Alternatif percuma yang jarang diterokai oleh orang ramai
Ini Panduan Naik Bas Percuma Dari Airport Kuching ke Pusat Bandar. Baru jejak kaki kat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA)? Atau dah nak balik tapi masih blur macam mana nak ke airport dari bandar? Relaks, sebenarnya banyak cara nak bergerak antara dua lokasi penting ni kat Kuching, Sarawak.
Tak kisahlah anda jenis travel bajet atau nak cepat sampai, ini panduan lengkap untuk anda.

Panduan ini diolah semula berdasarkan hantaran asal oleh Ibrahim Ismail, yang dimuat naik ke dalam kumpulan Facebook Komuniti Pemburu Tiket Murah.
Pilihan Paling Jimat – Bas Elektrik Percuma 103
Ya, anda tak salah baca. Ada bas shuttle elektrik percuma (nombor 103) yang boleh bawa anda terus dari KIA ke pusat bandar Kuching.
- Kekerapan: Bas ni biasanya ada setiap 1 hingga 2 jam. Jadi, kena rancang sikit masa menunggu.
- Wajib Ada App Ni: Nak tahu bas kat mana real-time? Muat turun aplikasi Kuching Metro. Info dalam app ni jauh lebih tepat berbanding Google Maps untuk bas ni. Jangan bergantung pada Google Maps untuk jadual atau lokasi bas 103 ni, nanti frust!
- Muat Turun di App Store: https://apps.apple.com/my/app/kuching-metro-2-0/id1554807277
- Muat Turun di Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.kuchingmetro.passenger
- Info Jadual & Hentian: Layari https://www.kuchingmetro.my/
- Kat Mana Nak Tunggu (Airport): Cari papan tanda BUS STOP dekat luar balai ketibaan. Lokasinya selepas Pintu 3 (Door 3), kena lintas sikit jalan untuk kereta lalu-lalang tu.
- Bonus: Bas 103 yang sama ni juga akan bawa anda ke Semenggoh Wildlife Centre kalau anda nak tengok Orang Utan! Tapi kalau dah tak sabar nak baring dekat hotel, ambil bas dari Semenggoh ke Kuching ya.
Laluan Bas Elektrik 103
Waktu Perjalanan


Tapi macam mana kalau dah ternaik bas laluan nak ke Semenggoh? Boleh cuba cara ini.
Kalau rasa malas nak tunggu bas 103 yang ke arah bandar (yang mungkin ambil masa sikit), ada cara lain:
- Naik je bas 103 yang menuju ke Semenggoh Wildlife Centre (arah bertentangan).
- Turun kat hentian Kuching Sentral, salah satu tempat bas 103 ini berhenti.
- Dari Kuching Sentral, anda ada banyak pilihan bas lain untuk ke pusat bandar dengan tambang hanya RM1 seorang!
- Kuching Sentral ni juga hub pengangkutan utama. Dari sini, anda boleh dapatkan bas untuk ke bandar-bandar lain di Sarawak, malah sampai ke Pontianak, Indonesia.

Kalau ada duit lebih, guna e-hailing atau teksi pun boleh.
Kalau anda bawa banyak barang atau kejar masa, pilihan ni mungkin lebih sesuai:
- Grab: Anggaran tambang sekitar RM15. Paling common dan mudah didapati.
- Maxim: Selalunya lebih murah sikit, mungkin sekitar RM10. Kena ada aplikasi Maxim tapi kadang kala boleh jadi lebih mahal daripada Grab kerana sistem bidaan yang digunakannya.
- Teksi Airport: Ada kaunter teksi dengan sistem kupon. Caj tetap biasanya RM30 untuk ke pusat bandar.
(Nota: Harga e-hailing adalah anggaran dan boleh berubah ikut waktu dan permintaan)
Dari Bandar Ke Airport / Semenggoh
Nak balik ke airport atau nak ke Semenggoh dari pusat bandar guna bas 103? Senang je:
- Tunggu dekat Open Air Market (sebelah Electra House). Tempat ni memang well-known dalam kalangan orang tempatan.
- Rujuk jadual live dalam aplikasi untuk mengetahui lokasi sebenar bas 103 dan anggaran waktu sampai.
Jadi, tak perlu risau pasal pengangkutan dari atau ke Airport Kuching. Dari pilihan percuma yang mesra alam sampailah ke servis yang lebih pantas dan peribadi, semuanya ada. Pilih saja mana yang paling sesuai dengan bajet dan keperluan anda.
Selamat meneroka Kuching! 🐈



