• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Klinik PERKESO Tawar Rawatan Percuma, Ini Senarai Panel Di Sarawak

Oleh
Farisha
13 Februari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Kini Boleh Dapatkan Rawatan Percuma Di Klinik PERKESO, Hanya Tunjukkan IC

Klinik PERKESO Tawar Rawatan Percuma, Ini Senarai Panel Di Sarawak. Bermula tahun ini, semua pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tidak lagi perlu membuat bayaran bagi mendapatkan rawatan di klinik panel Perkeso.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, yang menyatakan bahawa kemudahan ini akan memberikan manfaat kepada ribuan pekerja di seluruh negara.

Klinik PERKESO Tawar Rawatan Percuma, Ini Senarai Panel Di Sarawak
Klinik PERKESO Tawar Rawatan Percuma, Ini Senarai Panel Di Sarawak

Rawatan Tanpa Bayaran Untuk Pekerja

Pekerja yang mengalami kemalangan berkaitan pekerjaan kini boleh mendapatkan rawatan di mana-mana 1,400 klinik panel Perkeso di seluruh Malaysia tanpa perlu membayar. Mereka hanya perlu menunjukkan kad pengenalan, dan rawatan akan diberikan secara percuma.

Sebelum ini, pekerja perlu menanggung kos rawatan yang dianggarkan sekitar RM150 hingga RM200 dan membuat tuntutan balik daripada Perkeso, yang mengambil masa sekitar sebulan untuk diproses.

Dengan inisiatif baru ini, Perkeso akan membuat bayaran terus kepada klinik, sekali gus mengurangkan beban kewangan pekerja.

Manfaat Kepada Pekerja dan Majikan

Langkah ini bukan sahaja memberi kemudahan kepada pekerja tetapi juga kepada majikan. Sebelum ini, majikan yang ingin membantu pekerja mereka terpaksa menanggung bayaran rawatan terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan daripada Perkeso.

Kini, mereka tidak perlu lagi mengeluarkan kos tersebut kerana Perkeso akan menanggung sepenuhnya kos rawatan di klinik panel.

Menurut Steven Sim, pada tahun lepas sahaja, Perkeso mencatatkan sebanyak 20,000 kunjungan ke klinik panel dengan jumlah tuntutan bernilai RM8 juta. Dengan adanya kemudahan ini, diharapkan lebih ramai pekerja dapat menerima rawatan yang lebih mudah dan pantas.

Senarai Klinik Panel (OB) Perkeso Yang Berkelayakan (Sarawak)

Untuk pencarum di Sarawak, berikut adalah senarai klinik panel Perkeso yang layak memberikan rawatan tanpa bayaran:

Sumber foto: PERKESO
Sumber foto: PERKESO
Sumber foto: PERKESO
Sumber foto: PERKESO

Inisiatif ini merupakan satu langkah proaktif dalam memastikan kesejahteraan pekerja terus terjaga. Oleh itu, para pekerja digalakkan untuk memanfaatkan kemudahan ini dan menyebarkan maklumat kepada rakan-rakan sekerja yang mungkin memerlukannya.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Ini Panduan Untuk Mendaftar Skim Perlindungan Khas PERKESO Untuk Suri Rumah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sabah Bakal Miliki Tiga Taman Perindustrian Baharu Untuk Tarik Pelaburan Dan Jana Ekonomi Sabah Bakal Miliki Tiga Taman Perindustrian Baharu Untuk Tarik Pelaburan Dan Jana Ekonomi
Next Article Peroleh Barang Cepat Rosak Dari Peniaga, Ketahui Jenis Ganti Rugi

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?