• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Peroleh Barang Cepat Rosak Dari Peniaga, Ketahui Jenis Ganti Rugi

Oleh
Farisha
13 Februari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Jangan berdiam diri! Anda boleh dapatkan Hak Tebus Rugi anda daripada peniaga melalui pelbagai jenis tuntutan ganti rugi

Peroleh Barang Cepat Rosak Dari Peniaga, Ketahui Jenis Ganti Rugi. Pernah beli barang yang tak sampai seminggu dah rosak? Atau bayar untuk servis yang hancur lebur tapi peniaga buat dek je?

Jangan biarkan diri anda ditindas! Sebagai pengguna, anda ada hak untuk menuntut pampasan dan ganti rugi. Jangan berdiam diri, ini cara untuk claim hak anda.

Peroleh Barang Cepat Rosak Dari Peniaga, Ketahui Jenis Ganti Rugi
Peroleh Barang Cepat Rosak Dari Peniaga, Ketahui Jenis Ganti Rugi. Sumber: Facebook KPDN

2 Jenis Situasi Yang Boleh Anda Tuntut

Menurut Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TPPM), ada dua jenis situasi di mana anda boleh buat tuntutan:

Situasi 1: Barang/Perkhidmatan Rosak Tapi Masih Boleh Dibaiki

Kalau barang yang anda beli boleh diperbaiki, anda boleh:
🔹 Minta pembaikan secara percuma
🔹 Minta barang ganti yang baru
🔹 Dapatkan pembayaran balik kalau tak puas hati
🔹 Gunakan khidmat pihak ketiga dan minta peniaga bayar kosnya

Situasi 2: Barang/Perkhidmatan Rosak Dan Tak Boleh Dibaiki

Kalau barang yang rosak tu dah tak ada harapan untuk dibaiki, ini yang anda boleh buat:
🔸 Pulangkan barang dan dapatkan refund penuh
🔸 Batalkan kontrak perkhidmatan jika servis yang dijanjikan tak menepati standard
🔸 Tuntut ganti rugi untuk kerosakan yang berlaku

Apa Yang Perlu Anda Buat?

✔ Simpan semua bukti pembelian – resit, invois, kontrak, atau sebarang komunikasi dengan peniaga.
✔ Ambil gambar atau rakam video sebagai bukti kerosakan.
✔ Laporkan segera kepada peniaga dan berikan tempoh masa munasabah untuk mereka respon.
✔ Jika tiada tindakan, failkan tuntutan dengan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TPPM).

Jangan biarkan hak anda sebagai pengguna dipijak! Fahami hak, simpan bukti, dan berani bertindak bila berlaku penindasan. Kalau anda pernah alami situasi sebegini, kongsikan di ruangan komen.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Anda Boleh Buat Rayuan SKAS Hingga 31 Mac 2025, Ini Caranya
Ini Cara Mudah Tukar Nama Kenderaan Secara Online Tanpa Pergi JPJ
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Klinik PERKESO Tawar Rawatan Percuma, Ini Senarai Panel Di Sarawak
Next Article Sarawak Saran Gubal Undang-Undang Perkukuh Bahasa Inggeris untuk Masa Depan Pelajar

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?