I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Baru 15 Tahun, Remaja Perempuan Ditemui Maut Dalam Keadaan Tragis Di Sebuah Ladang Di Tawau
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Baru 15 Tahun, Remaja Perempuan Ditemui Maut Dalam Keadaan Tragis Di Sebuah Ladang Di Tawau

Oleh Siti Nur Atiqah Manan 8 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Remaja ditemui maut dalam longkang di sebuah ladang di Tawau dalam keadaan tragis dan memilukan

Baru 15 Tahun, Remaja Perempuan Ditemui Maut Dalam Keadaan Tragis Di Sebuah Ladang Di Tawau. Zaman sekarang ni pelbagai kes jenayah boleh berlaku dan agak menakutkan kerana kita tidak boleh menjangka dimana ianya boleh terjadi dan sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa kegiatan jenayah.

Di Tawau, berlaku sesuatu penemuan yang menyayat hati apabila seorang remaja ditemui maut di dalam sebuah longkang dengan keadaan yang sungguh tragis dan memilukan.

Baru 15 Tahun, Remaja Perempuan Ditemui Maut Dalam Keadaan Tragis Di Sebuah Ladang Di Tawau
Baru 15 Tahun, Remaja Perempuan Ditemui Maut Dalam Keadaan Tragis Di Sebuah Ladang Di Tawau. Gambar sekadar hiasan: TC CILACAP.COM

Mangsa berusia 15 tahun, dibunuh, ada kesan jerutan di leher, tangan diikat, kesan koyak di kepala dan ditemui dalam keadaan separuh bogel!

Remaja perempuan yang baru berusia 15 tahun tersebut dipercayai telah dibunuh kerana terhadap beberapa kesan kecederaan pada mayat remaja tersebut. Ditemui dalam keadaan separuh bogel, mayat remaja ini juga didapati memiliki kesan jerutan di lehernya dan tangannya pula diikat menggunakan pita pelekat berwarna hitam.

Baru 15 Tahun, Remaja Perempuan Ditemui Maut Dalam Keadaan Tragis Di Sebuah Ladang Di Tawau
Gambar sekadar hiasan: Kosmo!

Penemuan di ladang kelapa sawit di Brantian, Tawau ini telah dilaporkan kepada pihak polis dan menurut Asisten Komisioner Jasmin Hussin yang merupakan Ketua Polis Daerah Tawau, pihak mereka telah menerima laporan berkaitan pada jam 2.45 petang.

Beliau juga telah mengesahkan bahawa ada kecederaan lain juga yang ditemui pada mayat remaja perempuan ini dimana terdapat kesan koyakan pada bahagian kepala sebelah kiri. Kesan kecederaan ini dipercayai disebabkan oleh objek keras.

Sejurus itu, mayat remaja ini telah pun dibawa ke Hospital Tawau untuk bedah siasat kerana pihak polis memerlukan laporan bedah siasat ini untuk mengetahui punca kematian yang sebenarnya. Lebih-lebih lagi keadaan mayat mangsa ditemui dalam keadaan separuh bogel, pihak polis mahukan kepastian adalah mangsa dirogol mahupun tidak.

Polis berjaya tahan remaja lelaki 14 tahun yang dipercayai sebagai suspek dan kedua-dua mereka adalah anak pekerja ladang dan mereka adalah warga asing

Dengan penerimaan laporan beserta maklumat penemuan ini, pihak polis telah berjaya menahan seorang remaja lelaki yang berusia 14 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dan mungkin suspek dalam kejadian tragis ini.

Baru 15 Tahun, Remaja Perempuan Ditemui Maut Dalam Keadaan Tragis Di Sebuah Ladang Di Tawau
Gambar sekadar hiasan: Berita Harian

Setelah siasatan awal dilakukan, suspek 14 tahun ini dan mangsa adalah anak warga asing yang bekerja di ladang tersebut. Mereka dikatakan tinggal di kawasan kejiranan yang sama. Walau bagaimanapun, suspek ditahan reman selama 7 hari untuk membantu lanjutan siasatan.

Tempoh reman yang dikenakan ke atas suspek bermula dari 5 sehingga 11 Januari dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kita mungkin tidak akan mengetahui tentang nasib kita di masa hadapan namun kita harus sentiasa berjaga-jaga dan berhati-hati dimanapun kita berada.

Untuk membaca cerita yang menarik lain, boleh baca artikel dibawah:

Dari Bintulu Ke Tawau, Warga Emas Kayuh Basikal Sejauh 900 KM Gagahkan Misi Solo
Lihat Gajah Pygmy Santai Di Tepi Jalan, Wanita Ini Teruja Dalam Perjalanan Ke Tawau
SUMBER : TC CILACAP.COM, Kosmo!, Berita Hiasan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Rakaman Lelaki Mengamuk Tunjuk Samseng Dan Pecah Cermin Kereta Di Miri Tular Rakaman Lelaki Mengamuk Tunjuk Samseng Dan Pecah Cermin Kereta Di Miri
Next Article Ketua Kaum Dilihat Buat Kerja Pembersihan Sendirian Di Kpg Asajaya Ulu Raih Pujian Dari Netizen Ketua Kaum Dilihat Buat Kerja Pembersihan Sendirian Di Kpg Asajaya Ulu Raih Pujian Dari Netizen

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?