terhadap Anak Tiri Berusia 9 Tahun, Lelaki Dipenjara 7 Tahun Dan Dua Sebatan. Golongan dewasa sepatutnya menjadi pelindung bagi anak-anak muda, bukan disebaliknya.

Dilaporkan pada hari ini, seorang lelaki berusia 35 tahun telah dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun dengan 2 sebatan di Mahkamah Sesyen Kuching setelah didapati bersalah melakukan serangan seksual terhadap anak tirinya yang hanya berusia sembilan tahun.

Lakukan Serangan Seksual Terhadap Anak Tiri Berusia 9 Tahun, Lelaki Dipenjara 7 Tahun Dan Dua Sebatan
Lakukan Serangan Seksual Terhadap Anak Tiri Berusia 9 Tahun, Lelaki Dipenjara 7 Tahun Dan Dua Sebatan. Sumber foto: Utusan Borneo

Tertuduh juga perlu menjalani kaunseling pemulihan

Hakim Jason mengarahkan tertuduh menjalani hukuman bermula pada tarikhnya ditahan iaitu 18 Disember 2019 dan tertuduh juga perlu menjalani kaunseling pemulihan di bawah Seksyen 26 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (SOACA) 2017 semasa menjalani hukuman penjara.

Selain itu, tertuduh juga diarah untuk diletakkan di bawah pengawasan polis di bawah Seksyen 27 SOACA 2017 selama dua tahun selepas menjalani hukuman.

Keputusan dibuat setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada sesi perbicaraan akhir kes.

Lakukan Serangan Seksual Terhadap Anak Tiri Berusia 9 Tahun, Lelaki Dipenjara 7 Tahun Dan Dua Sebatan

Bersalah di bawah Seksyen 377CA Kanun Keseksaan

Oleh itu, tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh disebat jika sabit kesalahan.

Menurut pertuduhan, tertuduh bertindak melakukan perbuatan keji ke atas anak tirinya dengan memasukan jarinya ke dalam alat sulit mangsa di sebuah kampung berdekatan Jalan Batu Kitang, Kuching pada 2017.

Mangsa kemudiannya memaklumkan kejadian tersebut kepada ibunya yang seterusnya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Lakukan Serangan Seksual Terhadap Anak Tiri Berusia 9 Tahun, Lelaki Dipenjara 7 Tahun Dan Dua Sebatan

Tertuduh memohon agar hukuman ke atasnya untuk diringankan

Sebelum hukuman dijatuhkan, tertuduh telah memohon agar hukuman yang dikenakan ke atasnya untuk diringankan kerana menghidap penyakit angin ahmar dan perlu menjaga ibu bapanya yang sudah tua.

Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan bagaimanapun memohon hukuman lebih berat dikenakan ke atas tertuduh atas alasan kepentingan awam dan kesalahan dilakukannya adalah amat berat serta serius selain mengambil kira trauma yang telah dialami mangsa yang kini sudah berusia 14 tahun.

Kes ini menyaksikan enam saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan.

Semakin hari, kes membimbangkan seperti ini semakin kerap berlaku, oleh itu ibu bapa atau ahli keluarga terdekat perlu memainkan peranan penting dalam memantau anak-anak. Pastikan seseorang itu boleh dipercayai sepenuhnya sebelum anda meninggalkan anak anda kepada mereka.

Kes serangan seksual dan rogol bawah umur semakin menjadi-jadi:

Lakukan Serangan Seksual Serta Rogol Gadis Bawah Umur Di Miri, Remaja Didakwa Di Mahkamah
Lakukan Amang Seksual Terhadap Anak Kandung Bawah Umur, Bapa Dipenjara 10 Tahun Di Kuching
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tepis Dakwaan Buruk, Pemuzik Ini Kongsi Pengalaman Positif Di Borneo Music Festival 2022 Tepis Dakwaan Buruk, Pemuzik Ini Kongsi Pengalaman Positif Di Borneo Music Festival 2022
Next Article Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap 6H5M Dari Kapit Ke Bali Dengan Bajet RM 1,800

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?