• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Video Sayu Kanak-Kanak Menangis Disisi Mayat Ibunya Selepas Disamun Di Tawau

Oleh
ILB - AI
16 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Tular video kanak-kanak perempuan menangis melihat keadaan ibunya yang sudah tidak bernyawa

Tular Video Sayu Kanak-Kanak Menangis Disisi Mayat Ibunya Selepas Disamun Di Tawau. Mungkin akan menjadi trauma seumur hidupnya dan kehilangan cinta hatinya sedemikian rupa bukan satu hal yang mudah diterima oleh seorang kanak-kanak seusianya.

Ya, hanya mampu meratapi dan menangis semahunya. Begitulah adegan menyayat hati dalam sebuah video pendek yang tular di platform media sosial apabila seorang kanak-kanak perempuan hanya mampu menangis semahu-mahunya apabila melihat keadaan ibunya yang sudah tidak bernyawa lagi.

Tular Video Sayu Kanak-Kanak Menangis Disisi Mayat Ibunya Selepas Disamun Di Tawau
Tular Video Sayu Kanak-Kanak Menangis Disisi Mayat Ibunya Selepas Disamun Di Tawau. Sumber gambar: FB Sabah Info

Ibu kanak-kanak ini dipercayai menjadi mangsa samun sehingga mengakibatkan kehilangan nyawanya

Video yang dirakam oleh orang awam tersebut adalah sebuah insiden yang berlaku di Kampung Titingan, Tawau, Sabah dimana dalam video tersebut seorang kanak-kanak perempuan anggaran usia 1 tahun menangis disisi mayat ibunya yang dipercayai menjadi mangsa samun. Wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an tersebut telah disamun sehingga menyebabkan wanita ini kehilangan nyawanya.

Orang awam yang menemui mayat berlumuran darah yang ditangisi kanak-kanak tersebut di sebuah bangunan terbengkalai terus melaporkan kejadian kepada pihak polis yang segera bergegas ke tempat kejadian. Kira-kira jam 7.30 malam, pihak polis tiba dan mengesahkan kejadian tersebut.

Tular Video Sayu Kanak-Kanak Menangis Disisi Mayat Ibunya Selepas Disamun Di Tawau
Tular Video Sayu Kanak-Kanak Menangis Disisi Mayat Ibunya Selepas Disamun Di Tawau. Sumber gambar: FB TawauSyurga

Siasatan awal mendapati mangsa dan anaknya keluar dan mereka disamun di lorong gelap dekat bangunan terbengkalai

Menurut Timbalan ketua Polis Daerah Tawau, Superitendan Champin Piuh, siasatan awal telah dilakukan bersama ahli keluarga mangsa dan mendapati mangsa telah keluar bersama anaknya untuk ke rumah kakaknya.

Tular Video Sayu Kanak-Kanak Menangis Disisi Mayat Ibunya Selepas Disamun Di Tawau
Sumber gambar: FB TawauSyurga

Mangsa cedera di leher dan barang kemas turut hilang, mungkin ini yang menjadi asbab mangsa disamun

Mangsa bersama anaknya telah disamun semasa melalui sebuah lorong gelap yang berhampiran dengan sebuah bangunan terbengkalai di kawasan mayat mangsa ditemui. Hasil siasatan juga dimaklumkan bahawa mangsa telah cedera di bahagian leher dan terdapat kesan pergelutan demi berusaha mempertahankan diri semasa kejadian berlaku.

Tular Video Sayu Kanak-Kanak Menangis Disisi Mayat Ibunya Selepas Disamun Di Tawau
Sumber gambar: FB TawauSyurga

Bukan itu sahaja, menurut ahli keluarga mangsa, mangsa telah mengenakan barang kemas miliknya dan hasil siasatan menunjukkan barang kemas yang dimaksudkan tersebut seperti rantai dan subang telinga telah hilang.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tawau untuk dibedah siasat dan pihak polis mula giat memburu suspek kejadian untuk membantu siasatan. Orang awam yang mempunyai maklumat yang berkaitan dengan kejadian samun ini boleh tampil ke balai juga untuk membantu memudahkan siasatan polis.

SUMBER :FB Sabah InfoFB TawauSyurga
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dari English Breakfast Ke Hidangan Lokal, Nikmati Sarapan Pagi Di Toast Bread Cafe Kuching Dari English Breakfast Ke Hidangan Lokal, Nikmati Sarapan Pagi Di Toast Bread Cafe Kuching
Next Article Dr Sim Dedah Sarawak 'Pegang Rekod' Kadar Kelahiran Paling Rendah Di Malaysia Dr Sim Dedah Sarawak ‘Pegang Rekod’ Kadar Kelahiran Paling Rendah Di Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?